BAB 14

Romance Completed 11569

“GUYS, I want each of you masuk group girls. Girls ada six group so each of you get into each group. I dah serik nak bagi you all satu group. Gerak sekarang!”

Arah Madam Chong tegas.

Pelajar-pelajar lelaki dengan muka seposen gara-gara kena marah lambat-lambat bangun dan memilih kumpulan. Salah mereka jua ketika tugasan sebelum ini mereka buat sambil lewa sehingga menaikkan darah pensyarah mereka. Nasiblah…

“The Mockingjay, may I join you girls?”

Raisya mengangkat muka tatkala Zafuan menegur. Rakan satu kumpulannya yang diberi nama The Mockingjay dan dianggotai oleh Raisya, Rana, Athirah, Faten dan Masyha turut terkejut namun lebih kepada terkejut gembira.

“Boleh! Boleh!”

Setuju Rana.

“Duduklah!”

Pelawa Faten.

“Alahh! Aku baru nak join group diorang.”

Ujar Sobri tidak berpuas hati.

“Weh, Zaf! Aku dah chop Mockingjay.”

Saravanan pula menyampuk.

“Eh, eh! Jangan nak bergaduh. Zafuan yang datang dulu. So kitorang pilih dia.”

Athirah membuat keputusan membuatkan Sobri dan Saravanan beredar dengan hampa.

Mereka tahu bahawa pelajar lelaki berebut mahu sekumpulan dengan mereka kerana kumpulan mereka berjaya menjadi kumpulan terbaik pada tugasan lepas. Pasti mereka menyangka jika berada bersama kumpulan ini pasti mereka juga mudah untuk menang selepas ini.

“Zaf, any idea tambahan?”

Tanya Athirah meminta pendapat selepas diberi penerangan oleh Madam Chong bahawa mereka perlu membuat presentation dengan mempromosi barang atau perkhidmatan hasil syarikat mereka.

“Err… aku ikut korang ajelah.”

Ujar Zafuan sambil tersenyum.

“Teacher suruh buat video sekali, kan?”

Tanya Masyha.

“Tak apa. I’ll handle it.”

Celah Raisya.

“Okay. Raisya memang terror bab-bab komputer ni. Jadi…”

“Aku tolong kau.”

Sampuk Zafuan tiba-tiba menghentikan kata-kata Rana.

Raisya berkerut kening tidak berpuas hati. Sibuklah dia ni!

“Betul kau boleh?”

Tanya Faten.

Zafuan mengangguk.

“Tak lelakilah kalau tak tahu bab-bab komputer!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience