GD 24: Aku Takut

Drama Completed 6688

Aku terjaga dari tidur tatkala cahaya matahari mula menyelinap masuk ke segenap ruang bilik tidurku. Aku bangun dari pembaringan perlahan-perlahan. Kepala aku masih lagi terasa pening. Aku kerahkan otak cuba mengingat apa yang berlaku.

[“Hey baby, wanna dance with me?” Pelawa lelaki yang aku kenali sebagai Chris itu dengan menggoda.

“Sure.” aku menyambut pelawaannya tanpa berfikir panjang. Seketika itu, kami terus menari dan hanyut dengan irama lagu yang rancak itu. Setelah sekian lama kami menari, Chris mula bertindak berani dengan memelukku sambil mencuba membisikkan sesuatu kepadaku.

“I think I'm addicted with you. I want you baby.” Bisiknya perlahan ke telingaku. Dengan perlahan bibirnya mula mencium leherku rakus. Aku menolak ciumannya yang makin menggila.

“Stop it, Chris. Let me go.” Aku cuba melepaskan diri dari pegangannya namun gagal.

“Shh.. Just shut your pretty mouth and feel it, honey.” Dia meletakkan jari telunjuknya ke bibirku dan mencuba menciumku lagi. Aku meronta-ronta dalam pelukannya.

“Let me go! Arghh!” Aku menjerit dengan kuat namun tiada seorang pun yang menghiraukan jeritanku. Semuanya hanyut di dalam dunia yang dicipta sendiri.

Chris mengukir senyum sinis lalu mencempungku keluar. Aku menjerit sekuat hati supaya dilepaskan namun tiba-tiba aku terasa seperti ada sesuatu yang sejuk dan nipis pada leherku yang memberhentikan rontaanku.

“Shut up or I finished you.” Ujarnya sambil menekan pisau lipat yang sudah sedia ada pada leherku. Dia kemudiannya telah menurunkanku dan memimpinku keluar dari tempat itu. Kepala aku mulai pusing dan berpinar-pinar. Kini, alkohol yang teguk bergelas-gelas tadi sudah mula bertindakbalas pada warasku.]

Aku menjerit dan menangis semahunya. Kenapa aku bodoh sangat pergi berfoya dekat tempat macam tu? Aku hampir saja menggadaikan diri aku sendiri. Kenapa lelaki suka sakiti perempuan? Apa yang ada dalam kepala diorang sebenarnya, hah? Memori aku teringat semula kepada Chris yang telah mencabuli ku dan cuba untuk meragut kesucianku serta mengugut ingin membunuhku.

“No! I don't want to remember you! Just get out of my mind!” Aku menjerit sekuat hati. Aku terasa seperti Chris ada dekat denganku sekarang ni.

“Leesa? Kenapa ni?” seorang lelaki yang kelihatan seperti Chris bergegas datang kepadaku serta cuba mendekatiku. Aku menjerit lagi dan terus turun dari katil ingin menjauh.

“Jangan datang dekat! Blah! Kau jahat!” Aku menjerit kepadanya. Lelaki itu sekali lagi datang mendekatiku dan memelukku erat sebelum aku sempat untuk melarikan diri. Aku meronta-ronta didalam pelukannya.

“Weyh, calm down, girl. It's me. Khalees.” Ujar lelaki itu. Aku memandang mukanya bagi memastikannya. Benar, lelaki yang aku lihat seperti Chris itu tadi rupanya Khalees. Aku berhenti meronta kemudian terus membalas pelukannya.

“I'm scared...” Aku menghabiskan sisa tangisku didadanya. Dia membiarkan aku mengahamburkan tangisku di dadanya serta memeluknya erat.

“Kau kenapa ni? Ceritalah kat aku.” Dia mengusap kepalaku lembut. Dia masih membiarkan aku didalam pelukannya. Aku hanya mendiamkan diri sambil menyembamkan mukaku ke dadanya yang bidang.

“Tak nak cerita apa-apa?” Soalnya lagi. Aku menggelengkan kepala tanpa mengangkat muka sedikit pun dari dadanya. Wangiannya menusuk ke hidungku. Bau itu membuatkan aku berasa tenang dan selamat.

“Bukan sekarang.” aku menggumam perlahan tanpa mengangkat muka sedikit pun dari dadanya. Aku masih perlukan masa untuk bertenang.

“Okay, tak pe lah. Kalau macam tu kau rehat je lah tau. Kau demam ni, badan kau pun panas. Nanti aku bawakan ubat.” Ujarnya seraya meleraikan pelukan. Dia mengusap kepalaku lembut sebelum melangkah kearah pintu bilik.

“Khalees, aku nak minta maaf.” Ujarku separuh menggumam dan menyebabkan langkahnya terhenti. Dia berpaling dan kembali duduk disisiku.

“Sebab?” Soalnya sambil memandangku pelik.

“Sebab tak jaga diri elok-elok.” Jawabku perlahan dan penuh rasa bersalah.

“Lagi?” Dia bertanya lagi.

“Sebab keluar tak minta izin?” Jawabku separa bertanya.

“Dah lebih setahun kau buat benda tu tapi diterima juga lah. Lain?” Balasnya kemudian mengangkat sebelah kening. Kini nadanya seolah menekan. Aku memandangnya dengan pandangan keliru. Dia menghembuskan nafas berat.

“Kau keluar tak minta izin tu kalau kau pergi majlis kebajikan ke gotong royong ke takpe tau, Leesa. Masalahnya kau pergi clubbing. Aku tak sangka kau jejakkan kaki kau dekat tempat macam tu.” ujar Khalees yang kedengaran kecewa. Aku menundukkan kepalaku, tak betah menatap matanya lagi.

“Sorry,” ucapku perlahan.

“Hmm, kalau aku tak jumpa kau dekat situ semalam macam mana? Dah berapa lama dah kau start pergi tempat haram tu, ha?” tambahnya lagi. Bukankah dia tak pernah kisah pasal aku?

“Dah lama dah. Lebih kurang 3 bulan dah. Takkan kau tak perasan aku takde dekat rumah malam-malam sejak bila lagi. Nampak sangat kau memang tak kisah pun pasal aku.” balasku dengan kecewa kemudian bangun dan menuju ke arah pintu bilik. Aku tak sepatutnya fikir yang dia dah berubah nak terima aku sebagai isteri dia.

“Hey,” dia meraih pergelangan tangan ku sekaligus memberhentikan langkah aku. Aku memalingkan wajah kepadanya.

“Apa? Lepaslah, sakitlah.” balasku sambil cuba melepaskan tanganku daripada genggamannya. Dia menarik tanganku menghampirinya supaya kembali duduk disebelahnya. Aku hanya menurut lemah.

“Sorry. I'm sorry kalau aku buat kau rasa yang aku tak kisah pasal kau. Hakikatnya aku kisah pasal kau, Leesa. Kau jangan fikir macam tu. Dulu aku ego, aku ego nak tanya kau pergi mana selama ni. Aku minta maaf.” ujarnya sambil memegang kedua belah bahuku. Dia memandang aku redup.

“By the way, ada lagi benda yang kau patut minta maaf.” ujarnya dengan senyum yang tak dapat aku tafsirkan.

“Apa lagi?” Soalku polos.

“You should apologise me for seducing me.” Ujarnya sambil mendekatkan mukanya kepada ku. Aku membulatkan mata. Sejak bila pula aku goda dia?

“What? Since when?”  Soalku dengan penuh geram.

“Just like a minutes ago.. Kau fikir apa, nangis kat dada aku sampai basah baju aku. Lepas tu peluk aku kuat-kuat macam tak nak lepas. Lepastu gesel-gesel hidung kat dada aku. Nasib baik iman aku kuat.” Balas dia selamba dengan jarak muka kami yang hanya seinci setengah. Muka aku mula merona merah kerana malu.

Aku diam tak berkutik. Dia masih memandangku tepat ke dalam anak mataku. Degupan jantungku mula menggila. Aku melarikan pandangan mataku dari memandangnya. Aku menolak dadanya supaya dia menjauhkan muka kami. Dia tergelak lalu beredar dari bilikku. Aku menyelimutkan seluruh badanku dan tersenyum lebar.

***

“Buka mulut kau.” Arah Khalees sambil menyuakan sesudu bubur kepadaku. Aku menggeleng. Sungguh aku tiada selera hendak makan.

“Makan lah sikit. Penat-penat aku masak bubur mcd ni untuk kau tapi kau tak nak makan. Aku masak sendiri tau, bukan beli.” Balasnya dengan nada pasrah. Mengalahkan perempuan. Siapa perempuan sebenarnya ni? Dia masih mencuba memujukku untuk makan. Akhirnya aku mengalah dan membuka mulut sedikit. Dia segera menyuapku. Aku makan bubur itu perlahan. Aku menahan diri daripada menyemburkan semula bubur didalam mulutku ini. Ini nak bagi aku makan ke nak bunuh aku ni.

“Sedap tak? Mestilah sedapkan.” Dia membalas dengan muka penuh bangga dan riak. Aku hanya mempamerkan senyum canggung kepadanya.

“Apa kata kau makan sekali. Meh sini aku suap.” Usul ku lalu merampas sudu daripada tangannya. Aku menyuapkan sedikit bubur kepadanya. Aku menjongket-jongketkan keningku. Dia turut tersenyum janggal.

Sejujurnya bubur dia masin gila! Campur pula dia tersalah letak kicap masin dalam tu. Memang masin teruk beb! Dia mengambil mangkuk bubur itu dan diletakkan ketepi. Dia menghulurkan segelas air kepadaku. Aku segera menyambut dan meneguk sehingga tinggal separuh.

“Nah.” Aku memberikan air yang masih tinggal separuh tu kepadanya. Dia segera meneguk air itu sehingga habis. What?! Dia minum daripada gelas aku. Aku tercengang sebentar.

“Nanti aku pergi beli makanan lain lah untuk kau.” Ujarnya sambil menggosok belakang tengkuknya.

“Tak payah lah. Aku tak lapar. Yang kau tiba-tiba acah sweet ni kenapa. Masak bubur untuk aku bagai.” Aku tersenyum memandangnya. Telinganya mula memerah. Aku tahu dia tengah malu.

“Dah, dah. Tidur.” Balasnya sambil menyelimutkan badanku. Aku melelapkan mata. Dia sudah pun turun ke bawah.  Aku berguling-guling diatas katil. Aku masih lagi tidak boleh tidur.

Aku turun ke ruang tamu dengan selimut yang berbalut di badanku. Nampaknya dia tengah layan movie tengahari ni. Aku melabuhkan duduk ke sofa disebelahnya. Dia memandangku sekilas kemudian memandang semula kearah skrin televisyen.

“Kenapa turun?” Tanya dia sambil mengambil sekeping pizza dari kotak diatas meja lalu dikunyah.

“Tak boleh tidur.” Aku membalas ringkas.

“Lapar?” Soalnya lagi.

“Barangkali.” Aku menjawab perlahan sambil mataku memandang pizza yang masih berbaki separuh kotak itu.

Dia memandangku kemudian mengambil sepotong pizza lalu disumbatkan ke mulutku. Aku memandangnya dengan mata membulat. Aku mengunyah pizza itu perlahan sehingga habis.

“Nak lagi?” Soalnya dengan pizza yang sedia untuk disumbat ke mulutku lagi. Aku menggeleng laju. Dia menyuapkan pizza itu ke mulutku lagi dengan muka selamba. Ironinya memang aku buka mulut bila dia suapkan pizza tu. Hahaha.

“Ok, dah. Aku dah kenyang.” Ujarku dengan mulut masih mengunyah pizza yang berbaki. Dia tersenyum lalu menyuakan segelas air kepadaku. Aku menyedut air itu tanpa segan silu.

“Why are you doing this?” Soalku rawak. Nak tahu juga jawapan dia setelah sekian lama ni.

“Doing what?” Soalan berbalas soalan. Dia memandangku pelik.

“Treat me this way eventhough I just don't deserve it.” Balasku dengan muka selamba.

“Do you want the simple answer or the complicated one?” Soalnya lagi. Aku mengjongketkan kening.

“The simple one.”  Balasku.

“Surely because I'm your husband and it's my responsibility.” Balasnya dengan senyum manis. Oh, sebab dia suami aku je dia buat semua ni?

“Oh, kayy.. kalau complicated pula?” Soalku lagi.

“Because I love you?” Balasnya yang seolah bertanya. Auch. Murahnya kalimah 'I love you' tu pada dia. Aku tersenyum sinis.

“I love you is a precious word. So, please handle it with a fully care. Just say it when you mean it. Don't ever let it out from your mouth if you don't even mean it to someone you talk to.” Balas ku tanpa rasa bersalah. Aku merenung mukanya yang masih tidak berpaling dari skrin televisyen. Aku turut memandang ke arah yang sama. Menonton bersama.

“What if I really mean it and want you to realise it? Aku betul-betul maksudkan yang aku sayang kau.” Balasnya seraya mendekatkan mukanya ke arah ku. Jarak muka aku dengan muka dia hanya tinggal 3 inci sahaja.

“Buktikan. You was hesitant to say it just now.” Dengan berani aku membalas. Dia memandang mata aku sekilas lalu turun ke hidungku, kemudian ke bibirku lalu kembali merenung mataku. Perlahan-lahan dia menghapuskan jarak antara kami. Dia cuba merapatkan bibirnya kepada bibirku dengan matanya yang memandangku redup.
5 cm,
4 cm,
3 cm,
2 cm,

Aku segera mengelak.

Chupp..

Ciumannya singgah dipipiku. Mukaku terus berona merah. Aku terus terkaku.

“Aku tolong jaga kau ni, bukan bukti yang aku sayang kau ke?” Soalnya dengan riak muka nakal. Disebalik sengih nakal itu, anehnya aku jumpa keikhlasan dalam kata-katanya itu.

“Kau janji takkan tinggalkan aku? Kau janji selalu ada dengan aku?” Soalku seraya mengangkat jari kelingkingku kepadanya. Dia memautkan jari kelingkingnya dengan jariku.

“Aku janji ada dengan kau dan takkan tinggalkan kau. Aku akan sentiasa ada kat sini..” Balasnya kemudian meletakkan tanganku ke dada kiriku. Aku mengukir senyum kepadanya. Dia menarikku rapat kepadanya lalu memelukku erat sambil membelai rambutku dengan lembut.

1794 words

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience