GD : Prolog

Drama Completed 6688

Assalamualaikum, semua. Sebelum anda semua memulakan bacaan tentang kisah ini, saya terlebih dahulu ingin memaklumkan bahawa kisah ini hanyalah kisah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati. Kisah ini juga turut di‘publish’kan di aplikasi dengan tajuk yang sama iaitu ‘Ganti Diriku’ hasil penulisan ‘nurkmohdf’. Kisah yang dimuat naik di sini ialah versi yang telah dikemaskini dan telah ditambahbaik. Jadi, kisah yang dimuat naik di dan Novel+ akan terdapat sedikit perbezaan. Sekian, terima kasih. Selamat membaca semua!


~•~

Dia merapikan letak rambutnya dengan tangan supaya kekal kemas. Dia melihat ke arah pantulan imej sendiri daripada cermin biliknya lalu mengukir senyuman. Hari ini dia mengenakan baju kemeja T lengan pendek berwarna biru gelap berserta seluar denim hitam. Dia memeriksa seluruh ruang bilik tidurnya memastikan semua barangan peribadinya selamat berada di dalam poket seluar. Dia melihat jam tangannya sekilas sebelum bergegas mengambil kunci keretanya dan segera memecut ke arah pintu biliknya laju. Dia memulas tombol pintu, baru sahaja dia ingin membuka pintu, pintu itu terlebih dahulu di tolak dari luar sekaligus menyebabkan dia hampir tertolak jatuh oleh kerana daya tolakan itu tadi. Lelaki yang menolak pintu itu segera masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu.

“Woi! Kau dah kenapa?” Laju dia menyoal figura yang persis dirinya itu dengan nada bengang.

“Weh, aku ada benda penting nak cakap dengan kau.” ujar lelaki itu serius kemudian berjalan ke arah katil milik dia lalu menghenyakkan punggung ke birai katil kasar. Lelaki tadi mengeluh kuat. Dia memandang lelaki itu dengan tangan disilangkan.

“Apa dia Man? Aku nak keluar ni.” ujarnya selamba. Dia melihat lelaki di hadapannya kini kelihatan sungguh kusut. Sepertinya ada pelbagai macam perkara yang dipendam olehnya.

“Aku nak kau kahwin dengan Leesa.” cukup dengan satu ayat itu sudah mampu bikin adrenalinenya menggelegak. Dia mengerutkan dahinya.

“Apa benda kau merepek ni? Majlis nikah kau esok kau sedar tak?!” suaranya mula memetir. Dia mengetap rahang cuba menahan diri daripada melepaskan tumbukan kepada lelaki itu. Bukan sahaja dia tidak mahu berkahwin dengan tunangnya malah disuruh pula dirinya mengganti lelaki itu sebagai penggantin lelaki.

“Aku tahu Lees, aku tahu yang esok aku kena kahwin dengan dia, aku tahu yang esok dia akan jadi milik aku, aku tahu yang esok sepatutnya jadi hari paling penting dalam hidup aku. Tapi aku takut aku tak boleh.” ujar lelaki itu hiba. Dia meleraikkan silangan tanganya. Perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu lalu turut melabuhkan duduk disebelahnya. Dia menarik senyum lega.

“Kau nervous? Kau relax je. Aku tahu kau boleh. Haish kau ni, nervous sampai suruh aku pula yang ganti kau. Ingat kelakar ke?” Dia menyiku lengan lelaki itu perlahan. Lelaki itu hanya mengeluh kemudian meraup muka dengan kedua belah tangannya.

“Lees, aku serius ni. Aku tak nak dia jadi milik orang lain. Aku sayang dia. Sayang sangat-sangat. Kalau bukan aku yang jaga dia, aku nak kau yang ambil tanggungjawab tu. Aku minta maaf sangat-sangat segala salah silap aku. Tolong jaga dia untuk aku ya, Lees.” ujar lelaki itu dengan senyum tawar dan tanganya menepuk perlahan bahunya dua kali. Dia hanya terkaku. Dia ingin membantah namun badan dan otaknya seakan tidak mahu berkerjasama. Lelaki tadi sudah lama keluar dari biliknya.

“...tolong jaga dia untuk aku...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience