BAB 36

Romance Completed 11569

MUJUR sempat Raisya pulang ke bilik sebelum Thia berangkat pulang. Disebabkan rahsianya juga sudah bocor dengan rakan-rakan sekelasnya terpaksalah dia dan Zafuan menerangkan dari A sehingga Z apa yang terjadi sebenarnya.

Dahsyat juga dia kena maki dengan rakan-rakan sekelasnya itu. Bukanlah makian dari segi yang boleh mencetuskan pergaduhan tapi lebih kepada kata-kata tidak puas hati mereka kerana selama ini mereka tidak diberitahu perkara sebenar.

Sobri: Gila tak sangka korang ni suami isteri.

Firdaus: Selama ni suka bergaduh aje macam anjing dengan kucing.

Athirah: Raisya, I rasa nak pijak you okay!

Faten: Hati kau keras, Sya.

Masyha: Terkejut beruk aku bila tau hangpa rupanya suami isteri!

Atikah: Dah kahwin bukan reti nak habaq!

Rana: Ni yang rasa nak maki dan cerca orang ni!

Kai Xin: Haiya… jahatlah you dua orang! Tipu sama kita orang!

Aliya: Kawe panas betul hati kena tipu!

Shikin: Korang dah terpengaruh cerita Korea banyak sangatlah ni!

Mas: Aku rasa nak belasah korang sekarang boleh tak?

Walaupun pelbagai ugutan dan makian diterima namun Raisya dan Zafuan bersyukur apabila rakan-rakan mereka itu menerima secara terbuka alasan mereka dan memahami situasi mereka selepas mendengar penerangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience