Usai membersihkan diri dan mengenakan pakaian yang diberi oleh Malaiqa tadi, aku menapak kearah cermin lalu mengambil sisir rambut yang berwarna hitam kemudian mula menyisir rambut. Aku segera menunaikan solat fardu asar yang tinggal sedikit lagi nak habis waktu.
Selesai sahaja aku melipat telekung dan sejadah telefon bimbitku berbunyi menandakan ada notification yang masuk. Aku memandang sekilas ke arah telefon sebelum mengambilnya. Terpampang nama Malaiqa pada notification bar. Aku membuka mesej itu.
Malaiqa mok ??
+weyh,umi panghil turun.
+panggil*
-okay??
Usai membalas pesanan whatssapp dari Malaiqa, aku lekas turun ke ruang tamu rumah teres dua tingkat ini. Kelihatan Malaiqa dan dua orang adik beradiknya sedang duduk di ruang tamu rumah. Masing-masing sibuk dengan telefon kecuali Malina yang sedang menonton drama di televisyen. Aku menuju ke arah mereka lalu melabuhkan punggung ke sofa di sebelah Iqa tanpa segan silu. Mereka pula hanya memandang aku seperti aku ni memang ahli dalam rumah ni kemudian senyum kepadaku. Aku membalas senyuman mereka lalu mengalih fokus kepada drama yang sedang bersiaran.
"Leesa dah solat asar dah?" Soal umi yang tiba-tiba sahaja muncul daripada dapur. Aku hanya mengangguk tanda aku sudah solat asar. Dia kemudiannya menilik jam dinding yang tergantung pada bahagian atas televisyen.
"Korang borak-borak lah dulu, umi nak sediakan makan malam ni. Kejap lagi kita makan." ujar umi yang sudah mahu beredar ke dapur semula.
"Umi nak kitaorang tolong ke?" soal aku menawarkan diri. Dah menumpang rumah orang takkan lah nak bersenang lenang pula kan.
"Eh tak payah lah. Dah siap dah semua,cuma nak bancuh air je tu." Kata umi kemudian berlalu ke dapur semula.
Melihatkan umi tidak memerlukan bantuan, aku mula duduk bersila sambil bersandar pada sofa dan kembali fokus kepada tv.
"Chat dengan boyfriend ke tu?" soalan Malik menarik perhatian ku. Aku memandang Malaiqa yang masih tersengih-sengih kepada telefonnya itu. Lelaki yang berumur lewat 20-an itu tergeleng kepala melihatkan adiknya itu.
"Uuu... Ada boyfriend dah sekarang. Siapa lah lelaki yang malang dapat kau ni, kak?" soal Malina pula dengan nada menyakat.
"Ish, mana ada malang. Beruntung tau dia dapat aku." protes Malaiqa.
"Dah lah cantik, pandai, rajin buat kerja rumah, pandai masak." sambung Malaiqa lagi. Bersinar matanya saat memuji diri sendiri. Aku sendiri malu mendengar dia yang confident terlebih ni.
"Eee... Plastik mana plastik? Nak muntah pula aku rasa." Aku membuat gaya hendak muntah.
"Eee... Dasar masuk bakul, angkat sendiri." balas Malik lalu melepaskan tawa dihujung ayat. Diikuti oleh aku dan Malina. Malaiqa sudah membuat muka menyampah sebelum kembalikan perhatian kepada telefon bimbitnya.
"Dah dah lah main phone tu, anti-social lah kau ni Iqa. Cuba lah spend time dengan kitaorang sementara semua tengah free ni. Nanti aku dah start kerja balik lepastu Lin balik asrama baru lah gedik-gedik nak rindu." ujar Malik. Malaiqa hanya mendiamkan diri. Malas mahu melayan abangnya.
Ting!
Malik segera memeriksa notifikasi yang masuk daripada telefonnya.
"Says a man that still have a phone in his hand." balas Malaiqa sambil membuat muka mengejek kemudian tersenyum sinis.
“Eh, aku ni lain. Aku chat dengan isteri terchenta. Kau apa tahu.” balas Malik kemudian menjulingkan biji matanya. Nasib lah kau Malik dapat isteri pramugari. Yang kau pula kerja offshore. Macam mana lah boleh sangkut dua-dua ni tak tahu lah. Seorang dekat atas awan, seorang dekat tengah laut.
“Apa-apa lah.” balas Malaiqa dengan muka bosan.
Aku tergelak kecil melihatkan gelagat adik beradik di depan aku ini. Hati ini sedikit terusik. Meskipun mereka telah menganggap aku sebagai keluarga mereka namun perasaan ketika bersama adik-beradik kandung itu lain. Tiba-tiba rindu dekat Khai yang sekarang ni dah sibuk berkerja di syarikat abi. Tambahan pula Khai dah pindah rumah dan tak tinggal sebumbung dengan aku lagi. Sekali-sekala je dia balik.
"Ha, mengelamun! Takkan baru lepas ambil result ni dah start angau bercinta juga." Sakat Malik. Aku hanya menggulingkan biji mata sambil tersenyum nipis.
"Eh, eh, eh sedap je panggil orang budak. Yang tengah angau bercinta tu adik awak tu, masa tidur pun boleh tersengih teringat kat pujaan hati." balas aku sinis seraya mengecilkan mata dan mencekak pinggang. Malaiqa yang masih dengan telefonnya itu terpinga-pinga tatkala dia dikaitkan dalam perbualan ni.
"Anak-anak, dinner's ready!" laung umi dari dapur. Fuh, brutal sungguh umi ni bergegar satu rumah dek laungannya.
"Coming!" jawab kami serentak. Kami tergelak sendiri apabila perasan yang kami menyahut dengan serentak lalu mula bangun dan menuju ke meja makan yang berada di dapur. Selesai membaca doa, semuanya mula menikmati makanan yang terhidang.
~•~
Usai makan dan menunaikan solat maghrib dan solat isyak, aku duduk di ruang tamu sambil berbual kosong dengan keluarga umi.
“Iqa, esok kau nak hantar aku balik pukul berapa?" soal aku kepada Malaiqa.
"Entah, lepas lunch hour lah kot. Dalam pukul 2 ke 2:30 macam tu. Kenapa?" jawab Malaiqa yang sedang ralit men'scroll' instagram dan mengembalikan soalan kepadaku.
"Takde apa." Aku mengangguk beberapa kali sebelum menjawab.
"Bosan lah duduk rumah seorang-seorang. Abi kan outstation." sambung aku.
"Abang kau tak balik ke?" soal Malaiqa yang sudah mengangkat muka dari telefon bimbitnya lalu menghadap wajah ku.
"Tak tahu. Dia tak bagitahu apa-apa pun. Lagipun dia pun selalu busy dengan kerja kat office tu." Balasku bersahaja.
"Bila nak habisnya kerja dia tu?" soal Malaiqa lagi. Kali ni soalan dia kedengaran bodoh sikit. Aku rasa nak hempuk je dia guna pasu bunga.
"Mana lah aku tahu." balas aku malas. Banyak tanya betul lah minah sorang ni.
"Weyh, jom keluar esok." ajak Malaiqa.
"Nak pergi mana?" Aku memandang Malaiqa dengan pandangan penuh minat.
"Pagi tu kita keluar pergi mall, shopping pastu kita tengok movie. Lepas tu petang kita pergi jogging." rancang Malaiqa. Beria betul jogging minah ni.
"Hamboi, kemain plan. Kau takde class ke esok?" soal ku sinis.
"Class apa nya, aku tengah cuti lah." balas Malaiqa.
"Oh yeke." balas aku sambil tersengih.
"Ye lah. Nak ke tak nak ni?" soal Malaiqa lagi. Macam nak, macam malas. Susah lah nak buat pilihan ni. Tapi plan nak pergi jogging tu macam tak nampak macam akan berjaya je.
"Eh tapi aku mana ada baju." balas aku sebaik sahaja teringat yang aku datang rumah dia tadi sehelai sepinggang. Style Iqa ni macam tak kena pula dengan aku. Memandangkan dia bertudung, aku tak.
"Alah, macam rumah aku takde baju je. Pakai je lah baju aku. Tak pun kau selongkar je dalam almari baju Lin, mana yang kau berkenan tu kau ambil je." jawab Malaiqa sinis.
"Eh suka hati makcik kau je suruh dia ambil baju aku." Malina yang sedari tadi ralit dengan drama di televisyen memprotes.
"Hehe... Aku gurau je lah. Baju dia berlambak je dekat dalam almari baju aku tu. Buat semak je." balas Malaiqa kepada adiknya sebelum memerli aku. Dah... zaman bila pula aku letak baju aku dalam almari dia?
"Eh, baju aku?" Suaraku perlahan. Lebih kepada bermonolog sendiri. Tapi si Iqa ni memang telinga lintah, ceh.
"Ye lah baju kau. Tak ingat ke baju yang kau saja tinggal kat sini sebab malas nak ambil baju dekat rumah. Tak tahu lah muat lagi ke tak. Entah entah dah tak muat,nampak kau pun macam dah gemuk sikit." balas Malaiqa mengejek. Amboi, minah ni. Aku memandang dia sambil mata dikecilkan.
"Mana ada aku gemuk, kau yang gemuk cakap orang." Bidasku kemudian memandang ke arah televisyen. Biar dia sedar diri sikit. Sepak kang sia-sia je, suka hati dia cakap aku yang comel loteh dan slim melim ni gemuk.
"Leesa gemuk. Blekk." ejek Malaiqa seraya menjelir lidah kepada aku. Eee, tak sedar diri ye orang tua ni.
"Mana ada, Iqa yang gemuk. Blekk." Aku memprotes kemudian mengajuk Malaiqa.
"Ye, Leesa gemuk mok mok mok." balas Malaiqa sengaja mahu menguji kesabaran aku. Nak je aku cubit cubit lemak berlebihan dia ni tau. Tapi deki menjaga air muka seorang kakak tak guna ni aku batalkan saja lah niat ni. Ceh. Aku mendengus geram dan menjeling Malaiqa tajam.
"Ya Allah, bising lah korang ni. Dah, dua-dua gemuk senang cerita. Aku nak tengok tv pun tak senang. Macam mana lah umi hadap korang ni. Macam budak-budak." bebel Malik yang daripada tadi lagi mendiamkan diri dengan nada geram. Agaknya kalau boleh kunyah dia dah kunyah dah kitaorang berdua ni. Aku memandang ke arah televisyen semula ingin meneliti betul-betul tajuk cerita yang sedang ditayangkan pada malam ini yang sampai Malik fokus sangat tengok ni.
Maleficient?
Loh...
Tiba-tiba ada suara jahat yang berbunyi di dalam kepala aku. Aku tersenyum penuh makna. Aku berpaling ke arah Malaiqa yang sedang tersenyum seperti aku. Senyum penuh muslihat. Hehehe. Kami menganggukkan kepala sesam kami kemudian Iqa dengan perlahan-perlahan mengambil remote tv yang hanya setengah meter daripada dia. Punat remote ditekan laju. 611. Dan sekelip mata sahaja channel box office tadi bertukar ke astro ceria yang sedang menayangkan cerita ultraman.
“Hey!” protes Malik lalu mencari-cari siapa yang sedang memegang remote tv dan telah menggangu dirinya menonton filem kegemarannya tadi. Malaiqa terlebih dahulu meletakkan remote itu ke atas ribaan umi sebelum Malik dapat mengesan perbuatan keji dia tu. Hahaha. Malik hanya melihat ke arah umi dengan riak wajah bingung. Nak marah, umi tu. Masalahnya apa ke pelik sangat umi nak tengok cerita Ultraman malam malam ni. Aku dan Iqa berkongsi pandangan lalu tersenyum dan tergelak kecil. Kemudian diikuti oleh Malina. Manakala umi pula hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihatkan gelagat anak-anaknya ini.
_______________________________________
Writer's note:
Hai semua! Sorry sangat sangat sebab dah lama tak update.. I was too busy in the past few weeks, even until now. Tapi takpe lepas ni I'll try my best to publish at least once a week, okey? Terima kasih sebab sudi baca hasil penulisan yang tak seberapa ni.. Kalau sudi share, sangat dipersilakan supaya ada ramai yang baca buku ni hehehe. Thanks, semua.
Share this novel