BAB 28

Romance Completed 11569

“HOI! Korang buat apa ni?!”

Raisya dan Zafuan terkejut apabila tiba-tiba satu suara menyergah sebelum mereka disuluh dengan lampu suluh. Serentak itu kedengaran satu suara pula menjerit dari arah bertentangan.

“Siapa tu?!”

Pekik lagi Encik Hisyam, felo yang bertugas malam itu.

Tatkala cahaya lampu suluh itu berpindah ke arah suara yang menjerit itu Raisya terkejut melihat empat orang yang amat dikenalinya sedang tersembam di situ. Mereka terjatuh kerana terlalu terkejut mendengar sergahan Encik Hisyam menyebabkan mereka saling menghempap antara satu sama lain.

“Korang…”

“JADI kamu berempat ni mengendap mereka berdua yang buat perangai tak senonoh inilah, ya? Dan Raisya tu pula ialah roommate kamu semua?”

Encik Sharul selaku ketua felo menyoal Thia, Shud, Dini dan Najwa. Zafuan menjeling marah kepada Encik Shahrul apabila dituduh sebegitu rupa.

Mereka berempat mengangguk tanpa berkata sepatah.

“Awak semua sepatutnya laporkan kepada felo bertugas! Bukannya seronok tengok free show!”

Marah Encik Hisyam.

Mereka berempat yang takut dimarahi itu hanya mendiamkan diri.

Encik Shahrul memandang Raisya dan Zafuan.

“Kamu berdua ni tahu tak yang kamu berdua dah melanggar peraturan kolej ni? Bukan setakat peraturan kolej tapi peraturan Allah juga! Kalaulah Encik Hisyam tak jumpa kamu berdua tadi entah-entah kamu berdua ni dah berzina pula!”

Telinga Zafuan yang sudah bertukar merah itu tidak dapat menahan lagi tomahan yang dilempar ke arahnya.

“Tak ada istilah berzina bagi seorang suami terhadap isterinya yang sah!”

Semua yang ada dalam bilik itu terbeliak mata mendengarnya. Raisya pantas memegang lengan Zafuan.

“Awak…!”

“Is… isteri?”

Soal Encik Hisyam tidak percaya. Empat rakan sebilik Raisya itu juga kelihatan terkejut walaupun mereka sudah mengetahuinya tadi. Mungkin mereka mengandaikan telinga mereka bermasalah tadi tapi apabila Zafuan memekikkan benda yang sama maka terbuktilah telinga mereka masih berfungsi dengan baik selama ini.

“Awak bergurau ke? Mana boleh ada pelajar matrikulasi yang berkahwin! Ini melanggar peraturan yang sudah ditetapkan!”

Ujar Encik Shahrul tidak berpuas hati.

“Kami ada bukti sijil nikah yang sah dan saya boleh tunjukkan kepada encik nanti. Saya tahu kami salah tapi kami ada sebab sendiri. Kami dah bernikah sejak sebelum masuk matrikulasi lagi tapi selain keluarga terdekat tak ada siapa yang tahu. Encik Shahrul boleh hubungi keluarga saya kalau tak percaya.”

Ujar Zafuan.

Encik Hisyam sudah terduduk kerana tidak percaya dengan apa didengarinya.

“Kami minta maaf. Kami tahu yang kami dah langgar peraturan tapi tak ada siapa pun yang tahu kami sudah berkahwin. Kami juga tak pernah buat apa-apa sebelum ni. Tolonglah jangan kenakan apa-apa tindakan kepada kami. PSPM pun dah tinggal berapa bulan saja lagi. Benarkanlah kami habis pengajian di sini dahulu!”

Rayu Raisya.

“Saya kena berbincang dahulu dengan pihak atasan.”

Jawab Encik Shahrul yang akhirnya membuka mulut sebelum melangkah ke mejanya untuk mengambil buku laporan.

“Encik Shahrul, hujung minggu ni ada perlawanan persahabatan bola sepakkan?”

Soal Zafuan tiba-tiba.

Kening Encik Shahrul terangkat.

“Ya. Jadi?”

“Saya ni salah seorang pemain pasukan kita. Kalau saya dikenakan tindakan macam mana dengan nasib pasukan kita?”

Zafuan membuka cerita.

“Tapi perlawanan tu hanya perlawanan persahabatan aje, kan? Tak salah kalau awak digantikan dengan orang lain.”

Jawab Encik Hisyam selamba.

“Memang ia cuma perlawanan persahabatan tapi game kali ni kami akan berlawan dengan pelajar dari luar negara dan ini game terakhir kami sebelum kami tamatkan pengajian. Saya dengar ada pihak media nak datang tengok. Jadi takkan pasukan kolej kita nak mempamerkan permainan yang hambar, kan? Malulah nama kolej kita. Lagipun sebenarnya, saya ialah kapten pasukan. Saya ada banyak strategi untuk dikongsikan tapi kalau Encik Shahrul nak hantar nama saya dekat pihak atasan, berkemungkinan besar saya dikenakan tindakan dan menyebabkan saya tak dapat turun bermain.”

Encik Hisyam dan Encik Shahrul kedua-duanya terdiam dan saling memandang antara satu sama lain.

Memang pasukan bola sepak mereka antara pasukan terkuat di antara kolej matrikulasi malah pengetua pun menyimpan harapan besar mereka berjaya memenangi perlawanan persahabatan yang menjadi perlawanan terakhir pelajar sesi ini.

Zafuan sudah tersenyum apabila Encik Shahrul dan Encik Hisyam terkesan dengan kata-katanya. Kedua-dua felo itu saling berbincang perlahan. Raisya pula menoleh memandang rakan-rakan sebiliknya. Dini menjeling tajam ke arahnya. Shud tiba-tiba berubah minat terhadap dinding bilik itu dengan melarikan pandangan. Najwa hanya menunduk memandang kaki. Thia pula memandangnya dengan pandangan kecewa sebelum beralih memandang tempat lain.

“Saya juga harap isteri saya dan rakan-rakannya tidak dikenakan apa-apa tindakan. Kami tahu kami salah. Kami mengaku. Tapi kami masih nak meneruskan pengajian di sini. Kami janji kami takkan timbul masalah dan akan dapatkan keputusan terbaik dan Encik Shahrul takkan menyesal buat keputusan untuk melindungi kami.”

Janji Zafuan yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience