BAB 34

Romance Completed 11569

“HABIS!!!”

Raisya memeluk Shud sebaik saja dia bangkit dari tempat duduknya. Kebetulan tempat duduk Shud berdekatan dengannya ketika peperiksaan berlangsung. Jadi dapatlah dia peneman.

“Tapi soalan tadi tu susah sangatlah. Aku takut tak dapat score.”

Shud meluahkan kegusaran hatinya.

“Insya-Allah okay, Shud. Kau dah berhempas-pulas study sampai nak termuntah-muntah, kan? Sekarang ni doa ajelah kita dapat result yang baik. Kita dah usaha. Sekarang tawakkal ajelah.”

Pesan Raisya.

“Hmm… yalah. Eh, hang nak jumpa classmates kan? Jangan balik lambat. Thia tu mak bapak dia dah datang.”

Beritahu Shud.

“Oh, ha’ah! Hmm… tak lama kot. Tak apa. Tak apa. Nanti aku cuba balik cepat.”

Janji Raisya.

“Okay. Jumpa kat bilik naa… Aku nak pi beli makanan dengan Dini.”

Ujar Shud sebelum berlalu pergi mendapatkan Dini yang tempat duduknya agak jauh dari mereka walaupun tempat peperiksaannya sama iaitu di Dewan Sri Kayangan.

Raisya memanjangkan kepala mencari rakan sekelasnya iaitu Faten dan Athirah yang juga memiliki tempat peperiksaan yang sama tetapi berbeza bahagian. Dari kejauhan dia sudah ternampak Athirah dan Faten bersama-sama beberapa orang rakan sekelas mereka.

“Athirah!”

Panggil Raisya sambil mengangkat tangan kerana kedudukan mereka agak jauh dan pelajar di dalam dewan ini pula masih lagi ramai apatah lagi dengan adegan jejak kasih dan acara bersalaman serta mengucap selamat tinggal di sana sini.

Athirah menoleh apabila namanya dipanggil. Sebaik terlihat Raisya, dia turut mengangkat tangan tanda menyahut panggilan Raisya namun tiba-tiba dia lihat Raisya ditarik pergi oleh seseorang.

“Aik, kenapa tiba-tiba hilang Raisya ni? Tadi dia ada.”

Ujar Athirah.

“Eh, tu dekat pintu sana tu Raisya, kan? Siapa tarik dia tu?”

Faten sudah mula mengecilkan mata cuba mengenali orang yang menarik Raisya.

“Macam Zafuan aje.”

Ujar Mas pula.

“Hah? Zafuan? Ya ka?”

Ulang Kai Xin tidak percaya.

“Kenapa Zafuan tarik Raisya?”

Tanya Atikah pula.

“Hoi, korang tengok apa?”

Tanya Sobri yang baru tiba di hadapan dewan itu kerana tempat peperiksaannya agak jauh dari rakan-rakan lain.

“Ha’ah. Bukan main khusyuk nampak.”

Balas Aliya yang tiba kemudiannya sambil diikuti Shikin.

“Kitorang nampak Zafuan tarik Raisya pergi. Tadi dia beria-ia panggil aku tapi tiba-tiba dia blah macam tu aje bila Zafuan tarik dia.”

Cerita Athirah.

“Hah? Zaf tarik Raisya? Dia nak buat apa dengan Raisya?”

Tanya Firdaus bersungguh-sungguh.

“Kau tak payah nak overactinglah, Daus. Sepak kang.”

Mas sudah menyua belakang tapak tangannya. Firdaus sudah mencebik.

“Jom tengok nak?”

Ajak Rana.

“EH, awak! Berhenti! Hey!”

Raisya memukul tangan Zafuan yang sedang menarik tangannya namun Zafuan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu melepaskan pegangannya dan terus mengheret Raisya sehinggalah mereka tiba di bawah tangga di hadapan dewan kuliah. Raisya menyentap kuat tangannya apabila Zafuan akhirnya berhenti mengheretnya.

“Ish, awak ni kenapa heret-heret saya tiba-tiba macam tu? Orang pandang tahu tak?”

Bebel Raisya. Memang tadi banyak mata memandang adegan tangannya digenggam erat oleh Zafuan dan diheret laju.

“Biarlah orang pandang. Bukan kita buat benda berdosa pun.”

Balas Zafuan selamba.

“Awak ni, kan… saya tadi tengah nak jumpa kawan-kawan kita tau. Awak boleh main tarik macam tu aje tadi. Tak ada signal tak ada apa! Kalau diorang nampak habis kita!”

“Dah habis dah bebel?”

Tanya Zafuan malas.

Raisya mencebik.

“Awak nak apa? Lepas ni memang kita nak balik sama pun, kan? Apa-apa hal bincang lepas nilah.”

Zafuan tersenyum kemudian tiba-tiba dia menarik Raisya dan memeluk gadis itu ke dalam dakapannya.

“Abang rindu sangat dengan Sya. Dua minggu susah nak tengok muka. Susah nak dengar suara. Sayang tak rindu ke dengan abang? Sampai hati sayang marah-marah abang pula.”

Hilang marah Raisya tiba-tiba apabila berada di dalam dakapan suaminya. Raisya tersenyum mendengar kata-kata Zafuan sebelum dia turut membalas pelukan suaminya itu.

“Alaa… merajuk pula abang ni. Sya pun rindukan abang. Tapi abang janganlah sedih. Lepas ni hari-hari abang boleh tengok muka Sya. Boleh dengar suara Sya.”

Zafuan melepaskan pelukannya. Dia mencuit hidung Raisya sebelum menggenggam tangan isterinya itu.

“Lepas ni bolehlah kita hidup macam pasangan suami isteri lain, kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience