BAB 26

Romance Completed 11569

MALAM ini ternyata Raisya bertentang mata lagi dengan Zafuan. Panas hatinya tatkala melihat lelaki itu betul-betul berada di sebelah mejanya bersama-sama Sobri, Firdaus dan Awie. Semak betullah!

“Kita pindah meja lain tak boleh ke?”

Bisik Raisya.

“Kenapa pula? Okaylah meja sini. Ini aje kosong dekat sini. Tempat lain tu bising.”

Ujar Rana.

Raisya mendiamkan diri. Fokusnya benar-benar terganggu apabila menyedari mata Zafuan sedang merenungnya. Hish, mamat ni! Kalau dah kena korek biji mata tu nanti baru ada akal. Memang dasar mata keranjang.

Akhirnya perbincangan mereka tamat jua. Kebetulan sewaktu Raisya dan rakan-rakannya mahu pulang, empat rakan lelaki mereka itu juga sudah selesai menyelesaikan tugasan mereka.

Mereka semua berjalan pulang ke blok masing-masing bersama-sama kecuali Zafuan yang katanya mahu membeli sesuatu di Mini Market. Namun Raisya yang teringat bahawa rakan-rakan sebiliknya ada memberitahu mahu ke Mini Market lantas sedar yang Zafuan sebenarnya mahu menemui Najwa. Dah berjanjilah tu!

“Kau ni aku tengok dari dulu macam tak suka aje dengan Zafuan tu. Dah nak habis pun kita dekat sini. Kenapa hah?”

Tanya Sobri. Kini cuma tinggal Raisya, Awie, Firdaus dan Sobri saja selepas menghantar rakan mereka yang lain di blok yang lebih hadapan.

“Aku cuma tak suka dia tanpa sebab. Tak perlu sebab pun kalau kita nak benci seseorang tu.”

Jawab Raisya ringkas.

“Ke kau suka dia ni? Haaa…”

Awie mengusik.

“Eh, tolonglah! Geli aku nak suka lelaki muka jambu macam tu. Dahlah badan pun tak sado mana.”

Kutuk Raisya menahan geram sambil membayangkan Zafuan yang berwajah jambu dan kurus itu.

“Haha… yalah tu. Okaylah, jumpa esok!”

Awie, Sobri dan Firdaus beredar apabila mereka sudah tiba di hadapan B3.

“Bye!”

Raisya melambai ke arah mereka sebelum melangkah ke bloknya.

Sebaik saja Raisya mahu mendaki tangga, tiba-tiba tangannya ditarik seseorang sebelum dia diheret keluar dari bloknya. Namun Raisya pantas mengenali identiti orang tersebut.

“Zafuan! Awak buat…”

Mulut Raisya kemudiannya ditekup oleh Zafuan menyebabkan suaranya tidak lagi kedengaran sebaliknya dia hanya meronta mahu melepaskan diri. Amat mengejutkan apabila kudrat Zafuan yang kurus itu sangat kuat untuk memaksanya mengikuti lelaki itu.

Malam hari biasa seperti itu tidak begitu ramai pelajar yang lalu-lalang di situ. Mungkin kerana semuanya sibuk di meja belajar atau di perpustakaan bagi menyiapkan tutorial masing-masing jadi tidak memiliki banyak masa untuk merayau-rayau. Apatah lagi PSPMII akan menjelang tidak lama lagi.

Raisya ditarik sehingga ke makmal komputer dan bahasa yang terletak di hadapan blok Raisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience