GD: Epilog

Drama Completed 6688

Aku berjalan perlahan sambil menikmati udara segar petang itu. Suasana petang di Jepun sangat menyamankan. Dengan dedaun sakura yang luruh tatkala pokoknya disapa angin. Aku melabuhkan punggung sebaik sahaja ternampak bangku di bawah pokok sakura yang betul-betul berhadapan dengan tasik. Aku memerhati orang yang lalu-lalang. Aku menarik nafas dalam sebelum menghelanya perlahan-lahan.

Terlampau banyak untuk dikenangkan. Tapi itu semua sudah pun menjadi memori dan sejarah hidup aku. Aku masih perlu mencari tuhan berbanding kekasih. Pintu hati ini masih belum mampu dibuka untuk mana-mana lelaki lain selepas Naufal Aiman. Sejujurnya aku juga tak mencintai Khalees. Ianya lebih kepada rasa teruja untuk memiliki apa yang kita suka. Tapi aku tak nafikan selepas apa yang terjadi antara kami aku memang sayangkan dia. Tapi bukan cinta.

Mencintai bukan bererti kita harus memiliki. Boleh jadi kita mencintai dia tapi dia telah pun dipanggil menghadap ilahi.

Pertelingkahan antara sepasang pasangan yang tercetus tiba-tiba mengejutkanku dari lamunan. Sang perempuan menangis sambil meninggalkan sang lelaki yang dikatakan menipu. Aku mengeluh. Aku hanya membutakan mata dan memekakkan telinga. Tidak ingin ambil tahu apa-apa.

Aku bingkas bangun dan berjalan kembali untuk pulang. Aku hanya berjalan dengan perlahan tanpa berfikir langsung untuk tiba ke rumah dengan segera.

Pap! Splash!

Aku terundur kebelakang sebelum perlahan-lahan dapat mengimbangi diriku daripada terjatuh tatkala ada sesuatu yang tegap melanggar bahuku. Bajuku turut terasa basah. Aku menilik bajuku yang sudah pun selamat menyerap kopi yang suam.

“Gomen'nasai, misu. Watashi wa isogu h?h?desu. Watashi wa sore o imi shimasendeshita. Mata sumimasen.” (I'm so sorry, miss. I'm way to rush. I didn't mean it. Sorry again.) Ujar lelaki yang terlanggarku tadi sambil membongkokkan badannya berkali-kali.

“? nda yo. Genkidesu. Ano.. chinamini sore wa ch?sana mondaidesu.” (it's okay. I'm just fine. It's only a small matter by the way.) Balasku sambil tersenyum. Lelaki itu akhirnya kelihatan lega.

“Sore wa ?desu ne. Thanks God.” Balas lelaki itu lega.

“Can you speak in English?” Tanya lelaki itu tiba-tiba. Lah boleh berbahasa Inggeris rupanya mamat ni.

“Yeah, sure.” Balas ku ringkas. Lelaki ini senyum.

“Where are you from?” Tanya lelaki ini lagi. Tiba-tiba nak berkenalan ni. Nak jawab ke tak. Tapi muka nampak tak mencurigakan. Macam bukan muka jepun je mamat ni, muka mat saleh pun ada.

“I'm from Malaysia.” Balasku lagi.

“Oh really? I am Nik from Malaysia too. Nice to meet you here.” Balasnya teruja sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Aku memandang tangannya sepi. Sorry bro, takkan dengan imej aku macam ni pun kau masih tak faham. Lagi pula kau orang Malaysia kan. Walaupun hakikatnya aku ragu-ragu dengan kerakyatan dia bila dengar accent America dia tu.

“I'm Leesa. Nice to meet you too.” Balasku seraya membongkokkan sedikit badan dengan tangan kananku didada sambil tersenyum. Dia turut tersenyum malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience