BAB 3

Romance Completed 11569

“MAMA, kenapa tak beritahu dia akan further study dekat matrik Perlis?”

Soal Zafuan.

“Kamu tak pernah tanya.”

Jawab Datin Arnee selamba.

Zafuan mengeluh.

“Mama dengan papa memang sengaja aje, kan?”

Datin Arnee tersenyum.

“Memang itu salah satu sebabnya tapi sebab utama ialah papa kamu memang selalu sangat mimpikan orang tua Raisya tu. Kesian papa selalu tidur tak lena. Sejak kamu dah bernikah dengan Raisya barulah papa boleh lena tidur.”

Zafuan mendengus.

“Alasan aje tu.”

“Nanti lepas kamu berdua habis study baru kita buat majlis besar-besaran ya? Bolehlah kita ajak saudara-mara, kawan-kawan papa, kawan-kawan kamu dan Raisya…”

Cadang Datin Arnee.

“Alah, tak payah nak buat pun tak apa. Membazir aje pun. Entah-entah bukan bertahan lama pun hubungan kami ni. Dah kahwin pun bukan ada rasa apa pun.”

Ujar Zafuan tidak puas hati.

Datin Arnee mengeluh.

“Zaf, janganlah cakap macam tu. Kamu terima ajelah Raisya sebagai isteri kamu. Walau apapun kamu kata, kamu tetap dah sah sebagai suami dia. Mama harap bolehlah kamu belajar cintakan dia. Mama juga harap setahun di matrikulasi itu dapat mengajar kamu bukan setakat ilmu tetapi erti sebuah cinta. Cinta yang halal.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience