BAB 5

Romance Completed 11569

“ESOK second-intake masukkan?”

Dini bertanya.

“Ha’ah. Cikgu Rizal tadi kata juga. Kan, Nad?”

Shud meminta kepastian Nadia yang sekelas dengannya. Untung budak berdua ni. Dahlah sebilik. Lepas tu sekelas pula.

Raisya mencabut earphone di telinganya. Dia berpusing menghadap rakan-rakannya. Penatlah dari tadi asyik buat tutor. Kerja tak pernah habis. Pensyarah pula macam berlumba-lumba memberikan kerja.

Hidup sebagai pelajar di matrikulasi ini membuatkan dia adakalanya langsung terlupa dengan status sebenarnya sebagai seorang isteri. Dia ada juga berbual melalui telefon dengan ibu mertuanya dan pernah sekali dua berbalas mesej dengan suaminya tapi hanyalah teguran ringkas dan Raisya yakin itupun selepas dipaksa oleh Datin Arnee. Namun sejak dua tiga hari ini Zafuan tidak lagi menghubunginya dan dia langsung tidak ambil kisah malah lebih selesa begitu.

“Kalau ada budak baru masuk bilik kita macam mana?”

Tanya Najwa.

“Depan mak dia nanti kita layan dia baik-baik. Lepas mak dia balik kita buli! Hahahaha…”

Raisya berancangan jahat.

“Lepas tu kita bagi dia meja sebelah aku ni. Meja ni suis dia rosak.”

Sambung Nadia.

“Jangan bagi dia pakai iron kita.”

Shud pula menambah sambil menunjuk seterika seludup yang dibawa Nadia.

“Jahatlah korang ni! Kesianlah budak tu nanti.”

Ujar Thia walaupun dia juga sama-sama gelak apabila mereka membuat imaginasi andai ada budak baru masuk ke bilik mereka itu.

“Eh, tapi rasanya tak ada kot. Bilik kita dah full enam orang.”

Najwa menyampuk.

“Tapi kalau tiba-tiba ada macam mana?”

Tanya Raisya.

“Kita tendang dia keluar.”

Najwa menjawab sebelum semuanya berdekah ketawa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience