BAB 32

Romance Completed 11569

“ALAA… janganlah marah sangat! Nasib baik saya dapat cover tau. Kalau sampai kantoi tak ke naya? Ingat tau kita ni nak final exam. Roommates awak tahu boleh cover lagi. Kalau classmate ni bukan tak boleh percaya tapi risiko dia lebih tinggi sebab classmates ni lagi ramai.”

Pujuk Zafuan dari hujung talian.

“Yalah tapi awak buat macam tu tadi malu saya tau!”

Ujar Raisya tidak puas hati.

“Masa tu spontan ajelah. Saya tak tahu nak cover macam mana dah. Jadi terpaksalah saya buat macam tu.”

“Yalah tu. Habis kempunan saya nak Justea tau!”

Raisya mencebik sambil bermain-main dengan penyepit baju di ampaian.

“Okay. Lepas ni saya belikan awak sedozen air Justea tu, ya?”

Pujuk Zafuan lagi.

“Dahlah. Sampai habis exam saya tak nak jumpa awak!”

Rajuk Raisya.

“Alaa… janganlah macam ni! Saya mana boleh hidup tanpa tengok muka isteri saya ni. Rindu 3 juta peratus tau!”

“Hah, pandailah tu nak mengayat! Tak ada. Sampai habis exam, saya nak buat peraturan kita tak boleh jumpa. Call pun tak boleh. Apa-apa hal whatsapp or wechat or text only. Faham?”

Raisya membuat keputusan.

“Takkan awak marah sangat sampai macam ni. Saya minta maaf dah kan?”

“Ini bukan soal tadi tu. Tapi kita ni kan nak exam. Kalau kita asyik habis masa berjumpa, bergayut macam ni bilanya nak study. Lagi beberapa hari kita nak exam lepas tu kita habis matrik boleh jumpa hari-hari, kan?”

Jelas Raisya.

“Ha’ah, kan? Tiap-tiap pagi nampak muka awak dulu. Wah, seronoknya! Boleh dapat morning kiss tak?”

Raisya ketawa kecil.

“Eiii… gatal! Dahlah. Ingat peraturan ni tau. Kita tak boleh berjumpa dan bergayut macam ni untuk masa beberapa minggu ni. Kalau texting pun tak boleh lama-lama. Saya nak fokus belajar. Awak juga nak kita sama universiti nanti, kan? Awak tu lainlah cerita. Memang dah tersedia lebih bijak bestari.”

“Well. Nama pun husband. Kenalah lebih dari isteri. Hmm… yalah. Tapi saya nak buat satu permintaan boleh sebelum kita dikuarantinkan tak boleh bergayut dan berjumpa lagi?”

“Apa dia?”

“Can you… call me… abang?”

Wajah Raisya tiba-tiba terasa panas.

“Hah?”

“Err… saya teringin nak dengar awak panggil saya ‘abang’. Yalah. Macam other married couple buat.”

Ujar Zafuan malu-malu.

Raisya tersenyum.

“Yalah…. abang.”

“Wahh! Bahagianya saya dengar! Ini yang semangat nak study ni!”

Zafuan jelas bernada teruja dari hujung talian.

Raisya ketawa.

“Hah, puas dah kan? Sekarang abang pergi study, ya? Saya pun nak study ni!”

“Okay! Assalamualaikum, sayang.”

Raisya tersenyum malu.

“Waalaikumussalam, abang.”

Raisya memerhatikan telefon sebelum ketawa kecil sendiri. Namun tiba-tiba kedengaran suara orang berdehem yang kuat dari dalam bilik. Apabila Raisya menoleh, rakan-rakan sebiliknya sedang berdiri di tingkap dari dalam bilik sambil menghadapnya.

“Oi, orang kat luaq!”T

egur Dini.

“Tak reti-reti masuk dalam kaa?”

Tegur Najwa pula.

“Bukan main lama dok gayut.”

Shud pula menyampuk.

“PSPM minggu depan aje ni.”

Thia pula menyambung.

Raisya tergelak melihat kawan-kawannya itu.

“Yalah! Orang nak masuk dah ni!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience