GD 3: Malaiqa

Drama Completed 6688

Manusia yang sedang tersenyum kepada ku tadi mula mendepangkan tangannya tanda mengalukan pelukan daripadaku. Aku segera menerpa ke arahnya yang tidak jauh daripada tempat ku berdiri.

"Malaiqa!!!!!" jeritku penuh teruja seraya menarik Malaiqa kedalam dakapanku kuat. Gembira bukan kepalang melihat kehadiran sahabatku yang satu ini.

"Woi,woi,woi. Kau nak bunuh aku ke apa ni? Dah lemas dah ni" tersekat-sekat suara Malaiqa berseloroh dengan sengih yang tak lekang dari bibir.

"Hehehe" perlahan-lahan aku melepaskan dakapanku tadi.

"Ha weyh Leesa kitaorang gerak dulu lah." Pamit Badrisya dan yang lainnya, mereka segera meminta diri pulang. Atira yang tadinya menumpangkan aku kesekolah juga turut meminta diri untuk pulang. Kami datang ke sekolah ni pun sebab diorang kata nak ambil barang yang ada tertinggal dekat dalam kelas. Diorang ni pun pelik tau, masa 3 bulan cuti tak nak pula ambil haiya. Memandangkan hari ini hari cuti jadi tiada siapa pun di sekolah, lagi lah memudahkan kerja kitaorang. Dah ambil barang, lepak lah sekejap kan hehehe.

“Kau boleh balik sendiri kan, Leesa?” Soalnya meminta kepastian. Aku mengangguk tanda mengiyakan soalannya itu.

"Ha okeyh. Take care. Nanti ada masa kita jumpa tau." balasku lalu bersalaman dan memeluk keempat-empat rakanku tadi.

"Kitaorang pergi dulu tau Kak Malaiqa." mereka bereempat kemudiannya beralih kepada senior mereka, Malaiqa.

"Kau ni dah lama tak dengar cerita pastu tiba-tiba muncul ni ada apa-apa ke" setelah melihat keempat empat mereka pulang aku segera beralih kepada Malaiqa pula.

"Mana ada apa-apa pun. Saja je, rindu kat Uncle Hassan." jawab Malaiqa lalu menunjukkan baris giginya yang tersusun rapi. Kami memang sangat rapat dari kecil. Kami pernah berada di tadika yang sama sebelum aku dan keluarga pindah ke UK. Apabila aku sudah pulang ke Malaysia semula, kami berjumpa semula di sekolah menengah yang sama. Walaupun berbeza umur kami tetap rapat seperti dahulu. Rapatnya kami ni bagai isi dan kuku. Buktinya, Malaiqa sudah menganggap keluarga aku seperti keluarganya sendiri. Kalau abi tengok aku tiada dirumah tu, dia sudah yakin yang aku pasti bermalam di rumah Malaiqa.

"Rindu abi je?" soalku dengan suara yang dibuat-buat seperti mahu menangis.

"Oh, ada lah juga rindu kat Abang Khai. Tak rindu kau pun." Malaiqa menjelirkan lidah mengejek. Aku menjulingkan mata tanda menyampah.

"Eeeiii... Gatal. Aku bagitau dia baru tahu." ugutku seraya mengecilkan mata. Malaiqa memang pernah mengaku yang dia ada crush dekat abang tapi bukanlah crush yang gila-gila tu. Dia cuma cakap yang Khai hensem. Aku sendiri geli mendengar pengakuannya.

"Hahaha... Ye aku rindu juga kat junior kesayangan aku ni." pujuk Malaiqa seraya memelukku. Dia tersenyum sendiri melayankan perangai aku ni. Dia menghulurkan beg kertas yang daripada tadi dipegangnya kepada aku.

“Nah.” ujarnya sambil menggoyangkan beg kertas itu dihadapan mukaku.

“Apa ni?” soalku seraya menyambut huluranya itu. Aku segera melihat isi beg itu. Satu bar besar coklat Cadbury, satu kotak sederhana besar Ferrero Roche, satu botol coklat beryl's dan coklat Kisses. Aku memandangnya teruja.

“Wey, banyaknya. Thank you Iqa!” ucapku dengan teruja. Dia ingat aku ni hantu coklat. Sweet betul kawan aku ni. Malaiqa hanya tersenyum sambil mengangguk.

"Dah, jom" ajak Malaiqa.

"Nak gi mana?" soalku pelik.

"Tak nak jumpa umi ke?" soalanku dibalas dengan soalan dari Malaiqa semula.

"Abi?" soalku lagi.

"Kau ni tiba-tiba blur sangat kenapa? Tiba-tiba abi pula. Sekejap." balas Malaiqa geram seraya mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket hoodie yang dipakainya dengan berhati-hati. Laju dia menggerakkan jari di bahagian contact mencari nama Uncle Hassan. Bila sudah jumpa,terus dia menekan butang call kemudian meletakkan telefonnya ke telinga yang dilitupi tudung bawal berwarna nude. Aku hanya memerhatikan Malaiqa dengan pandangan yang tertunggu-tunggu.

"Assalamualaikum uncle Hassan, ni Malaiqa ni uncle." Malaiqa mula bercakap menerusi telefon setelah menekan butang loud speaker.

"Waalaikumussalam Malaiqa, ada apa ni call uncle ?" suara disebalik telefon sana menjawab.

"Uncle, Malaiqa ada dengan Leesa ni. Boleh tak kalau Leesa balik rumah Malaiqa harini? Esok malam Malaiqa hantar dia balik rumah uncle?" soal Malaiqa dengan sopan. Yalah,takkan nak bawa balik anak orang macam tu je. Eh, tapi aku boleh je call abi sendiri tadi. Kenapa aku jadi blur pula eh?

"Oh ingatkan ada apa tadi. Boleh je. Uncle ada meeting ni pastu kena pergi Terengganu lima hari. Ada hal sikit. Nanti Malaiqa tolong bagitahu dekat dia lah. Ha okey la Malaiqa, uncle nak start meeting dah ni. Kirim salam kat family Malaiqa ngan Leesa. Assalamualaikum." terang suara disana panjang.

"Ok uncle. Terima kasih. Waalaikumussalam." balas Malaiqa lalu menekan butang end call kemudian berpaling kepadaku.

"Dah settle, jom balik rumah aku. Itu pun susah eyy." ajak Malaiqa sekali lagi tangannya laju menjentik dahiku perlahan kemudian membuka langkah keluar dari pintu pagar sekolah selamba. Aku meringis perlahan sebelum membuntutinya dengan bengang.

"Uyyoo... Kereta baruuu." ucapku sebaik sahaja punggung aku selamat menghenyak kusyen kereta itu kemudian menutup pintu kereta.

"Uuuu..." sambung Malaiqa dengan nada mendayu. Dia menghidupkan enjin kereta kemudian keretanya mula melunjur laju meninggalkan perkarangan sekolah.

"Weyh kau dah makan ke belum?" soal Malaiqa sebaik sahaja berada dia jalan raya.

"Hek, baru sekarang nak tanya? Lapar la juga." balasku sinis.

"At least aku tanya. Kau nak makan apa? Umi suruh aku beli barang dapur sikit. Nanti kang boleh suruh dia masak lauk yang kau nak." balas Malaiqa.

"Hmm... Aku tak kisah, aku makan je." jawabku selamba.

"Ha ye lah tu makan je, kang nanti umi masak semua seafood pastu pedas baru tahu. Baik kau cakap nak makan apa." ugut Malaiqa.

"Alah umi tahu lah aku nak makan apa tu. Nanti kau beli je lah ayam ke ikan ke daging ke untuk aku." balasku bosan. Kacau je dia ni, orang nak dengar lagu pun tak senang.

"Eh ni untuk dinner lah kan?" soalku kembali seraya menilik jam tangan di tangan sebelah kirinya. Jam menunjukkan jam 3 petang. Mesti diorang dah lunch tadi.

"Hmm..." jawab Malaiqa yang sedang fokus pada pemanduannya.

"Nanti kang berhenti kat drive thru mekdi jap. Aku nak beli burger. Lepas balik daripada beli barang." pintaku. Walaupun diorang dah makan, aku ni belum makan tau.

"Ye, dah tahu" balas Malaiqa selamba.

"Eh , macam mana kau tahu?" soalku pelik. Dia ni boleh baca fikiran orang ke apa?

"Kan tadi kau cakap kau lapar." jawab Malaiqa.

"Hmm... Okey." balasku lalu mengjongketkan bahu sebelah. Aku sambung menikmati lagu yang terpasang di radio. Manakala Malaiqa tetap menumpukan perhatian pada pemanduan. Sesekali mereka menyanyikan lagu yang dimainkan dengan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience