BAB 11

Romance Completed 11569

“NAK buka puasa sama-sama hari ni?”

Athirah mengangguk.

“Budak kelas A yang ajak. Jomlah.”

“Yalah. Nanti lepas kelas kita pergi bazaar jom.”

Ajak Raisya.

Seperti dijanjikan, selepas tamatnya kelas mereka hari itu, mereka mengunjungi bazaar ramadhan yang diadakan khas sepanjang bulan ramadhan di hadapan makmal komputer. Sekejap saja ramadhan sudah menjelang kembali dan ini merupakan kali pertama Zara merasai pengalaman berpuasa di negeri orang.

“Nak beli apa lagi?”

Tanya Faten selepas mereka selesai membel nasi.

“Emm… nak beli my favourite karipap pusing kejap.”

Ujar Raisya sebelum melangkah ke gerai yang berada di hujung sekali.

Gerai itu sememangnya popular dan ramai pelajar berkerumun di situ. Raisya sudah terjengket-jengket cuba memastikan posisi kuih karipap pusing kegemarannya.

“Kau nak beli kuih ke?”

Tegur Zafuan yang entah sejak bila sudah berada di sebelahnya.

“Dah tu takkan nak beli rantai basikal pula.”

Perli Raisya.

“Kau pergi ke buka puasa hari ni?”

Tanya Zafuan.

“Pergi. Awak?”

“Aku nak pergi tapi aku nak bini aku bawakan makanan untuk aku.”

Ujar Zafuan.

Raisya membuat muka meluat.

“Siapa bini awak?”

“Nak aku pekik dekat sini ke jawapan soalan kau tu?”

Ugut Zafuan sambil tersengih jahat.

“Fine! Awak nak makan apa?”

Zafuan merampas bungkusan Nasi Ayam milik Raisya.

“Aku nak nasi kau ni. Aku malas nak bersesak dengan budak-budak tak cukup umur.”

Terbeliak mata Raisya.

“That’s mine!”

“Jumpa nanti, wifey.”

Zafuan berbisik jahat sebelum melangkah pergi.

Raisya yang mahu mengejar Zafuan dan mencekik lelaki itu terhenti apabila bahunya dicuit. Ternyata Faten yang mencuitnya.

“Dah beli ke belum Raisya?”

“Err… malaslah nak beli kuih. Eh, teman pergi gerai Nasi Ayam tadi balik.”

“Eh, tadikan dah beli? Mana nasi tadi?”

Tanya Faten apabila tangan Raisya kosong.

“Ada gorilla ambil. Dah jom cepat. Nanti habis pula!”

Raisya menarik tangan Faten yang sudah berkerut itu. Gorilla?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience