BAB 6

Romance Completed 11569

“HARI ni budak second-intake dah start class kan?”

Tanya Rana.

“Ha’ah. Harap-haraplah ada yang handsome-handsome masuk kuliah kita ni ke… kelas ke!”

Athirah pula teruja mengharap.

“Hang ni galaklah!”

Tegur Masyha sebelum yang lainnya turut mengusik Athirah yang suka mencuci mata dengan lelaki bermuka kacak dan jambu.

Sudah menjadi kebiasaan mereka sementara menunggu pensyarah yang memberi kuliah masuk, mereka akan bergosip terlebih dahulu. Tak bagus betul untuk diikuti.

“Eh, itu budak baru ke?”

Faten tiba-tiba menunjuk apabila seorang lelaki yang tidak pernah dilihat masuk ke dewan kuliah bersama-sama Sobri dan Firdaus yang merupakan rakan sekelas mereka.

“Ha’ahlah. Macam tak pernah nampak aje.”

Ujar Rana sambil memerhatikan pelajar itu.

“Mana? Tak nampaklah.”

Raisya yang kedudukannya agak hujung tidak dapat melihat dengan jelas kerana dihalang oleh beberapa pelajar lelaki lain yang baru masuk. Pelajar baru itu kemudiannya terus duduk tanpa dapat Raisya lihat wajahnya.

Tidak lama kemudian Pn. Anis, pensyarah matematik mereka masuk ke dalam kuliah menyebabkan semua pelajar mula memandang ke hadapan dan mula untuk fokus. Namun Raisya masih tidak tenang kerana dia merasakan seolah-olah mengenali pelajar baru itu.

“Ish, tak nampak jelaslah muka budak baru tu.”

Athirah berbisik. Dia hanya menyalin saja jawapan yang dipamer di hadapan tanpa mengisahkan penerangan pensyarah. Raisya yang sebelum ini menumpukan tumpuan sepenuhnya semasa kuliah juga hilang konsentrasinya dan turut kerap menjeling ke arah pelajar baru itu.

Selepas hampir 10 minit kuliah, pelajar itu menoleh ke belakang untuk memberikan kertas kedatangan kepada pelajar di barisan belakang.

“OMG! Dia handsomelah!”

Athirah berbisik teruja.

Pada waktu itulah jantung Raisya nak tercabut keluar apabila lelaki itu rupa-rupanya ialah lelaki yang sangat dikenalinya. Mati aku! Apa dia buat dekat sini? Macam mana dia boleh wujud dekat matrik ni? Lebih dahsyat dalam kuliah aku ni?! Janganlah dia sedar aku dalam ni.

Namun selepas tamatnya kuliah matematik, Raisya terasa mahu menjerit histeria apabila Zafuan rupanya satu praktikum dengannya dan mereka akan bersatu ketika kelas bahasa inggeris. Bulat mata Zafuan apabila menyedari Raisya merupakan rakan sekelasnya. Raisya hanya berpura-pura tidak menyedarinya.

Di kelas itu barulah Raisya serta rakan-rakan sekelasnya tahu bahawa Zafuan sebenarnya ialah pelajar repeat yang gagal memperoleh standard PNGK untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah. Waktu itu barulah Raisya mengerti mengapa Zafuan terkejut besar dulu saat dia memberitahu akan melanjutkan pelajaran di sini.

“Zaf, I’ve never thought that I’ll be your english teacher again this year. Boring betullah I nak tengok muka you. You sedar tak yang you ni dah tua. I sayang budak-budak muda aje.”

Madam Chong berseloroh membuatkan satu kelas ketawa.

“Sampai hati teacher cakap macam tu. Sorryla teacher. I just miss you and this place. So sebab tu I ada lagi dekat sini.”

Balas Zafuan.

“Banyaklah you. Result macam tu memang patut pun kena repeat! Sekali I pelangkung nanti baru tau!”

Ugut Madam Chong sambil sekali lagi seluruh kelas ketawa lagi.

“Tapi at least saya dapat A apa untuk english! Dua-dua sem pula tu. Nampak tak saya memang sayang teacher?”

Ujar Zafuan membuatkan satu kelas berbunyi ‘woo’ dengan nada teruja. Walaupun subjek english merupakan subjek yang kedengaran mudah untuk mendapat gred A tapi percayalah, di matrik subjek itu paling mudah untuk mendapat F!

“Hah, itu yang I pelik tak habis sampai sekarang! Orang lain dapat C,D,E,F untuk english tapi you dapat A. Subjek lain yang orang lain boleh petik jari dapat A you boleh fail! Apatah lagi dengan result SPM you tu memang orang expect tinggi tau.”

Ujar Madam Chong.

“Eh, kau dapat SPM berapa?”

Sampuk Firdaus.

“SPM benda lamalah teacher.”

Zafuan cuba berdolak-dalih.

“But straight A’s is not something even genius student can get.”

Ujar Madam Chong membuatkan satu kelas sekali lagi mengeluarkan nada kagum bercampur terkejut. Raisya sendiri terkejut mendengarnya. Straight A’s?! Kenapa aku macam tak pernah tahu? Tapi tak boleh perform dekat matrik? Susah sangat ke matrik ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience