BAB 8

Romance Completed 11569

“KENAPA benci sangat dengan Zafuan tu?”

Tanya Athirah apabila Raisya tidak sudah-sudah mengutuk Zafuan apabila mereka bergosip tentang Zafuan yang pada waktu itu turut sedang menjamu selera di bahagian hadapan kafe. Raisya pula sedang menjamu selera makan tengahari bersama-sama rakan-rakan sekelasnya. Mati seleranya seketika tatkala memandang Zafuan.

Terserlah di situ bahawa Zafuan popular di kalangan pelajar terutama pelajar perempuan. Tidak hairanlah dia popular kerana wajah kacaknya dan pengalamannya tentang matrik ini sangat banyak. Buktinya waktu makan pun ramai perempuan yang menyapa. Huhh! Perasan popularlah tu!

“Mana ada benci. Just annoying aje dengan perangai dia yang mesra perempuan tu. Nampak sangat playboy.”

“Tapi memang dia baiklah.”

Sobri mencelah.

“Dia selalu tolong budak junior bila ada budak tanya tutorial dekat dia.”

“Ha’ah. Aku pun pernah tanya. Dia okay je. Dia ajar senang faham.”

Tambah Firdaus.

“Entah-entah dia ajar korang benda salah kot. Kalau pandai takkan dia repeat.”

Sanggah Raisya.

“Hang ni tak baiklah cakap lagu tu. Mana tau dia betul-betul dah berubah ka?”

Bidas Masyha. Raisya hanya senyap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience