GD 13: Aku... Kahwin?

Drama Completed 6688

Aku duduk di atas sofa di ruang tamu sambil ralit bermain telefon aku. Sesungguhnya aku malas nak bersiap untuk dinner malam ni tambahan pula diorang nak berbincang pasal perkahwinan apa semua. Kalau pasal majlis Kak Naufa dengan abang je takpe lah, ini pasal aku dengan Naufal sekali. Aku menggelengkan kepala beberapa kali.

"Oit, kenapa geleng-geleng kepala ni." satu suara yang tiba-tiba menegur menyebabkan bahu aku terhinjut perlahan akibat terkejut. Aku merenung tajam lelaki yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Apa?" dia bertanya dengan innocent kemudian mula fokus kepada telefon nya. Terus sahaja dia tersenyum apabila melihat telefonnya itu. Tengah borak dengan buah hati lah tu. Aku tersenyum kecil.

"Abang," aku memanggilnya.

"Hmm.." matanya masih lagi melekat di skrin telefon pintarnya.

"Agak-agak kalau Leesa keluar pergi dinner dengan Iqa malam ni abi marah tak?" aku tanya dia soalan yang jawapannya aku sendiri dah tahu. Gila abi tak marah. Dah lah nak bincang pasal pernikahan aku sekali tu.

"Eh mesti lah abi tak marah. Abi lagi suka adalah. Paling-paling pun abi mogok tak nak pergi kemo je. Sila lah pergi makan dengan Iqa tu." abang mengecilkan matanya dan merenungku dengan pandangan 'kau-buat-hal-siap-kau'. Sungguh sarkastik jawapan yang diberikan ya tuan-tuan.

"Hmm.. Abang tahu kan Leesa ni pemalu orangnya, Leesa ni tak suka nak makan dengan orang luar ni sebab masa makan je lah Leesa tunjuk perangai sebenar Leesa." eh, apa aku merepek ni? Ah biarlah. Abang pandang aku dengan mata dijegilkan.

"Apa benda kau merepek ni wahai Khaleesah Nabellah?" dia menekap kedua pipi aku dengan tapak tangannya. Aku menepis tangan dia perlahan.

"Hmm.. Leesa rasa awal sangat lah semua ni. Rasa macam tak sedia lagi. Tapi Leesa tak nak abi sedih kalau Leesa tolak permintaan dia." aku mencebik.

"Fikir masak-masak dulu pasal kahwin ni Leesa. Dah lah, abang nak pergi solat ni. Dah nak masuk maghrib dah ni, baik Leesa pergi mandi, siap-siap. Pakai baju elok sikit eh ada tetamu nak datang ni." dia bangun dan berlalu ke biliknya. Aku mengeluh kecil sebelum berlalu ke bilik juga.

***

Usai membersihkan diri, aku mengenakan sweatshirt biru gelap yang agak labuh dan besar. Aku menyisir rambut dengan kemas. Aku oleskan sedikit vaseline ke bibir sekadar untuk melembapkan. Aku mencapai telefon lalu memandang telefonku seketika.

Aku tak beritahu Malaiqa lagi pasal ni. Patut ke aku beritahu dia sekarang? Mestilah patut, sepatutnya dia orang pertama yang kau beritahu tau. Aku menghidupkan telefon kemudian mendail nombor telefon Malaiqa. Aku nak beritahu dia berita ni sekarang.

"Assalamualaikum, Leesa. Ada apa call aku ni? Kau ok tak?" sebaik sahaja talian disambung, Malaiqa mula bertanya.

"Waalaikumussalam, Iqa.." aku hanya menjawab salam yang diberi sebelum mendiamkan diri. Aduh, tak tahu nak cakap macam mana.

"Ye Leesa, ada apa ni? Jarang-jarang panggil aku Iqa meleret-leret macam ni." Malaiqa membalas dihujung talian.

"Biarlah, saja nak panggil kau. Salah ke?" aku menuju ke arah beranda bilikku kemudian duduk di atas kerusi rotan yang menghadap halaman rumah. Dari atas, aku nampak Nissan X-Trail yang Pak Mat selalu guna untuk bawa abi ke pejabat, Mercedes Benz yang abang baru beli, Honda Jazz lama milik abang yang abi belikan dulu, lagipun abang jarang bawa Mercedes nak pergi office so dia tinggal kat sini je lah Mercedes tu. Kat tepi Honda Jazz dia tu pula ada Honda City aku dan Ducati kesayangan aku dekat hujung sekali yang abi beli sempena birthday aku yang ke-17. Baru berapa kali je aku sempat naik ducati aku tu. Dah lama dah tak bawa huhuhu.

"Woi, kau ni kalau setakat call aku lepas tu panggil aku lepas tu diam, baik tak payah. Aku banyak benda lagi nak buat ni." suara Malaiqa yang tengah menjerit mengejutkan aku. Haha tu lah berangan lagi Leesa.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau sebenarnya, tapi tak tahu nak cakap macam mana lah." aku meluahkan apa yang terbuku dihati.

"Cakap je lah. Mulut tu tuhan dah bagi guna lah." ish dia ni nak sarkastik pula dah, sepak kang. Aku mengeluh sambil menjelingkan mata keatas.

"Ok, sebenarnya... I will get married. Lepas majlis kahwin abang aku, majlis tunang aku pula." akhirnya terlepas juga apa yang aku nak cakap. Rasa lega sekejap, tapi sekejap je lah sebelum perempuan ni menjerit sampai berdesing telinga aku dibuatnya. Mujur tak pekak.

"Woi!!! Kau gila apa sia?!! Aku pun tak kahwin lagi kau dah nak kahwin?! Siapa lelaki malang tu?!! Macam mana korang boleh nak kahwin pula?! Kenapa awal sangat?! Ke korang ada buat apa-apa yang tak senonoh hah?!!" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Malaiqa. Aduh, lek ah.

"Ni permintaan abi lah. Kau fikir aku nak sangat ke kahwin awal-awal ni? Aku still nak menikmati hidup aku sebagai seorang yang single au." aku dah lah tengah ragu-ragu dengan keputusan aku ni kau pula tanya macam tu, ada yang kena ketuk dengan hammer satgi.

"Kau ingat lagi tak budak yang aku selalu cerita kat kau masa aku umur 4 tahun tu. Masa tu kau umur 7 tahun. Budak lelaki yang sebaya dengan kau tu, anak Uncle Adli tu?" aku cuba mengembalikan memori semasa kami masih kanak-kanak yang bebas daripada segala masalah yang menyerabutkan kepala otak.

"Err.. Budak yang kau cakap selalu nak rapat dengan kau dulu tu ke? Yang selalu acah-acah kuat. And yang selalu main dengan kita dulu tu eh? Kenapa dengan budak tu? Kau kena kahwin dengan dia ke?" Suara Malaiqa tenggelam timbul. Aku tersentak. Memang betul tekaan Iqa tu. Mamat tu lah orang yang abi nak kahwinkan dengan aku. Aku pun dah tak ingat macam mana rupa budak tu.

"Haah, yang nama Naufal tu. Ye dowh, aku kena kahwin dengan dia. Dah lah aku dah lama tak jumpa dia, last aku jumpa dia masa aku dah nak fly pergi UK dulu. Masa aku umur 5 tahun beb." aku memejamkan mata sambil menyandarkan kepala ke kerusi rotan tadi. Aku mengeluh lagi.

"tu pun lately ni korang asyik jumpa kan?" gumam Malaiqa perlahan. Aku dengar dia sebut 'lately ni asyik jumpa' je. Apo? Bila masa pula aku jumpa dengan mamat Naufal tu?

"Ha? Apa dia weyh?" aku menyoalnya kembali. Dahi dikerutkan tanpa sedar.

"Ah? Tak ada apa lah. Aku ada kerja nak buat ni weyh. Aku letak dulu tau. Bye." terus panggilan ditamatkan. Kenapa dengan minah ni? Aku masuk semula kedalam bilik. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik, aku lihat abang menjengahkan muka di balik pintu.

"Leesa, tetamu dah sampai. Abi suruh turun cepat." sebaik sahaja menghabiskan ayatnya pintu ditutup kembali. Aku lihat pantulan imej aku di cermin sebelum keluar dari bilik lalu pergi ke ruangan makan.

**

"Haah yang nama Naufal tu. Ye dowh, aku kena kahwin dengan dia. Dah lah aku dah lama tak jumpa dia, last aku jumpa dia masa aku nak fly pergi UK dulu. Masa aku umur 5 tahun beb." terdengar keluhan kecil dihujung talian.

"Baru 4 tahun korang tak jumpa, tu pun lately ni korang asyik jumpa en?" lancang sahaja mulut ni bersuara. Aku menekup mulutku dengan tapak tangan. Adoi, Iqa. Biarlah dia tahu sendiri. Jangan lah dia dengar.

"Ha? Apa dia weyh?" dia menyoal dengan suara keliru. Fuh, nasib baik dia tak dengar. Biarlah dia tahu sendiri siapa bakal suami dia tu.

"Ah? Tak ada apa lah. Aku ada kerja nak buat ni weyh. Aku letak dulu tau. Bye." aku mematikan panggilan.

Aku meraup mukaku dengan kedua belah tangan. Ya Allah kenapa dengan aku ni? Kalau dah memang jodoh diorang, reda lah wahai hati. Semuanya sudah tertulis. Aku masuk ke bilik air lalu mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat untuk menenangkan diri sementara menunggu masuknya waktu isyak.

________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience