BAB 23

Romance Completed 11569

“HAI, sorang je?”

Zafuan duduk di hadapan Raisya yang sedang leka membuat tutorialnya. Zafuan yang kebetulan turut membuat tutorial bersendirian di perpustakaan itu sengaja mahu mengusik Raisya yang juga bersendirian. Pada waktu malam perpustakaan itu memang susah untuk sunyi seperti waktu siang.

Raisya hanya menjeling Zafuan tanpa menjawab apa-apa.

Zafuan mengerut dahinya.

“Amboi, garangnya kau malam ni! Period ke?”

“Awak nak apa?”

Soal Raisya malas.

“Nak lepas rindu.”

Jawab Zafuan sambil tersengih.

Raisya memandang Zafuan sekilas sebelum membalas.

“Pergilah lepas rindu dekat girlfriend awak.”

“Girlfriend? Buat apa nak ada girlfriend kalau ada wifey?”

Usik Zafuan.

Raisya memandang sekeliling. Mujur tempatnya ini agak tersorok.

“Dahlah, Zafuan. Saya tahu awak dah ada orang yang awak suka. Mengikut perjanjian kita, saya boleh pilih untuk awak madukan saya atau lepaskan saya.”

Riak wajah Zafuan berubah.

“Apa kau cakap ni? Itukan benda dah lama.”

“Lama ke baru ke tapi memang itu yang awak beritahu saya. Kalau awak lupa saya boleh ingatkan. Awak memang ada beri saya pilihan sama ada mahu dimadukan atau dilepaskan kalau awak jumpa perempuan yang awak suka. Jadi kalau awak pilih nak dengan Najwa tu saya pilih nak awak lepaskan saya.”

Ujar Raisya dengan riak yang cuba berlagak tenang.

Zafuan terkedu. Dia bingung dengan apa yang dikatakan Raisya. Namun Raisya kemudiannya mengemas buku-bukunya sebelum pantas beredar keluar dari perpustakaan itu.

“Nanti dulu, Raisya!”

Panggil Zafuan yang mengejar Raisya.

Sebaik saja tiba di luar Zafuan terus mencapai tangan gadis itu menyebabkan buku-buku Raisya bertaburan jatuh dan menarik perhatian pelajar yang lalu-lalang. Raisya yang berasa malu dengan situasi itu pantas menutup mukanya dengan hood sweater yang dipakai

“Apa yang kau cakap ni? Najwa? Apa kena mengena dia?”

Soal Zafuan.

Raisya menyentap tangannya sebelum mengutip bukunya dan memasukkannya ke dalam beg. Dia langsung tidak mahu memandang wajah Zafuan.

“Hey, I’m talking to you!”

Zafuan menarik bahu Raisya namun serentak pipi Zafuan pula menerima tamparan daripada Raisya.

“Kalau tak pernah cintakan saya tak payahlah nak kisahkan saya!”

Tengking Raisya tanpa mempedulikan beberapa orang pelajar yang sudah mula berkerumun dan berbisik sesama mereka. Namun Raisya tidak bimbang kerana wajahnya tidak dapat dilihat dengan jelas waktu ini. Nasib baik dia memakai sweater tadi memandangkan perpustakaan ini memiliki kesejukan sedingin peti sejuk!

Zafuan terdiam sambil memegang pipinya apatah lagi melihat mata Raisya yang sudah mula berkaca itu. Raisya menggalas begnya sebelum melangkah pergi namun belum sempat dia melangkah lebih jauh, Kai Xin, rakan sekelasnya muncul.

“Eh, Raisya! Dah nak balik?”

Tegur Kai Xin yang baru tiba di perpustakaan itu.

“Emm…”

Jawab Raisya yang tidak mampu mengeluarkan suaranya kerana menahan tangis.

“Eh, you menangis kenapa?”

Tanya Kai Xin yang perasan mata Raisya yang sudah bergenang itu.

“Saya balik dulu Kai Xin.”

Ujar Raisya sebelum pantas melangkah pulang ke bloknya.

Kai Xin memandang Zafuan yang baru dia sedar ada situ juga.

“Eh, Zafuan! You yang buat dia menangis ya?!”

Zafuan terkejut apabila Kai Xin tiba-tiba memarahinya.

Ma… mana ada!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience