BAB 12

Romance Completed 11569

RAISYA menjeling tajam ke arah Zafuan yang duduk di hadapannya dan sedang enak menikmati Nasi Ayam ‘percuma’. Dahlah ambil nasi orang. Dalam banyak-banyak tempat ni macam mana dia boleh tersesat depan aku juga dia nak duduk?!

“Aku tahu muka aku memang kacak masa tengah makan.”

Ujar Zafuan tanpa memandang Raisya.

Raisya mengetap bibir menahan geram. Dia memandang sekeliling. Rakan-rakan sekelasnya semua sedang leka berborak sesama mereka. Kenapalah tak ada sorang pun nak ajak mamat ni berborak sama?

“Dahlah curi nasi orang. Tak malu.”

Ujar Raisya perlahan sambil menyuap nasi berlauk yang dibelinya. Nasi Ayam idamannya itu sudah habis sewaktu dia kembali untuk membeli lagi jadi terpaksalah nasi berlauk menjadi menu buka puasanya hari ini.

Zafuan memandang Raisya yang beriak sedih itu. Dia mengeluarkan sebungkus plastik dari begnya dan dihulurkan kepada Raisya.

“Apa ni?”

Soal Raisya.

“Jangan banyak bunyi lagi. Makan.”

Raisya membuka plastik itu dan alangkah terkejutnya melihat beberapa biji karipap pusing di dalam plastik itu. Memang karipap pusing itu mahu dibelinya tadi namun karipap itu juga habis. Mana tak sentap bila dua-dua makanan favourite lesap begitu saja gara-gara lelaki ini.

“Awak beli untuk saya?”

Tanya Raisya terharu dan teruja melihat karipap pusing kegemarannya itu.

“Takkan aku nak beli untuk bini Bang Din pula.”

Ujar Zafuan yang cuba berlagak macho sambil menyisip air limaunya.

“Thank you, hubby!”

Bisik Raisya yang teruja sebelum menikmati karipap pusing itu dengan penuh berselera. Zafuan pula tersedak mendengar kata-kata Raisya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience