Aku meraup muka dengan kedua belah tapak tangan setelah selesai mengaminkan bacaan doa. Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai menunaikan solat sunat ba'diah Maghrib di sebuah masjid berdekatan dengan rumahku. Jemaah lain semuanya kelihatan baru sahaja selesai solat sunat sepertiku. Sejujurnya aku sendiri juga tidak tahu mengapa aku boleh berada di sini. Tanpa apa-apa panduan. Tanpa sebab yang tertentu. Hatiku bagai dipandu suatu kuasa yang menyumbang kekuatan untuk aku bangkit lalu menuju ke rumah Allah ini. Mungkin ini adalah petunjuk untuk diri aku yang selama ini sudah terpesong jauh dari landasan-Nya.
“Bismillahirahmanirahim, allahummaftah alaina hikmataka wansyur alaina min khoza inirohmatika ya arhaman rahimin amma ba'. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Jadi hari ini kita akan sambung tajuk kita semalam tentang Keluarga Sakinah.” Ustaz yang berada di tempat duduknya itu memulakan muqadimahnya. Tirai yang memisahkan antara ruang jemaah lelaki dan jemaah perempuan itu di buka dan menampakkan ustaz yang sedang memberikan ceramah di bahagian depan masjid. Kebanyakan jemaah perempuan yang ada mula mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing dan mula mencatat isi-isi daripada ceramah ustaz ini. Aku pula tidak membawa sebarang pen dan kertas. Malah telefon juga aku terlupa ambil semasa hendak ke masjid tadi.
“Senang je isteri-isteri nak dapat pahala ni. Taat perintah Allah dan rasul, taat pada suami. Cari redha Allah dan rasul, cari redha suami. Nampak, sikit je. Tapi nak buat dia punya lah susah, mak cik-mak cik kan?”
“Wanita itu makhluk yang sarat dengan emosi, para suami sekalian. Kadang tu terlalu ikut kata hati sendiri. Diorang ni tak sedar kadang-kadang ada tindak-tanduk diorang yang buat kita terasa. Rasulullah SAW pun ada sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan ni. Saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, habis hilang semua kebaikan suami yang sebelum-sebelum ni. Jadi kita suami-suami ni janganlah cepat sangat ikut emosi juga. Tapi, yang isteri-isteri ni mentang-mentang nabi kata gitu, kita pun buat biar macam tu je. Mana boleh. Kita pun kenalah jaga percakapan kita bila bercakap dengan suami, sayang suami, selalu minta maaf sebab kita tak sedar dalam tindak tanduk kita mungkin ada terguriskan hati suami kita kan. Baiklah ada sebarang soalan?” ustaz itu mengakhiri ceramahnya dengan sesi soal jawab. Kalau kita dah sayang suami kita tapi dia pula tak sayang kita macam mana, ustaz? Hati ku mula dihuni sebak.
“Ustaz, saya nak tanya. Apa hukum suami meninggalkan isterinya tanpa nafkah malah tanpa apa-apa berita pun.” Soalan daripada salah seorang jemaah itu menarik perhatian ku. Ustaz itu mengangguk faham akan soalan itu.
“Baiklah, terima kasih saudara. Perbuatan suami meninggalkan isterinya tanpa nafkah adalah salah satu ciri taklik yang diamalkan di beberapa negeri di Malaysia. Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 50 (1) di atas, mahkamah boleh mensabitkan pembubaran perkahwinan kerana berlakunya perlanggaran syarat taklik yang dilafazkan oleh suami sekiranya lafaz taklik itu menyatakan jika suami meninggalkan isteri selama tempoh tiga bulan tanpa nafkah. Talak tidak akan jatuh dengan sendirinya tanpa lafaz daripada suami. Talak yang gugur adalah disebabkan jika sempurnanya rukun dan syarat talak iaitu suami, isteri dan lafaz. Berkenaan dengan status perceraian ia tidak berlaku kecuali terdapat ta’liq yang jelas ketika akad nikah dan pengaduan dibuat di pejabat atau mahkamah.”
“Tapi, apa-apa masalah yang berlaku antara suami isteri sebaiknya bincang dahulu. Jangan bertindak melulu. Walaupun cerai itu diharuskan dalam Islam tapi sebaik sahaja talak dilafazkan ianya akan menggegarkan arasy Allah dan dimurkai Allah. Harus bercerai apabila sesuatu perkahwinan itu tidak lagi mampu dipulihkan.” Ustaz itu mengakhiri hujahnya.
7 tahun kemudian...
“Ya.. ya.. aku dah sampai ni. Kau tunggu je kat luar tak payah susah-susah masuk. Myvi silver kan? Dah dah biar aku cari.” Kelihatan seorang jejaka yang berpakaian segak baru sahaja keluar dari dewan pelepasan bersama sebuah bagasi dan sebuah beg galas bersamanya. Tangannya masih lagi memegang telefon ditelinga kanannya. Dia berjalan keluar dengan orang ramai yang bergegas mengejar masa untuk terbang ke destinasi mereka.
“Okey... kau relaks je la dulu sengal. Aku baru je keluar ni. Sabar.” Ujarnya seraya menamatkan panggilan. Dia tersenyum akan gelagat kawannya yang satu itu. Kawan yang sering membantunya selama 7 tahun dia di UK. Tempoh yang cukup lama untuk dia menenangkan hatinya yang cukup terluka dan keliru.
Risy
Lees, cepat sikit woi!
Aku nak amik Fatiha pula ni.
Dia membaca mesej yang baru saja masuk ke notifikasinya. Dia lantas membalas mesej itu.
Risy
Kat mana?
Ha sabar, aku lari jap.
Eh, sewelnya kawan aku ni.
Kau pastikan kau lari eh.
Naufal tergelak kecil melihat mesej itu. Dia menyimpan telefonnya lalu berjalan keluar. Namun sebaik sahaja dia mengangkat kaki untuk berjalan, tiba-tiba–
Gedebuk!
Seorang budak lelaki terjatuh dihadapannya. Dia ingin mendapatkan budak itu. Muka budak itu dicebikakan dan menyebabkannya kelihatan seperti mahu menangis. Namun cepat sahaja budak itu bangun semula dan kembali berlari sambil memanggil ibunya.
“Naufal!” Panggil seorang wanita bertudung lalu mendepangkan tangannya dalam keadaan melutut supaya ketinggiannya sama dengan anak tadi. Wanita itu tersenyum hingga menampakkan baris giginya yang tersusun cantik. Dia tersentak lalu terus beku berdiri disitu.
“Mama! Turkey was awesome Tapi I miss you more.” Budak yang sibuk bercerita itu sudah pun didukung oleh wanita tadi. Khalees membuka kaca mata hitamnya dan memandang wanita itu dari jauh.
Deejavu...
“Oh really? I miss you too. Mana abah awak?” Soal wanita itu sambil berjalan keluar bersama budak yang digelar Naufal itu. Khalees terkaku. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia menghantar wanita tadi dengan ekor mata.
“Bukan dia kot..” Dia cuba menyedapkan hatinya. Namun seorang lagi figura yang amat dikenali itu menguatkan lagi sangkaannya.
Kelihatan Khairul Nabeel yang sedang berjalan menuju kearah wanita tadi. Takkan lah Bella. Dia mula berjalan semula sebaik sahaja kelibat figura tadi keluar.
*
Aku berjalan keluar bersama Naufal didalam dukunganku.
“Mana abah awak ni?” Soalku kepada budak kecil ini.
“Abah ada dengan umi kat belakang tu ha.” Selamba dia menjawab sambil bermain dengan telefon aku yang selamat berada didalam genggamannya. Ceh.
“Leesa!” Sergah Khai dari belakang. Aku mengurut dada kerana terkejut. Khai hanya tersenyum sambil menarik dua buah bagasi bersamanya.
“Ish, abang ni buat terkejut Leesa je. Mana Kak Naufa?” Balasku sambil mengacah ingin menyiku Khai. Khai mengelak sambil tertawa.
“Hai, Leesa.” Sapa Kak Naufa dari tepi sambil menarik satu bagasi yang tidak terlalu besar. Aku hanya tersenyum sebelum membalas sapaannya.
“Okeylah kalau semua dah ada, jom kita balik.” Ujarku lalu mendahului langkah ke kereta.
“Tapi I lapar. Tak nak makan ke?” Suara Naufal tiba-tiba dengan muka sepuluh sen ditayang. Kak Naufa tersenyum manakala Khai pula membuat muka.
“You lapar? Tapi I dengan nenek dah masak untuk you guys. So, kita tunggu sampai rumah dulu lah.” Balasku sambil tersenyum. Sebaik sahaja Khai memasukkan bagasi kedalam bonet aku terus melepaskan handbrake dan bersedia untuk memandu.
“How about a burger? Maybe with the fries and milo too?” Naufal menghadiahkan sengih. Kak Naufa menepuk dahi. Khai pula terus menyandarkan badannya.
“Ya Allah, Naufal. You eat a lot. You will get fat la kalau terus macam ni.” Ujar Khai sambil mencubit pipi anaknya itu.
“I won't pay for that burger and stuff okay.” Tegas Khai. Aku tersenyum melihat gelagat anak beranak ini. Aku memandu keluar dari perkarangan lapangan terbang ini. Setelah sekian lama kereta ini meluncur di jalanraya, aku membelok kekiri sebaik sahaja menjumpai drive-thru Mc Donald's.
“Nak order apa? Don't worry, it's on me.” Soalku kepada Naufal. Aku memberinya sebuah senyuman.
“Mc chicken with the largest size of fries and milo!” Jawabnya riang.
“Khai? Kak Naufa? Tak nak apa-apa?” Aku beralih kepada dua orang pasangan di tempat duduk belakang.
“Tak pe lah. Kitaorang tunggu masakan Mummy.” Balas Khai dengan sengihan. Cakap je lah nak. Ego tinggi abang aku ni. Setelah selesai semua urusan, aku memandu pulang kerumah.
“So, how was Turkey?” Soalku memecah kesunyian. Sengaja aku tak buka radio supaya boleh berbual dengan mereka.
“Not bad.” Balas Khai dengan bibirnya diherot sedkit.
“Yeah, more to habiskan duit untuk Naufal je. Makan banyak sangat.” Balas Kak Naufa pula. Naufal hanya tersengih.
“Oh, no wonder la I tengok you macam dah gemuk. Nasib baik tak pergi Hat Yai. Kalau tak mesti you dah tak ingat nak balik kan?” Balas ku sambil mata tetap fokus pada jalan.
“Apa salahnya kalau gemuk pun. I tetap comel, okey.” Balas Naufal selamba sambil tangannya sibuk menyuap fries kedalam mulut.
“You mesti belikan I ole-ole kan?” Soalku sambil membulatkan mata.
“Of course!–”Jawabnya girang.
“Oh really? So sweet of you.” Balasku kemudian mencubit pipi tembamnya.
“–no.” Jeda sebentar. Aku mengerutkan dahi.
“I mean of course no. So I don't buy you anything.” Sambung dia lagi. Aku tercengang. Khai dibelakang tergelak kemudian membuat high-five dengan Naufal. Haish anak-beranak ni.
“Alah, mama merajuk ke tu? Naufal,tak baik tau buat mama merajuk. Pujuk balik.” Ujar Khai dengan tawa yang bersisa.
“Sorry mama. I memang tak beli ole-ole untuk you tapi I ada suruh umi ngan abah beli coklat untuk you. Jangan merajuk okey.” Balas Naufal sambil tersenyum. Aku memberhentikan kereta didalam garaj dan menarik brek.
“Kiss dulu.” Balasku sambil menunjukkan pipi kiriku. Naufal mencium pipiku sekilas dan memelukku.
“Okey, dah pergi masuk jumpa nenek dengan atuk.” Ujarku lalu dia lekas keluar dari kereta. Naufal segera berlari kearah nenek dan atuknya dengan ceria. Mereka masuk kedalam rumah diikuti Khai dan juga Kak Naufa. Aku bernasib baik kerana keluarga ini masih sudi menerima aku menjadi sebahagian daripada mereka.
“Assalamualaikum...” Ucapku sambil melangkah masuk kedalam rumah bersama bagasi Naufal dan Khai. Anak beranak ni memang suka buli aku.
“Waalaikumussalam.” Ucapan salamku dibalas. Aku terkaku.Yang aku tahu mereka semua dah pergi dapur siapa pula lelaki yang jawab salam aku ni? Aku menoleh kesisiku. Terdapat figura yang baru sahaja bangun dari duduknya. Dia lalu berjalan menuju kearah aku.
“Naufal Khalees?” ujarku perlahan. Dia yang selama ni aku tunggu tiba-tiba muncul. Muncul saat aku dah boleh hidup tanpa ada dia. Muncul saat aku dah bahagia. Setitis air mata aku biarkan ia jatuh. Aku segera menyeka air mataku daripada jatuh lagi. Aku terkaku. Tidak tahu sama ada aku perlu pergi peluk dia atau marah dan tolak dia supaya menjauh.
“Bella. Kau nampak manis bila bertudung.” Ujarnya kemudian mula memusingkan badan ingin berlalu ke dapur. Itu je? Lepas 7 tahun kau pergi, itu je yang kau mampu cakap. Tapi, dia panggil aku Bella? Tak. Dia tak layak untuk panggil aku dengan nama itu. Hanya dua orang sahaja insan yang layak untuk menggunakan nama itu kepadaku.
“Thanks, my ex-fiance bought this for me.” balasan ringkas dan agak dingin itu menyebabkan langkahnya terhenti tatkala aku menekankan perkataan ex-fiance. Tudung bawal biru laut ini satu-satunya tudung kegemaran aku. Hadiah terakhir arwah Aiman untuk aku. Aku menarik bagasi tadi dan membawanya masuk kedalam bilik abang.
**
Aku masuk ke ruangan makan didapur. Nampaknya kedua-dua Naufal ni dah semakin serasi.
“Hai, mama!” Sapa Naufal yang sedang berbual dengan Khalees.
“Hai.” Balas ku seraya mengambil tempat disebelah abang. Walaupun ruangan sebelah abang ni sepatutnya untuk Kak Naufa tapi aku tak rela duduk sebelah lelaki itu. Harap-harap Kak Naufa faham. Kak Naufa menuju kearah meja makan sambil membawa sedulang air diikuti oleh Mummy. Aku memandang Kak Naufa sambil terkumat-kamit meminta supaya dia duduk disebelah Khalees. Dia mengganguk kecil kemudian tersenyum.
“Leesa nak pergi mana ni?” Soal daddy tiba-tiba. Aku mengerutkan dahi.
“Mana ada nak pergi mana-mana pun daddy. Kenapa?” Balasku dengan muka pelik. Daddy memandangku kemudian memandang Khalees. Dia hanya menggeleng kecil sebelum meneguk air yang baru dituang oleh Mummy.
“Habistu kenapa mama dressup macam nak keluar ni?” Sambung Naufal pula. Aku tengok pakaian aku. Hoodie biru dengan seluar track hitam dengan shawl hitam.
“Macam nak keluar pergi mana macam ni? Biasa je.” Balasku selamba sambil mencedokkan nasi kedalam pinggan.
“Why you wearing tudung? Umi dengan nenek tak pakai pun.” Soal Naufal. Zap.. Aku terkelu. Tak tahu nak jawab apa.
Takkan aku nak jawab sebab ada makhluk yang bernama Naufal Khalees kat sini sebab tu aku pakai. Tapi ikutkan aku tetap isteri dia.
Aku memandang Khai. Dia hanya mengjongketkan bahunya. Tak guna punya abang. Back up lah adik kau ni. Aku tersengih janggal.
“Err.. sebab.. I nak pergi kedai kejap lagi. You nak ikut?” Balasku sambil tersenyum kepada Naufal.
“Nak! Nak! Pergi kedai apa?” Balasnya teruja. Aku menghela nafas lega.
“Okey, okey. Sekarang kita makan dulu. Nanti kejap lagi kita keluar tau.” Putusku kemudian mula menyuapkan makanan.
“So, ingat lagi eh jalan balik rumah ingatkan dah lupa.” Sinis Kak Naufa bersuara. Hampir tersedak Khalees akibat daripada sindiran kakaknya itu.
“Apa you ni? Ada pula cakap dekat Naufal macam tu.” Balas Khai dengan muka tegas. Kak Naufa hanya membuat muka selamba. Khalees hanya diam membatu.
“Naufal sihat ke? Selama ni Naufal pergi mana?” Soal Mummy bersungguh.
“Naufal okey je mummy. Naufal pergi UK, kerja dekat sana.” Balas Khalees kemudian menyuap nasi kedalam mulut.
“Jauhnya lah nak kerja.” Sindir Kak Naufa lagi. Yes, go kak. Biar dia terasa.
“Naufa.” Panggil daddy dan Khai serentak. Kedua-duanya memandang Kak Naufa dengan pandangan maut.
“Sorry..” ucap Kak Naufa kemudian sambung makan tanpa sebarang bunyi.
“Leesa tidur sini eh malam ni. Esok tak kerja kan?” Soal Mummy. Alamak, dengan mamat ni ada kat sini. Memang tak lah aku nak tidur sini.
“Err.. tak kot mummy. Kejap lagi Leesa ingat nak balik dah. Lagipun esok nak keluar dengan kawan sekejap.” Balas ku dengan senyuman. Huhu. Jawapan selamat.
“Kawan lelaki ke perempuan?” Soal Khai dan Khalees serentak. Aku memandang Khai dan Khalees dengan kening sebelah diangkat. Khalees dan Khai turut berpandangan sebelum Khalees menundukkan mukanya.
“Kawan perempuan.” Balasku lambat-lambat. Khai hanya mengangguk manakala Khalees sudah membuat muka selamba.
“Alah, tapi I nak tidur dengan mama. Mama tak payah lah balik lagi. I baru je sampai, takkan mama tak nak tidur dengan I kot.” Naufal tiba-tiba bersuara. Ha sudah.
“Aipp.. you dah besar lah mana boleh tidur dengan I dah. You dah 6 tahun kan? Tahun depan nak masuk darjah satu dah.” Balasku sambil mencapai pipinya.
“Mana ada. I kecil lagi. I nak tidur dengan mama juga.” Naufal dah mula nak merengek. Manja sungguh. Ikut perangai siapa la ni.
“Hmm.. tengoklah nanti.” Balasku bagi menenangkan hati Naufal.
**
Aku termenung ditepi kolam sambil ditemani secawan kopi. Akhirnya Naufal berjaya juga buat aku tidur dengan dia malam ni. Hish budak ni. Nampaknya aku tidur dekat bilik Naufal lah malam ni. Takkan lah aku nak tidur dekat bilik Khalees lagi kan? Tuan punya bilik dah balik.
“Hai.” Sapa seseorang seraya duduk bersila disebelah aku juga. Aku memandangnya sekilas kemudian mendongakkan kepala melihat langit malam yang penuh dengan bintang. Tapi tak semua bintang tu bersinar. Dan tak setiap malam bintang tu ada. Malam ni banyak juga lah yang aku nampak.
“Kau. Okey?” Soalnya selepas menjeda seketika. Aku mengerutkan dahi.
“Maksud kau okey tu apa? Mental ke fizikal?” Balasku sambil membetulkan hoodie yang menutup kepala lalu diikat reben dibawah dagu.
“Erm.. entah.” Balasnya kemudian mencelupkan kaki kedalam kolam sambil tertawa janggal. Aku mendecit sebelum tersenyum sinis.
“Kalau dari segi fizikal kau boleh tengok aku sihat walafiat je kan. I still can survive without you to be with me. Kalau dari segi mental pula, aku tengok engkau yang mental breakdown sebab Iqa tetap juga reject kau.” Balasku sinis. Dia tersenyum mendengar jawapanku.
“Aku nak tanya, kenapa Naufal panggil kau mama?” Soalnya dengan muka yang memaparkan dia keliru. Aku mengangkat sebelah kening.
“ Sebab Naufal Amir tu satu-satunya buah hati aku yang paling aku sayang. Yang takkan tinggalkan aku untuk masa terdekat ni sebelum aku cari seseorang untuk aku.” Balasku selamba. Aku menyisip sedikit kopi.
“I'm sorry.” Ucapnya ikhlas.
“Sorry? Did you think with your sorry it can save me from pain that causes me harming myself because of you? Will that sorry rewind time and make me not suffering to depression and anxiety? Will that sorry not gonna make me be a murder? Will it pay all of my time that I've wasted waiting for you to come back? And is your sorry can heal this fragile heart?” Balasku beremosi.Aku tak tahu kenapa tapi itu yang aku rasa. Sakit sangat.
“Aku tahu you've been through all the pain by yourself. Kau kuat. Aku nak ucap terima kasih dekat kau sebab sanggup buat semua tu untuk aku. Aku dah boleh nampak cinta kau.” Balas Khalees. Aku tertawa sinis.
“Lepas 7 tahun baru nak nampak? Tak payah lah Khalees. Itu dulu masa aku ni bodoh sebab mengharap dekat kau. Sekarang ni aku rasa lagi baik kalau kita tak payah ada rasa cinta antara satu sama lain.” Balasku dengan sisa tawa. Dia terdiam.
“Mana kau pergi selama ni? Kenapa kau lari masa aku perlukan kau? Malam tu, aku call kau sebab ada orang nak bunuh aku. Tapi kau tutup telefon. Langsung dah tak boleh contact kau. Aku tunggu kau. Tapi bila sampai satu tahap tu aku dah rasa sia-sia tunggu kau. Padahal aku tahu kau tak cintakan aku pun. Kau sebenarnya cintakan Iqa.” Tambahku lagi.
“Naufal Khalees, aku rasa lebih baik kau kahwin dengan Iqa dan lepaskan aku.” Ujar ku perlahan kemudian bangun daripada duduk sebelum berlalu kedalam rumah dan meninggalkan dia seorang di luar.
Share this novel