Paluan rentak kompang mengiringi pasangan mempelai masuk ke dewan menuju ke pelamin. Sebaik sahaja mereka duduk diatas pelamin, lagu dari Ezaam EYE dan Waheeda pun dimainkan seiring dengan paluan kompang.
Kompang dipalu pengantin baru, Duduk bersanding tersipu malu.
Aku mengukir senyum bahagia. Pengantin lelaki tersebut terpandang aku lalu mengukir senyum lebar. Diikuti dengan pengantin perempuan disebelahnya. Aku menunjukkan isyarat bagus kepada mereka menunjukkan mereka kelihatan baik sahaja di atas itu. Ya, pasangan mempelai itu ialah suami dan juga sahabat aku sendiri. Aku tak menyesal dengan pilihan aku.
"Leesa, tolong ambilkan tisu dekat depan Leesa tu." Pinta Kak Naufa. Aku memandang Kak Naufa serta mengangguk sebelum memberikan tisu itu kepadanya.
"Terima kasih." Ucapnya kemudian senyum. Dia mengambil tisu itu lalu mengelap mulutnya.
"Sama-sama." Balasku lalu mula menjamah makanan yang terhidang. Aku lihat mummy dan umi sedang sibuk melayan tetamu. Naufal pula entah kemana bersama ayahnya.
Malaiqa ada mengajak aku menjadi pengapitnya tapi aku laju menolak. Maaf tapi aku tak kuat. Cukuplah sekadar melihat mereka berdua dari jauh. Tapi tidak lah jauh mana pun. Aku tetap juga berada di meja vip yang betul-betul berhadapan dengan pelamin mereka.
"Leesa. Macam mana Leesa boleh terfikir nak buat semua ni?" Soal Kak Naufa tiba-tiba menyentakkanku dari lamunan. Aku senyum. Untuk menambahkan kekuatan di dalam diri.
Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh ambil tindakan drastik macam ni. Ikutkan hati aku masih lagi tak puas nak hidup dengan dia. Tapi aku kena fikir perasaan dia yang terseksa sebab terikat dengan aku juga. Terikat tanpa cinta. Hanya berlandaskan rasa kasihan dan simpati. Well, I'm not gonna look pathethic anymore.
"Entahlah. Leesa rasa kesian kalau biar dia hidup dengan Leesa sedangkan dia layak hidup dengan orang yang dia sebetulnya cinta dan sayang." Balasku sebelum meneguk air.
"Cinta boleh dipupuk, Leesa. Lama-lama nanti mesti akan ada rasa cinta tu." Balas Kak Naufa yang kedengaran berat untuk melepaskan aku. Aku tersenyum seraya menggeleng.
"Cinta yang dah lama terpupuk pula tak akan mati, kak. Jadi untuk dia lupakan cinta tu mesti sakit. Leesa tahu dia buat ni semua sebab arwah Aiman je. Tapi dia masih boleh pantau Leesa tanpa perlu ada ikatan antara kami nanti." Balasku lagi. Cukuplah hubungan aku dan dia sekadar aku ni adik kepada abang ipar dia. Tak perlu lebih. Aiman, saya boleh jaga diri saya. Insha Allah. Jeda sebentar. Kami dipanggil untuk sesi bergambar.
**
Usai bergambar aku segera turun dari pelamin. Malas berlama. Mereka juga perlu melayan tetamu lain yang hadir. Aku kembali duduk di meja makan lalu memfokuskan diri kepada telefon pintarku.
"Leesa, kau tak nak balik lagi ke?" Soal Malaiqa dengan mengejut. Entah dari pelosok mana dia datang. Aku memerhati kawasan dewan. Tinggal hanya beberapa orang sahaja tetamu yang ada. Yang lain semuanya sudah pulang.
"Nak aku balik ke?" Selorohku dan mengacah untuk pergi. Malaiqa lantas memukul bahuku seraya tergelak.
"Tak lah. Kalau boleh aku nak suruh kau basuh periuk belanga kat belakang tu walaupun kita guna catering." Balasnya. Mukanya kelihatan sungguh berseri. Seri pengantin baru lah katakan. Aku gelak. Bahagia. Bahagia melihat orang yang aku sayang bahagia.
"Leesa, terima kasih." Ucap Malaiqa dengan muka sayu.
"Untuk apa?" Soal ku semula.
"Untuk korbankan kebahagiaan kau demi aku. Aku tak tahu nak cakap apa dah kat kau. Kau ni memang perempuan yang kuat kan. Aku minta maaf sebab menyusahkan kau." Balasnya sambil menggenggam tanganku dengan nada sebak. Aku ukir senyum lagi.
"Aku lebih pentingkan orang yang aku sayang. Aku tak nak korang sedih. Kalau pasal kau dengan Naufal, mungkin korang memang ditakdirkan untuk bersama, bukan kami." Ujarku sambil membalas genggaman tangannya.
"Kau terlampau baik. Aku harap hubungan persahabatan kita takkan pernah putus sampai bila-bila." Ujarnya hampir mengundang sebak.
"Untuk dapatkan sesebuah cinta di dunia ni kita kena mula dengan berikan cinta kita kepada yang layak, Dia, yang Maha Mencintai. Kemudian kenal dengan agama-Nya. Dari situ terbitnya cinta hakiki." Balasku dengan senyuman.
"Kalau kau sayangkan aku, berdoalah supaya Dia jadikan hubungan persahabatan kita ni kukuh dan kekal hingga ke jannah, okey." Tambahku lagi. Kalini sebagai penutup dan aku memeluk tubunhya erat. Dia membalas pelukanku dan berulang kali mengucapkan terima kasih.
"You don't have to thanks me. It's my responsibility to make sure my friends gain happiness." Ujarku kemudian senyum. Sekali lagi hati aku memainkan lirik lagu latar drama bersiri Nur yang dinyanyikan oleh Idayu. Ianya berulang dikotak fikiranku dan setitik air mata ku jatuh sepi.
**
Aku memasukkan baju yang terakhir kedalam bagasiku yang terbuka di atas katil sebelum mengzipkan bagasi itu serta menyandarkannya ke dinding bilik. Aku meneliti bilik ini sekali lagi. Barangan aku semuanya sudah di simpan ke dalam beberapa buah kotak untuk aku pindahkan ke rumah abang nanti. Manakala sebuah bagasi besar untuk aku bawa ke jepun. Aku akan terbang ke Jepun setelah segala urusan penceraian yang telah difailkan tempoh hari selesai pada esok hari sebaik sahaja Khalees menjatuhkan talak ke atas aku, dan mungkin lusa aku akan bertolak ke sana. Aku berjalan ke arah balkoni dan termenung memandang ke arah dada langit. Aku mula terpegun melihat bintang-bintang yang berkerlipan di atas sana. Aku mengangkat tangan seolah-olah cuba menangkap bintang itu. Tangan tadi aku genggam dan rapatkan kedada.
"Tryna catch the stars?" soal seseorang tiba-tiba sekaligus menimbulkan kaget kepadaku.
"Nope, tryna rewrite the fault in our stars. Jadi kita tak payah nak hadap semua ni." Balas ku sambil tersenyum pahit sebelum tersenyum sendiri tatkala akal warasku mula menganalisis apa yang telah aku ucapkan. Dia tertawa perlahan. Aku sendiri tertawa kecil mendengarkan apa yang aku ucapkan tu. Kedengaran sungguh bodoh.
Aku sedikit tersentak apabila ada sepasang tangan yang tiba-tiba merangkul pinggangku dari belakang. Tubuh ku mengeras dan aku kaku.
"Please, don't stop me. I just want to have this night with you before i have to let you go." bisiknya kepada telingaku sebelum menenggelamkan mukanya di sebalik rambutku.
Aku menghela nafas berat sebelum tanganku yang berada di beranda aku letakkan ke atas kedua tangannya yang merangkulku erat. Perlahan-lahan aku mengukir senyum.
"Sure, let's have our first and last date for tonight long before we end up divorce tomorrow." balasku dengan perasaan yang bercampur baur. Sedih? Suka? Benci? Sebak? Semua menjadi satu.
"Shh.." Dia mendekatkan mukanya kepada kepalaku daripada belakang.
" You think it's easy,
You think I don't want to run to you,
But there are mountains,
And there are doors that we can't walk through." Dia menyanyi ke telingaku seakan berbisik. Aku hanya mendiamkan diri.
" I know you're wondering why,
Because we're able to be,
Just you and me within these walls,
But when we go outside you're going to wake up and see that it was hopeless after all..." Dia meleraikan pelukan dan memusingkan badanku menghadapnya dan menikam anak mataku dengan senyuman yang tak lekang daripapda bibirnya sambil kedua tangannya berada dibahuku. Aku membalas renungan matanya.
"No one can rewrite the stars,
How can you say you'll be mine?
Everything keeps us apart,
And I'm not the one you were meant to find." Aku menyambung nyanyiannya dan menepis tangannya sebelum menunjal dadanya pada lirik yang terakhir itu. Dia tersenyum sinis.
"It's not up to you,
It's not up to me,
When everyone tells us what we can be,
How can we rewrite the stars?
Say that the world can be ours,
Tonight.
All I want is to fly with you,
All I want is to fall with you,
So just give me all of you..." Dia menarikku mendekatinya semula sebelum memelukku erat dengan senyuman yang terukir dibibirnya.
"It feels impossible," sambungku sambil cuba meleraikan pelukan.
"It's not impossible," balasnya dan mengeratkan pelukan.
"Is it impossible?" sambungku lagi sedikit sebak. Khalees, tolong berhenti buat aku jatuh cinta lagi.
"Say that it is possible." sambungnya sebelum meletakkan bibirnya ke dahiku lama. Aku mula berasa ingin menangis namun pantas aku tahan namun gagal.
"You know I want you,
It's not a secret I try to hide,
But I can't have you,
We're bound to break and my hands are tied.." aku menyambung lagi ke rangkap terakhir dan terhenti disitu. Aku tak mampu menghabiskan bait lirik itu lagi. Aku membalas pelukannya dan menghamburkan tangisku. Aku kembali lemah. Dia mengusap belakang ku perlahan.
"If you said so, we still have time to cancel all this shit, Bella." ujarnya sambil menyeka sisa-sisa air mataku lembut. Sekali lagi dua cuba melembutkan hatiku dengan memanggil aku dengan nama itu.
"No! you're already got married with Iqa. Aku tak nak korang terseksa dan terbeban disebabkan aku." balasku.
"Tapi hati kau sendiri kau biar je?" balasnya pula. Aku menarik nafas dalam.
"Aku boleh cari kebahagiaan aku sendiri nanti. Berhenti simpati kepada aku, Khalees. Aku sedar, kau hanya simpati kepada aku, bukan cinta kepada aku." balasku lagi. Khalees terdiam sendiri.
"Aku minta maaf, Bella." pintanya kesal. Aku memeluknya. Mungkin dia akan menjadi salah seorang yang layak menggunakan nama Bella terhadap aku.
"Aku dah maafkan. Aku pun minta maaf. Aku harap kita takkan simpan dendam antara kita lepasni." ujarku sambil mengeratkan pelukan.
"Terima kasih. Kau memang seorang yang kuat, Bella. Sekarang aku tahu kenapa arwah Aiman sayang sangat dekat kau." balasnya kemudian membalas pelukanku.
***
"So this is will be the best for both of us." ujar lelaki dihadapan aku ini sambil merenung ke dalam mataku.
"Nope, it's the best for all of us." balasku sambil menjeling kepada Malaiqa yang sedang duduk bersama Naufal. Aku mengukir senyum manis untuk kesekian kalinya.
"May i have a hug for the very last time?" soalannya membuatkanku ketawa.
"No, you're pervert! Go hug your own wife." seloroh ku dengan mata yang sengaja dibundarkan dan menyilangkan tangan kedada sambil ketawa.
"You stupid, you're still my wife, idiot." Dia turut ketawa kemudian menarikku ke dalam pelukannya. Dia memelukku erat. Dapat aku rasakan hangatnya pelukannya yang terakhir ini. Tanpa aku sedar setitik air mataku mengalir laju.
"I'm gonna miss this moment so much." bisiknya perlahan. Aku membalas pelukannya. Setelah lama berkeadaan begitu akhirnya pelukan dileraikan. Aku menarik senyum manis kepadanya.
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian menghembuskannya kuat. Dia memandang ke arah hakim mahkamah syariah itu kemudian memandang aku semula. Aku mengalihkan pandangan kepada Iqa dan ahli keluarga yang lain yang sedang duduk.
"Khaleesah Nabellah bt. Hassan aku ceraikan kau dengan talak satu." Aku menghela nafas perlahan. Akhirnya, tali yang sekian lama mengikat aku sudah pun terlerai. Aku menarik senyum tenang. Sekarang aku bukan lagi milik sesiapa. Aku bebas.
T A M A T
Share this novel