GD 22: I'm Your Husband

Drama Completed 6688

Aku memandang sayu kearah pusara didepanku. Pusara seorang yang banyak mengubah diriku. Seorang yang sentiasa ceria dan gembira. Seorang yang pernah meluahkan rasa cinta dan sayangnya kepadaku. Seorang yang bersungguh demi membahagiakan aku. Seorang yang namanya terukir kemas jauh dicarta hati.

“Aiman, sebelum ni saya tak pernah bahasakan diri kita dengan ‘saya-awak’. Awak nak tahu sebab apa? Sebab dulu saya ego. Saya selalu suruh awak macam-macam tapi awak tetap layan kerenah saya yang mengarut tu.” Ucapku sambil mengusap batu nisan milik Aiman.

“Awak baik. Terlampau baik. Tak sesuai untuk perempuan macam saya. Saya pernah terfikir yang awak akan bimbing saya jadi lebih baik. Tapi, awak dah tinggalkan saya dulu.” Perasaan sebak mula menjalar di dada. Tanpa disedari setitis demi setitis air mata jernih jatuh ke bumi. Perginya dia memberi kesan yang agak mendalam kepadaku. Mungkin kerana sudah mula terbit rasa cinta dalam diri untuknya.

“Leesa..” suara yang sama sekali lagi memanggilku.

“Dah sebulan dah, Leesa. Sampai bila Leesa nak macam ni?  Lepaskanlah arwah. Move on , Leesa.” Ujar suara itu lagi.

“Khai tak faham! Leesa bukan tak nak move on tapi susah. Abang tak duduk tempat Leesa. Kadang-kadang Leesa sendiri tak faham apa yang Leesa nak sebenarnya.” Balas ku lalu mengelap pipi yang basah dek air mata tadi. Aku membuang pandang ke bahagian lain tanah perkuburan ini.

“Leesa kena ingat yang Leesa ni milik orang. Milik adik Aiman sendiri. Leesa tak boleh lepas tanggungjawab macam tu.” Ujar Khai sambil meletakkan tangannya keatas bahuku. Aku berpaling kearah Khai dan cuba menghadam hakikat yang aku milik Naufal Khalees bukannya Naufal Aiman. Biarpun aku terpaksa juga rela dengan kenyataan itu. Aku mengangguk perlahan.

“Aiman, saya balik dulu.” Ucapku dengan perlahan. Khai mengusap lembut kepalaku. Dengan beberapa langkah aku berpusing kebelakang mula meninggalkan pusaranya.

*

Aku duduk diatas sofa sambil menonton rancangan ‘running man’ dengan ditemani semangkuk mi segera bersama secawan coklat suam diatas meja. Sedang elok-elok bahagian yang agak kelakar aku pun tertawa.

Tangan dipanjangkan bagi mengambil secawan coklat diatas meja. Tiba-tiba coklat suam yang berada diatas meja itu terlebih dahulu telah diambil oleh seseorang yang memang tak tahu malu. Aku meletakkan mangkuk mi dan menoleh ke kananku. Lelaki itu dengan selambanya minum air coklat aku dan bersandar di sofa tanpa rasa bersalah. Aku memandang tajam kearahnya.

“Apa?” Untuk seketika akhirnya dia bersuara. Aku membuat isyarat mata kepada secawan coklat yang kini berada didepan dia. Dia melihat ke arah cawan itu lalu tersenyum sinis.

“Air ni ada dalam cawan aku, that means ni air akulah.” Dia membuat muka toya. Aku semakin membulatkan mata dan membuat muka cemberut. Tanganku disilangkan kedada.

“Nak juga ke? Nah minum je lah. Tak payah malu-malu.” Dia menolak cawan itu dekat ke arahku.

“Ish!” Aku melepaskan silangan tanganku dan beredar ke bilik tidur ku dengan laju.

“Kenapa ni? Muka cemberut malam-malam macam ni.” Soal abi yang kebetulan baru saja turun dari tangga.

“Abi tanyalah menantu kesayangan abi tu.” Balasku dan naik ke tingkat atas dengan penuh diva. Abi menggeleng kepala melihat gelagatku yang agak kebudak-budakan.

“Naufal, ada apa ni?” Soal abi kepada Khalees seraya melabuhkan punggung diatas sofa yang bertentangan dengannya.

“Ada apa, abi?” Khalees membalikkan soalan kepada abi semula. Dengan muka tak bersalah dia makan mi aku pula. Eh mamat ni lah.

“Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Isteri awak tu dah kenapa?” Soal abi sekali lagi.

“Oh, tak tahu lah Bella tu, tiba-tiba je merajuk. Datang bulan kot.” Balasnya selamba. Eh, suka hati je mamat ni.

“Dia curi air ngan meggi Leesa!” Laungku dari tingkat atas sebelum menghempaskan pintu bilik sekuat hati. Abi meletuskan tawanya sambil menggelengkan kepala.

“Is that my daughter? I can't remember when is the last time she being so childish like this.” Abi menyambung tawanya yang bersisa.

“She is.” Balas Khalees seraya tersengih kemenangan. Menang kerana dapat menyakat Leesa. It seems like my wife is a cute girl who need her food not to be disturb to make her happy right now. Dia tergelak kecil mengenangkan telatah isterinya.

*

Pintu bilik dikuak perlahan dan mengejutkan aku yang sedang sibuk menonton drama Korea diatas katil. Aku melihat kearah kelibat seorang jejaka yang baru masuk kedalam bilik ku. Atau lebih spesifik lagi 'bilik kami'. Aku sambung menonton drama di dalam laptop kepunyaanku tanpa mengendahkan lelaki tadi.

“Oit...” Khalees menegurku seraya mencuit pipiku. Aku mengelakkan muka malah tidak berpaling kearahnya walau sedikit pun. Suami tak suami, aku peduli apa? Dia yang tiba-tiba kahwin dengan aku.

“Weyh, ni aku bawakan hot chocolate untuk kau. Ganti balik yang tadi. Meggi tak payah lah. Malam-malam tak elok makan. Nanti gemuk.” Dia menyuakan secawan coklat yang masih berasap itu didepan ku. Aku memandangnya sekilas dengan muka jengkel lalu aku kembali menghadap skrin laptop. Suka hati je cakap aku gemuk.

Dia mengeluh perlahan kemudian meletakkan coklat panas tadi diatas meja ditepi katil. Aku membiarkan perbuatannya. Dia mengambil tempat disebelahku dan mengeluh lagi. Kali ini aku memandangnya sambil mengjongket-jongketkan sebelah kening.

“Dah sebulan weyh. Dah sebulan sejak arwah pergi. Kau memang langsung tak nak bercakap dengan aku ke? Kalau nak cakap kau ni nak jaga ikhtilat, kita dah sah dah pun. Cuba lah kau bagitahu aku apa puncanya.” Balas Naufal panjang lebar.

“ Kau expect apa? Takde keoentingan pun aku kena cakap ngan kau! Lagi satu sebab kau hipokrit! Kau tipu semua orang! Sebab kau benci aku dan aku pun tak nak jatuh cinta dengan orang yang benci aku! Kau cinta orang lain tapi kau kahwin dengan orang lain! Kau fikir apa ha dalam kepala otak kau tu!” Aku membalas didalam hati. Memang tak lah aku cakap macam tu depan depan. Muka aku masih tidak pandang padanya.

Khalees kelihatan bengang dengan responku yang pasif. Dia menarik bahuku yang sedang bersandar menghadap dirinya.

“Cuba lah kau balas sesuatu. Aku tahu Bella yang depan aku ni tak bisu dan tak pekak. Aku penat lah kau macam ni.” Ujarnya tegas dengan mukanya turut merapati muka ku. Aku nampak keikhlasan butir bicaranya melalui pandangan matanya kepadaku yang memandangku sayu dan kecewa.

Aku menolaknya ketepi dan menyandarkan badanku semula. Sebaik sahaja aku ingin menekan butang play di laptopku, dia menekap kedua belah pipiku dengan tanganya dan memandang mataku. Kini mata dia kelihatan redup. Aku mengerutkan keningku.

“Aku nak kau jujur dengan aku, kenapa kau layan aku macam ni?” Khalees menyoal dengan nada yang perlahan seraya melekatkan dahinya pada dahiku. Aku hanya terkaku dengan perbuatannya. Matanya makin tajam menikam mataku.

“It's none of your business.” Jawabku perlahan kemudian melarikan anak mata dari pandangan matanya. Dia mengemaskan pegangannya dipipiku sambil memejamkan matanya serta semakin merapatkan mukanya dengan mukaku. Dia membuka matanya dan memandang kedalam mataku semula.

“It is. Because I'm your husband.” Aku melihat bibirnya bergerak membalas dengan senafas.

“Fine! It is because of you don't love me and I know you loves someone else. And she will never be me!” Aku membalas sepatah-sepatah sambil menjelingnya sinis. Aku memejamkan mata seketika lalu membukanya semula. Setitik cairan jernih mengalir dari tubir mata ke pipi dan terkena sedikit pada ibu jari Khalees. Aku melihat mata Khalees yang kemerahan. Dia mengelap air mata ku dengan ibu jarinya. Dia terkelu.

“Kenapa kau sibuk nak kahwin dengan aku padahal kau cinta orang lain, kau suka orang lain, kau sayang orang lain? Kenapa? Dan paling penting kau tak cinta aku pun apatah lagi sukakan aku.” Aku menyerangnya sekali lagi dengan soalan bertubi-tubi. Nada suaraku masih dikawal agar kedengaran tenang.

“Kalau bukan sebab aku sayang kau, aku takkan senang-senang buat semua ni lah.” Balasnya lalu melepaskan tekapan pada pipiku.

Aku menyandarkan badan ke katil. Termenung dan cuba menghadam apa yang dikatakannya tadi. Khalees turut melakukan perkara yang sama lalu terus berjalan keluar dari bilik. Aku kembali termenung kosong.

Hentakan pintu yang kuat secara tiba-tiba mengejutkanku. Aku segera turun dari katil dan bergegas keluar. Aku mencari punca bunyi hentakan tadi. Bilik abi. Aku berlari untuk mendapatkan abi. Sesampai di bilik abi, aku lihat abi terbaring kaku didepan bilik air.

“Kenapa ni?” Soal Khalees yang muncul secara tiba-tiba.

“Ambulans cepat!” Aku bersuara panik sambil cuba mengejutkan abi. Khalees hanya mengangguk dan segera menghubungi pihak hospital. Setelah abi diangkat masuk ke dalam ambulans, kami mengikuti ambulans dari belakang.

Abi terus dikejarkan ke wad kecemasan sebaik tiba di hospital. Aku mundar mandir didepan wad. Sesekali menjenguk kedalam. Khalees pula hanya duduk dan kelihatan agak gusar. Begitu juga dengan Khai yang sedang duduk dan sedang cuba ditenangkan oleh Kak Naufa. Mama dan papa duduk disebelah Khalees, menunggu dengan sabar. Perbuatan kami itu terhenti apabila seorang doktor perempuan muda yang berwajah manis keluar bersama Doktor Amir. Aku bergegas kearah mereka.

“Macam mana ayah saya doktor?” Aku terus bertanya. Kedua mereka berpandang sesama sendiri. Mereka mengambil keputusan supaya Doktor Amir yang mengesahkan keadaan abi.

“Leesa, kami minta maaf tapi Allah lebih sayangkan dato'. Takziah.” Ujarnya dan berlalu pergi. Mukanya kelihatan kesal. Aku terdiam dengan kenyataan tadi.

Aku terasa seperti dunia tidak menyebelahiku. Badan ku berasa sangat lemah. Tanpa dipinta, Khalees menarikku kedalam dakapannya. Aku menolaknya kasar.

“Don't touch me! God, he's really gone. Why you took him away?” Aku meninggikan suaraku sebelum merintih akan pemergian abi. Dia masih juga cuba memeluk ku yang sedang meronta-ronta. Dia memaut kedua belah pipiku lalu mencium kedua-dua mataku kemudian melekapkan dahinya kepada dahulu.

“I told you, I'm your husband and I'll not let you endure this by yourself alone.” Ujarnya sambil masih memegang pipiku kemas. Aku lantas memeluknya erat dan terus menghamburkan tangisku kedadanya. Dia menjatuhkan pegangannya tadi kemudian membalas pelukan ku kemudian meletakkan dagunya keatas kepalaku.

“Cry at me. I'm all yours.” bisiknya perlahan. Aku mula berasa selesa dan selamat berada didalam dakapannya begini. Dia mula menenangkanku. Dia mengusap belakangku lembut. Aku terasa pandanganku mulai gelap dan aku lemah lalu rebah dalam dakapannya. Ini memang sebuah pengakhiran bagi aku.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience