“Leesa,” sayup-sayup saja kedengaran suara seseorang yang sedang memanggil aku ni. Aku tengah mimpi ke ni? Selesanya aku rasa sekarang ni. Mata aku masih lagi tertutup rapat. Empuknya bantal ni, dah lah wangi pula tu. Aku membetulkan letak kepala ku sekaligus menghirup bau bantal itu. Wanginya!
“Bella,” sekali lagi suara itu kedengaran. Siapa kacau aku tidur ni? Ish!
“hmm..” aku hanya membalas dengan malas sambil mengeratkan pelukan pada bantal aku.
“Bella, bangun, awak. Abi awak dah siap dah tu.” ujar orang itu dengan nada suara yang seperti menggigil. Apa benda mimpi aku ni? Abi dah siap? Siap apa?
“Awak, bangun lah wak. Abi dengan abang awak dah nak keluar dah tu.” tambah suara itu lagi. Kali ini kedengaran lebih panik. Apa yang gelabah sangat lelaki ini ni? Aku semakin mengeratkan pelukan bantalku sekali lagi.
Eh kejap, lelaki?
Aku tersentak. Aku membuka mataku perlahan-lahan kemudian menggosok mataku. Setelah pandanganku menjadi normal, mataku disapa dengan abi dan Khai yang sedang memandang aku dengan pandangan geram. Aku mengerutkan kening. Kenapa dengan Khai dan abi ni?
Namun riak wajahku segera berubah tatkala terperasankan posisi aku yang sedang memeluk batang tubuh seseorang dengan kepalaku dilentokkan ke bahunya. Aku terus mengangkat kepalaku dan dengan spontannya menolak tubuh lelaki itu jatuh daripada kerusi di sebelahku ini.
Gedebuk!
“Aduh!” lelaki itu mengaduh sakit. Dia mengurut bahagian bahunya sehingga ke pangkal leher dengan muka yang dikerutkan. Dia bangun berdiri dengan bantuan Khai sambil tangan masih pada bahu. Eh, bukan patutnya dia sakit dekat punggung ke sebab aku tolak dia jatuh terduduk macam tu?
“Leesa! Kenapa tolak Naufal macam tu?” suara Khai menyentakkan aku. Naufal Aiman memandang aku dengan muka keliru. Mesti dia pun pelik kenapa aku tolak dia tiba-tiba. Tadi bukan main peluk peluk lepastu kau tolak je dia, Leesa?
“Aaa, tindakan refleks. Sorry lah.” balasku selamba. Macam manalah dia boleh ada dekat sini. Aku bangun daripada kerusi itu lalu berdiri disebelah abi. Baru sahaja abi hendak membuka mulut, aku pantas memotong.
“Oklah, abi mesti penat kan? Jomlah kita balik.”ujarku pantas lalu berjalan ingin keluar dari ruangan itu. Aku menggelengkan kepala apabila terkenangkan bau badan dia. Rupanya yang wangi tadi tu bau dia. Aku tersenyum sendiri. Leesa, wake up! Kau tak boleh bagi dia nampak yang kau suka dia. Eh, mana ada aku suka dia pun, aku buat untuk bagi abi happy je.
“Naufal okey tak tu?” abi memandang lelaki itu yang masih mengurut bahunya tanpa menghiraukan aku. Aku memberhentikan langkahku kemudian berpaling pada mereka semula. Apa yang sakit sangat bahu kau tu? Aku tolak kuat sangat ke?
“Macam sakit sangat je gayanya. Kuat sangat ke aku tolak dia tadi?” gumamku sendiri. Aku memandang Naufal Aiman yang sedang menunjukkan simbol ok kepada abi sambil tersengih.
“Betul ke okey je ni? Kepala Leesa tu memang berat. Kepala batu kan, biasa lah. Tambah pula bila peluk orang tu dia peluk macam peluk bantal busuk dia. Mujur tak patah tulang temulang kau, Naufal.” ujar Khai sinis sambil menghampiri Naufal Aiman lalu tangannya naik memicit-micit bahu lelaki itu kuat. Erk.. Aku tergamam. Haish, bodohlah kau ni Leesa.Terang-terang tadi kau dah tidur dekat bahu dia siap peluk dia lagi mana tak lenguh bahu dia. Muka aku mula membahang.
“Erk, takpe saya okay je. Lenguh sikit je ni. Jomlah kita balik, kesian dekat uncle.” ujarnya sambil menepis tangan Khai perlahan dengan senyum janggal. Dia mendahului langkah ke arah ruang parking hospital. Memang dia yang drive pun tadi. Katanya saja nak ikut temankan abi pergi kemo sekali. Abi apa lagi, setuju je lah bakal menantu nak temankan.
Lepas je aku cabar dia haritu, dia sungguh sungguh cuba ambil hati aku. Mula daripada hari esoknya tu pagi-pagi lagi dia dah hantar jambangan coklat untuk aku sekali dengan kad ayat-ayat gula dia yang dia tulis sendiri. Lepastu petang tu pun sama. Malam tu pula dia sibuk kacau aku, missed call banyak-banyak kali. Memang taklah aku nak angkat call dia. Daripada mana dia dapat nombor aku pun aku tak tahu. Esoknya tu dia ajak dating pula. Hahaha aku hanya mampu gelak. Sebab yang beria suruh aku pergi tu abi. Ya, dia minta abi yang bagitahu aku pasal dia nak ajak aku keluar. Kalau dia bagitahu aku memang tak lah aku nak ikut.
Dan disini lah dia, incik fiance ku yang sungguh innocent. Semua aku nak, dia buat je. Kadang-kadang geram pula aku dengan dia ni. Tapi aku setuju tunang dengan dia pun sebab abi semata-mata. Bukan sebab aku suka dia.
“Here, give me the key.” ujarku sambil menyaingi langkahnya yang sudah hampir dengan kereta. Dia memandang aku pelik.
“Nak buat apa?” soalnya sambil kunci keretanya itu dia genggam kemas dan dijauhkan sedikit daripada aku. Aku menggulingkan bola mata.
“Tengah sakit kan? Let me drive.” balasku malas. Ish mamat ni aku tolak sekali lagi kan baru tahu. Orang nak buat baik pun salah ke? Ha, buat muka pula kau. Jangan buat muka depan aku tak boleh ke? Comel kau tahu tak? Eh, Leesa behave!
“Tak sangka awak concern juga ye pasal saya. Tapi saya okey je, takpe saya boleh drive.” balasnya dengan sengihan yang meleret. Erkk, taguna. Kenapa orang lain buat macam tu nampak buruk, tapi bila dia sengih macam tu nampak comel. Hampir sahaja aku tersengih sekali macam orang angau tengok riak wajah dia yang comel tu. Tak boleh jadi ni. Aku menarik nafas dalam.
Bukk!
Aku menumbuk bahu kirinya kuat.
“Arghh!” dia menjerit sambil memegang kawasan bahunya yang baru sahaja aku tumbuk tadi. Dah lah rasa sengal sebab aku tertidur dekat bahu dia tadi tak hilang lagi, aku pergi tumbuk pula. Ish, ish, tunang jenis apa lah aku ni kan. Nasib kau lah pilih aku jadi tunang kau, Aiman. Ni belum kahwin lagi aku dah dera. Dia memandangku dengan kening yang dikerutkan. Aku tayang muka selamba.
“Sakit kan? Now, let me drive.” sekali lagi aku meminta kunci keretanya itu. Mujurlah abi dengan Khai agak jauh ketinggalan. Takdelah abi nampak aku tengah mendera bakal menantu dia ni.
Naufal Aiman menghulurkan kunci keretanya itu kepadaku sambil menggumam perlahan. Kutuk aku lah tu. Itulah siapa suruh degil, kan dah mendapat. Aku segera menyambut kunci itu dan melangkah masuk ke ruang pemandu kemudian mula memanaskan enjin kereta. Tali pinggang keselamatan aku pakaikan pada tubuh. Dia turut berjalan ke arah tempat duduk penumpang disebelah aku.
Abi dengan abang ni pula masih lagi aku tak nampak batang hidung mereka berdua ni. Mana pula lah dua beranak tu pergi. Saja je lah tu nak suruh aku duduk dengan mamat ni lama-lama.
“Bella,” panggilnya. Dia memandang kearah aku dengan pandangan yang serius. Aku hanya melihat dia dengan ekor mata sambil mengangkat kepala satu kali tanda ‘kenapa?’
“Boleh tak awak pandang muka saya bila saya tengah bercakap?” suaranya kedengaran agak dingin. Aku yang dari tadi terjenguk-jenguk ke hadapan dan ke kanan mencari kelibat abi dan Khai terus kaku. Dia– marah? Perlahan-lahan aku menoleh memandang ke arahnya dengan sebelah kening dijongketkan. Serius betul muka dia sekarang ni. Bulu roma aku tiba-tiba meremang.
“Kalau awak tak nak teruskan perkahwinan ini, demi Allah saya tak pernah paksa awak terima saya.” ujarnya tiba-tiba. Makinlah aku pelik dengan perangai dia ni. Dia saja nak gunakan aku sebab dah jumpa perempuan lain ke? Dia nak putuskan pertunangan kami dengan alasan tak nak paksa aku? Oh, sungguh tak guna.
“So, you want to call off the engagement? Why, you're already love someone else, huh? Or, are you regretting me?” aku mengajukan soalan-soalan itu dengan sinis tanpa berfikir apa-apa. Sengaja ayat terakhir itu aku sebutkan sepatah sepatah perkataannya biar jelas. Tak mungkin dia akan mengiyakan perkara-perkara yang aku persoalkan tadi. Dia yang nak kahwin dengan aku kan? Takkan lah senang-senang je nak buang aku.
“What if I say yes?” cukup dengan jawapannya yang tidak bernada itu sudah mampu bikin jantung ku berdegup kencang. Seperti ada suatu busur anak panah yang ditikam menembusi jantungku. Aku terkedu. Kenapa aku rasa— sakit? Aku cuba mengawal riak wajahku agar tidak berubah.
“Well, I thought you're the one who want to marry me so badly.” balasku tanpa nada. Dia tersenyum sinis.
“Itu dulu. Saya pun manusia juga, Bella. Saya ada perasaan, sabar saya pun ada tahapnya.” balasnya dengan dingin. Aku hanya diam membisu. Aku juga tak tahu kenapa. Sakitnya itu mencucuk-cucuk. Adakah aku juga sudah jatuh hati pada lelaki ini. Rasanya, oleh kerana itu lah aku agak terkesan apabila mengetahui bahawa dia sebenarnya menyesal bertunang dengan aku selama ni. Ah, tak mungkin aku sudah jatuh cinta padanya. Aku segera menepis segala rasa sakit yang makin membuak-buak ini.
“Awak tak pernah pun layan saya macam saya ni tunang awak. Selalu mengelak daripada saya, layan saya macam saya ni musuh awak. Awak buat saya jadi hamba awak. Awak ingat saya ni apa, hah?! Siapa saya pada diri awak?” sekali lagi dia bersuara. Cuma kali ini nadanya sudah mula kedengaran agak kasar dan kecewa.
Aku tersentak sekali lagi. Aku tak sangka dia akan marahkan aku macam ni sekali. Teruk sangatkah aku ni? Air mata mula bertakung di tubir mata. Cepat-cepat aku seka sebelum air mata itu mengalir turun. Kenapa aku rasa nak menangis ni. Ish, bukan sekaranglah aku nak jadi cengeng macam ni. Tolonglah jangan nangis. Leesa , jangan nangis. Aku menarik nafas dalam cuba mengawal perasaanku.
“Of course I do acknowledge you as my fiance. But if all of my deeds offense you, I'm really sorry. If you really want to call off the engagement then tell them.Tell our parents that you regret me. I truly don't give a damn about it and congratulation, you finally found someone that's not me.” Aku kuatkan diri untuk membalas. Aku hanya memandang mukanya dengan riak tenang sebelum aku memalingkan muka ku ke arah lain.
“Bel–”
“Shh, I don't love you. It's okay. Really, I'm okay.” aku segera memotong percakapannya. Serentak itu juga air mataku jatuh daripada mataku. Tak guna. Kenapa aku rasa sakit macam ni? Aku betul-betul dah suka dia ke? Aku cepat-cepat mengalihkan mukaku supaya tidak berhadapan dengannya.
“Bella, dengar dulu apa saya nak cakap.” lelaki itu duduk tegak. Dia menarik bahu aku ke belakang dan menyandarkan aku di seat pemandu. Aku hanya akur.
“Dah lah. Both of us tahu yang perkahwinan ini sebenarnya just to please both our parents. Bukan ada sebab lain pun. Mungkin diorang berjaya masa Kak Naufa dengan abang tapi cinta tu tak boleh dipaksa, kan? They can't force us. And I also don't want to suffer by marrying someone who I don't love and someone that don't love me.” ujarku dengan tenang sebelum dia sempat membuka mulut. Dia terkedu dan kaku sebentar sebelum dia menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan-lahan.
“Pandang saya, Bella.” arahnya lembut. Aku hanya kekal menayangkan riak selamba daripada tadi.
“Untuk apa? Nak cakap, cakap je lah.” balasku tanpa nada. Aku dengar dia mengeluh perlahan.
“Bella, pandang mata saya dan cakap sekali lagi yang awak tak suka saya.” ujar Naufal Aiman sekali lagi dengan nada yang masih ia kekalkan lembut. Aku menjelingnya dengan kerutan di dahi.
“What's wrong with you? I already told you that I don't love you. Why I have to it? Same goes to you, and I don't need you to repeat it to confirm that you don't love me.” balasku. Sekali lagi aku rasa seperti ada sesuatu yang menikam-nikam hati ku.
“I don't care, just do it.” ujarnya kemudian menarik bahuku supaya mukaku berhadapan dengan mukanya.
“Now tell me, you don't love me.” ujarnya perlahan sambil anak matanya dikunci pada anak mataku dan kedua belah tangannya pada bahu aku. Aku terdiam. Leesa, kau tak suka dia kan? Cakap je lah! Dadaku mula berombak kencang. Kenapa susah sangat aku nak cakap ni?
“ I–I don't love you.” ujarku cuba beriak tenang. Boleh pun aku cakap. Tapi anak mataku dilarikan daripada melihat anak matanya.
“No, you're lying. You love me.” balasnya sinis sambil memandangku tajam. Aku tersentak.
“No, I'm not!” protesku dan membalas renungan matanya.
“You're lying.” balasnya lagi kalini dengan suara yang tenang dan tidak kedengaran sinis. Aku tergamam.
“I'm not lying.” balasku lagi. Aku menahan sebak. Betul ke kau tak tipu, Leesa? Aku menggelengkan kepala.
“Stop lying to yourself and stop denying your feeling.” balasnya lagi sambil memandangku redup. Air mataku mula bertakung di tubir mata. Tunggu masa untuk mengalir. Dia mengemaskan pegangannya pada bahuku.
“I am not lying to anyone. I do not love you!” ujarku sepatah-sepatah lalu menikam matanya. Namun air mata yang sudah pun memenuhi ruang mataku itu mulai jatuh dan mengalir sepi. Aku memejam mata rapat. Aku biarkan saja air mata yang semakin membuak buak keluar. Aku tak mampu. Ya, aku memang cengeng. Walau macam mana pun aku cuba untuk tidak menunjukkan sisi aku yang itu kepadanya namun hari ni aku gagal.
“Bella, why are you crying?” soalnya tanpa rasa bersalah. Aku membiarkan air mataku mengalir lagi tanpa dikesat.
“Because you're telling me that I'm lying and...” balasku dan hanya membiarkan ayat ku tergantung disitu.
“And?” balasnya sambil menggoncang perlahan bahuku yang dipegangnya kerana aku hanya membiarkan ayatku tergantung. Aku tidak menghiraukannya. Aku hanya membiarkan tangisku yang sudah semakin menggila. Hidungku juga sudah mula tersumbat dan menyukarkan aku untuk bernafas. Bahuku mula terhinjut-hinjut kerana menangis.
“Bella,” sekali lagi dia memanggil ku dan bahuku digoncang sedikit kuat. Aku cuba menyusun ayat. Aku perlu berterus terang. Aku nekad.
“And it's true! I'm just lying. But you, tsk.. tsk.. don't love me, why, tsk.. tsk.. I, tsk.. tsk..” aku membalas namun tangisanku sudah tidak mampu aku kawal. Aku menundukkan kepalaku supaya tidak bertentang mata dengannya lagi.
“Says who?” dia membalas. Aku mengangkat muka.
“I do love you. I love you so much.” ujarnya sambil memandangku dengan mata yang redup.
“Tapi, tadi tu?” aku membalas dan cuba mengawal tangis ku.
“Lupakan pasal tadi. I'm sorry. Saya cintakan awak, Bella.” ujarnya lagi. Aku menepis tangannya yang berada pada bahu aku. Mukaku mula membahang kerana malu. Tak guna. Dia ayam-ayam kan aku. Aku menolak dadanya. Kurang ajar. Aku dah nangis nangis macam apa tadi, dia ayam ayam kan aku je sebenarnya. Aku mengesat air mata ku yang bersisa.
“You love me too, right?” soalnya sambil tergelak kecil. Kurang ajar!
“Diam lah.” balasku sambil mengjelingnya tajam. Aku mula melepaskan handbrake kemudian menekan pedal minyak lalu memusingkan stereng kereta keluar dari kotak parking. Tak guna betul. Aku memandu ke arah bangunan IKN itu takut takut abi dengan Khai ada tengah duduk bersantai ke dekat kawasan situ. Daripada tadi aku tunggu punya lah lama.
“Eh, uncle dengan Khai dah balik tadi. Pak Mat yang ambil. Uncle bagitahu saya tadi.” ujarnya dengan muka tidak bersalah. Ini nama dia ayam kuasa dua! Daripada tadi aku dah tertunggu-tunggu tu dia tak bagi tahu awal-awal kenapa?
“Lain kali bagitahu tahun depan!” marahku lalu memusing stereng dan memandu keluar dari perkarangan IKN. Dah lah ayam ayam kan aku pasal nak putus tunang lepastu tak bagitahu yang abi dengan Khai dah balik dulu pula tu.
“Siapa suruh tak tanya.” balasnya selamba. Aku menjelingnya tajam. Ada yang kena tolak keluar dari kereta ni kang. Dah lah seatbelt pun tak pakai.
“Diamlah. Pakai seatbelt tu. In case I suddenly change my mind and want to kill you, the least you'll only get injured, not directly die.” balasku dengan selamba juga. Dia tergelak kemudian memakai tali pinggang keledar itu.
“Kalau saya mati awak menangis pula. Tadi gurau pasal nak putus tunang pun dah nangis.” selorohnya. Tak guna.
“Diamlah!” balasku geram. Dia semakin galak tertawa.
Share this novel