BAB 31

Romance Completed 11569

“HUUU… kenapalah banyak sangat kerja Cikgu Kalai kasi ni! Berbatang-batang pen habis dakwat menghadap subjek dia aje. Dia nak sponsor pen tak apa juga.”

Omel Raisya agak kuat. Mujur mereka di kafe. Bolehlah dia nak cakap kuat.

Mahu duduk di library, tak tahan pula kesejukan melampau perpustakaan itu sehingga membuatkan Raisya tertanya-tanya mengapa masih tiada salji di dalam perpustakaan itu sedangkan suhunya sudah terlalu sejuk!

“Biasalah tu. Bukan Cikgu Kalai namanya kalau kerja sikit. Dahlah study week pun dia nak buat kelas. Obses kerja betul cikgu kita tu.”

Omel Faten pula sambil disambut anggukan Athirah. Rana pula sudah hanyut dalam dunia peta minda subjek Pengurusan Perniagaannya yang berkerawang di sana sini di atas kertas berwarna-warninya. Masyha di sebelah pula sedang membuat subjek matematik. Katanya subjek Pengurusan Perniagaan sudah disiapkan malam tadi. Tak tidur agaknya budak rajin ni.

“Hai, korang!”

Kelima-lima mereka mengangkat muka sebaik mendengar teguran seseorang.

“Oh, Zafuan.”

Sambut Athirah. Raisya sudah menahan senyum melihat suaminya itu tiba-tiba muncul. Tiba-tiba badannya terasa cergas pula!

“Korang mesti penat, kan? Ni aku belanja air.”

Zafuan mengeluarkan beberapa tin air dan diberikan setiap seorang satu.

“Wah… baiknya kau! Terima kasih!”

Ucap Rana sambil rakus membuka tin airnya sebaik saja menerima airnya.

“Sama-sama.”

Jawab Zafuan sambil membuka air tin yang terakhir dan diberikan kepada Raisya.

“Eh, kenapa kau bukakan yang Raisya punya je?”

Tegur Faten.

Raisya dan Zafuan sama-sama terpaku sebelum saling berpandangan.

“Err…”

“Oh… korang ada apa-apa ya? Raisya, sampai hati tak story yang korang dah ada special relationship! Sebelum ni bukan main benci, ya?”

Athirah tiba-tiba membuat andaian yang tanpa diketahuinya memang tepat 100%!

“Eh, mana adalah! Tak ada maknanya. Kitorang tak ada apa-apalah! Zaf, kau sebenarnya saja aje bukakan air ni untuk aku kan? Tak ada niat lain, kan?”

Soal Raisya pantas kepada Zafuan.

Semua mata kini beralih memandang Zafuan.

“Err… aku… aku… aku sebenarnya tak belikan pun untuk Raisya ni. Buat membazir duit aku aje. Air ni aku buka sebab aku nak minum!”

Zafuan pantas menarik air tin di tangan Raisya dan diteguknya.

“Weh, kenapa untuk aku tak ada pula?”

Soal Raisya.

“Sebab aku tak suka kau. Okay, bye! All the best semua untuk PSPM!”

Zafuan pantas meninggalkan mereka dengan mengambil semula air tin yang diberikan kepada Raisya tadi.

‘Sorry, sayang!’

“Zafuan!”

Pekik Raisya namun Zafuan terus pantas meninggalkan kafe itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience