BAB 24

Romance Completed 11569

SEBAIK saja tiba di biliknya, Raisya terus merebahkan badan di katilnya. Rakan-rakan sebiliknya yang sedang membuat hal masing-masing memandang pelik melihat Raisya yang hanya senyap itu.

“Awal balik, Sya?”

Tegur Thia sambil duduk di katil sebelah Raisya.

“Sya penat. Sya nak tidur.”

Raisya membelakangi Thia.

“Eh, tak nak pergi toilet dulu ke?”

Tanya Shud dari katil atas.

“Mengantuk sangat masa buat business tadi ni.”

Raisya memberi alasan dan langsung tidak bergerak lagi.

Thia dan Shud kemudiannya membiarkan saja Raisya apabila memutuskan mungkin rakan mereka itu benar-benar penat dan mengantuk. Mereka kembali membuat tugasan masing-masing. Yalah, malam-malam buat tutorial Pengurusan Perniagaan dekat perpustakaan yang sejuk macam tu siapa tak mengantuk?

Diam-diam Raisya sebenarnya sedang berendam air mata. Sejak Najwa bercerita tentang keakrabannya dengan Zafuan, Raisya jadi cemburu. Apatah lagi melihat Zafuan sendiri tersenyum manis dan ceria di hadapan Najwa. Sedangkan Zafuan tidak pernah tersenyum seperti itu di hadapannya.

Raisya sendiri akhirnya terpaksa akui bahawa rasa cemburu itu membuktikan dia sebenarnya sudah jatuh cinta terhadap lelaki yang merupakan suaminya yang sah itu. Namun apakan daya, Zafuan sendiri sudah melarangnya jatuh cinta terhadap Zafuan. Zafuan memang berhak untuk mencintai perempuan lain. Dia hanyalah isteri di atas kertas dan bila-bila masa saja status itu boleh bertukar menjadi janda. Baru umur 19 tahun dah jadi janda? Sungguh sadis!

Hampir setahun di matrikulasi ini, hampir setiap hari Raisya dan Zafuan akan bersua muka. Raisya sendiri akui dalam tempoh ini dia semakin banyak mengenali sisi berbeza suaminya itu walaupun sejak kecil sudah sebumbung. Walaupun setiap pertemuannya dengan Zafuan bukanlah satu pertemuan yang meninggalkan memori indah namun setiap kali dia menemui lelaki itu dia akan berasa gembira dan bersemangat untuk melalui hari-harinya.

Jika Zafuan benar-benar mahu serius dengan Najwa, Raisya tidak rela melihatnya maka lebih baik jika dia yang mengundur diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience