GD 19: Babe...

Drama Completed 6688

Tiga bulan kemudian....

Lusa genaplah tiga bulan dari tarikh yang aku suruh Naufal Aiman meminang aku untuk kali kedua. Kami terus jalinkan ikatan tali pertunangan masa dia meminang aku tu. Maka dengan rasminya lusa ialah hari dimana aku dan dia akan disatukan.

Aku menilik wajahku yang sudah dicalitkan dengan solekan ringkas hasil tanganku sendiri. Lusa aku akan tengok hasil tangan orang lain pula yang akan memberikan solekan pada wajahku. Aku tersentak dari lamunan tatkala mendengar deringan dari telefon bimbit ku. Haish, cepat betul mengelamun aku ni. Memang ni ke simptom orang nak kahwin ni. Aku tersenyum sendiri. Tengok tu sempat lagi berangan tu. Aku segera menjawab panggilan itu.

“Hello?” Aku mulakan dahulu perbualan.

“Assalamualaikum.” Ujar suara disebelah sana. Dush. Aku tersengih seperti kerang busuk sebelum menjawab salam.

“Waalaikumussalam.” Dah banyak kali dah sebenarnya dia ingatkan untuk beri salam tapi aku asyik lupa.

“Bella, awak dekat mana ni? Saya dah ada kat depan rumah awak ni.” Ujar suara itu. Aku segera berlari ke arah tingkap dan melihat ke bawah. Aku lihat dia mengenakan kemeja T berwarna putih dengan seluar jeans hitam dan disesuaikan dengan kasut berwarna putih. Dia sedang bersandar di keretanya sambil memegang telefon. Tunang aku ke kat bawah tu? Kacaknya tunang aku.

“Bella, are you there babe?” suara dia sekali lagi mengejutkan aku dari lamunanku.

“Ha? Yeah, I'm here bro.” Dia punya la sweet panggil aku babe tapi aku panggil dia bro je. Hahaha. Sorry, bro. Tak boleh buang lagi sifat kasar ni.

“Tunggu kejap. Lagi lima minit je.” Ujar ku sebelum menamatkan panggilan. Aku ambil sling bag warna hitam aku dan masukkan telefon dalam tu kemudian berlalu keluar dari bilik.

Sampai di ruang tamu aku tengok takde orang. Abi takde. Dia pergi office lah tu. Aku keluar dari rumah sambil menyarungkan sneaker warna biru gelap ke kaki ku. Siap pakai kasut aku terus berlari ke arah kereta Aiman dan terus masuk memandangkan dia terlebih dahulu telah meloloskan diri ke dalam kereta. Aiman terdiam memandangku. Dia hanya diam selama beberapa minit.

“Apa pandang-pandang? Tak puas hati apa?” Soalku kasar sambil menjelingkan mata.

“Tak ada apa, saja pandang bakal isteri. Takut tak boleh nak pandang dah lepas ni.” Balasnya sambil mengukir senyum.

“Fikir lawak la buat ayat macam tu?” Balas ku sambil mencubit bahunya yang beralaskan bajunya. Ada pula cakap macam tu.

“Aduh, sakit lah. Dah lah dia tu comel. And look, someone is wearing my cap that I gave to her. Haritu bukan main kata tak nak. Tup tup pakai juga.” Balas Aiman sambil menggosok bahunya sebelum tangannya itu menepuk hujung topi ku kuat.

“Hey!” Protesku sambil membetulkan letak topiku. Dia sudah pun tergelak melihatku. Aku tidak menghiraukannya dan menyandarkan badan ke kusyen kereta. Suka cari pasal lah mamat ni. Nasib baik lusa nak kahwin dah. Dia menggelengkan kepala dan memulakan pemanduan.

***

“Dah sampai...” ujar Aiman meleret sambil tersenyum manis kepadaku. Dia mematikan enjin keretanya dan memandang aku. Aku mengangkat kening sebelah dengan muka kerek.

“Jom lah. Kita dah lambat nak pergi ambil baju ni sayang oi.” Ujarnya sambil menggoyangkan hujung topi ku sehingga tercabut dari kepalaku. Aku tenung dia sambil memakai topi aku semula. Dia tergelak sehingga terlihatkan kedua belah lesung pipitnya. Mata aku masih merenungnya tidak berkelip.

“Babe, saya tahu lah saya hensem but please don't look at me that way.” Ujarnya sambil tersengih janggal. Aku masih tidak melarikan pandanganku padanya. Aku rasa sayu apabila melihat wajahnya. Takut. Takut dia akan tinggalkan aku.

“Babe? Kenapa ni? Why are you crying?” Soalnya prihatin. Mukanya kelihatan risau. Aku cepat-cepat mengesat air mata yang jatuh tanpa ku sedari tadi.

“Takde apa. Just wanna say I love you and please don't leave me.” Ujarku perlahan sambil memandangnya dengan bibirku dimuncungkan. Eh, manja terlebih pula aku ni. Aiman hanya tergelak memandangku.

“Bro, I'm doing serious.” Ujarku serta memukul bahunya.

Dia menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum.

“InshaAllah. Saya akan cinta dan sayang awak sampai bila-bila.” Dia mengukir senyum manis kepadaku.

“Dah,jangan nangis. Habis comot mekap dia.” Pujuknya sambil mengelap pipiku dengan tisu. Aku rampas tisu darinya kemudian keluar dari kereta menuju ke arah butik pengantin yang berada di deretan kedai ini. Aku tinggalkan sahaja Aiman yang masih terpinga-pinga di dalam keretanya.

***

Aku memandang gadis bertopi biru gelap yang baru sahaja masuk ke butik pengantin itu. Tanpa sedar bibir mengukir senyuman tatkala melihatnya.

Sungguh aku sayang kepadanya. Dia sangat istimewa bagiku. Tiba-tiba aku teringat mukanya saat dia menangis tadi. Habis merah hidung dan pipinya.

“I love you and please don't leave me.”

“Bro, I'm doing serious.”

“Saya akan cinta dan sayang awak sampai bila-bila.”

Memang aku janji untuk mencintai dan menyayanginya selamanya. Tapi Bella, aku minta maaf sebab aku tak boleh berjanji untuk tak tinggalkan kau. Ajal maut itu rahsia Tuhan, bukan? Aku tersedar tatkala mendengar deringan dari telefonku. Aku segera menjawab panggilan itu.

“Silalah duduk dalam kereta tu sampai tahun depan.” ujar suara dari corong telefon itu. Macam marah je ni. Aku tergelak kecil.

“Ok,ok. Sorry. Saya pergi kedai tu sekarang.” Aku membalas dengan tawa yang masih tersisa.Tadi bukan main manja, sekarang kasar balik dah. Aku menyimpan telefon bimbitku lalu buka pintu kereta untuk keluar. Aku berjalan ke arah deretan kedai dan lihat dia sudah pun keluar dari butik pengantin itu dengan empat pasang persalinan pengantin di tangannya. Aku segera berjalan ke arahnya. Dia sempat jeling aku.

“Lambat.” ujarnya sepatah sambil berjalan ke arah kereta.

“Meh la sini saya bawakan baju tu. Ni ada yang jatuh terpijak baju pula kang.” Aku merampas baju itu daripadanya tanpa sempat dia membalas apa-apa. Dia menggulingkan biji matanya. Setelah selesai aku menyimpan baju itu aku mengajaknya kesebuah restoran yang berhampiran dengan butik itu. Dia hanya ikut tanpa banyak cakap. Selalunya dia yang cerewet bab makan ni. Tapi kali ni dia ikut je. Setelah membuat pesanan aku lihat dia hanya berdiam diri sambil memandang aku dengan menongkatkan dagunya di atas meja. Comelnya dia buat muka macam tu. Aku tersenyum melihat perlakuannya.

“Babe, kenapa monyok je ni daripada tadi.” Soalku prihatin.

“Tak ada apa.” dia membalas tanpa mengangkat dagunya dari meja itu.

“Cuba bagi tahu saya awak nak cakap apa sebenarnya.” Ujarku sambil meniru perbuatannya yang sedang menongkat dagu tu. Dia mengeluh sebelum memandangku dengan serius.

“If you don't want me anymore, tell me before we get married. I don't want you leave me after we're married.” Ucap gadis dihadapan ku ini dengan sayu. Aku menggelengkan kepala ku.

“Kenapa saya nak tinggalkan awak pula? Awak dah cukup sempurna dah bagi saya.” Ujarku sambil tersenyum.

“Janji?” Balasnya sambil menunjukkan jari kelingkingnya kepada aku. Aku pandang jarinya sepi. Aku tak boleh berjanji Bella. Aku takut aku tak tepati janji aku.

“Janji apa?” Soalku pura-pura tak faham.

"Janji lah. You wont leave me, eventhough I'm like this." Balasnya kemudian menunjukkan lagi jari kelingkingnya kepadaku.

“Eventhough you like this? You like what?” usikku sambil tersengih. Dia menampar bahuku kuat lalu mengangkat dagunya. Aku turut mengangkat daguku sambil tergelak perlahan.

“Ja—” baru sahaja dia ingin berkata lagi namun ianya terbantut kerana seorang pelayan restoran menghantar air ke meja kami.

“Terima kasih.” Ujarku dengan senyuman kepada pelayan itu. Aku menyedut air ku sedikit dan mengeluarkan telefonku tanpa menghiraukan renungan Bella yang macam nak bunuh aku tu.
Aku minta maaf Bella. Aku tak boleh janji untuk tak tinggalkan kau sebab aku tak rasa aku sempat hidup lama.

***

“Hey, babe, marah ke?” Aku tak hiraukan soalan bodoh darinya. Ada ke patut dia pergi ajak kawan dia join lunch ngan kitaorang. Kalau lelaki takpelah juga ni perempuan.

“Alololo... tamau la majuk. Dia kawan saya je pun. Dah kahwin dah pun.” Ujar lelaki ini lagi.

“Dah lah. Bye.” Ucapku lalu keluar dari kereta.

“Eh, babe nanti dulu. Nah.” Panggilnya yang turut keluar dari kereta menuju ke arah ku sambil menghulurkan sebuah beg kertas.

“Apa ni?” Soalku malas.

“Hadiah. Ambil lah.” Jawabnya sambil menghulurkan beg kertas itu. Aku menyambut hulurannya dan berlalu ke dalam rumah sambil mengangkat tangan ke arahnya tanpa memandangnya. Ala-ala diva gitu.

Aku masuk ke dalam bilikku sebaik sahaja terdengar bunyi deruman enjin keretanya meninggalkan perkarangan rumahku. Aku menggantung persalinan perkahwinan ku kedalam almari kemudian meletakkan hadiah dari Aiman ditepi almari itu juga. Nanti lah aku buka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience