GD 4: Tomato Face

Drama Completed 6688

"Leesa,tolong aku pergi ambik barang-barang ni kejap. Aku nak pergi ambil lauk ngan sayur. Tau." arah Malaiqa lalu menghulurkan secebis kertas kecil yang tertera beberapa baris perkataan kepada aku yang sedang menolak troli kosong. Aku membaca satu-persatu senarai barangan itu sekilas sebelum mendongakkan muka kearah Malaiqa sebelum turut menyerahkan troli kosong tadi kepadanya.

"Aye, Aye, Sistur." Balasku sebelum membuka langkah kearah deretan rak pelbagai jenis minuman segera. Dari uncang teh hingga lah serbuk kopi 3 in 1. Rambang mata dibuatnya. Aku ni dah lah peminat kopi. Aku membaca semula kertas yang diberi oleh Malaiqa tadi.

1. Uncang teh (boh)
*ambil yg sdrhn bsr je
2. Milo (1 kg)
3. Susu dutch lady pure farm (2 kotak)

Setelah puas membaca senarai barangan itu dan sudah terhafal dah pun barang apa yang perlu aku ambil tadi, aku mula mencari uncang teh seperti yg tertera di kertas tadi. Aku berjalan sepanjang deretan rak itu dan akhirnya aku nampak uncang teh yang sepatutnya. Aku maju setapak ke hadapan menghampiri rak, lantas mengambil teh tersebut. Setelah mengambil teh, aku mengundur satu tapak kebelakang kemudian memusingkan badan sebelum terus bergerak mengambil barang seterusnya. Apa ni? Praktis nak ambil sijil ke apa? Maju satu tapak kehadapan, terima sijil, mundur satu tapak kebelakang, beredar. Namun belum sempat aku memusingkan badan denagan sempurna, terasa ada sesuatu yang menolakku dari belakang dan aku terus hilang keseimbangan dan,

gedebuk! Seraya itu mulut ini laju meluahkan rasa sakit.

"Adoi! Siapa pula tolak aku ni? Sungguh kurang ajar manusia ini tanpa rasa bersalah ya anda." omelku separuh berbisik kerana tidak mahu orang lain dengar segala apa kutukan itu tadi. Ni, kalau ada yang dengar apa aku bebel ni sah-sah berdekah ketawa. Sedangkan aku jatuh terduduk ni pun sudah ada yang mengekek ketawa. Ikutkan hati mahu saja segala mak nenek carutan aku keluarkan daripada mulut aku yang mungil. Namun hasrat itu dimatikan sahaja apabila aku terdengar suara seseorang yang menggumam sesuatu yang tidak jelas butir katanya berdekatan ku.

"Sorry,sorry. I'm really really sorry bell.." ujar lelaki itu dengan penuh serba salah namun ayatnya tidak dihabiskan. Lelaki itu mendiamkan diri sambil memandang ke tempat lain namun masih berdiri dihadapanku. Eh, memang kurang ajar mamat ni. Kau tengah cakap dengan aku kan? Pandanglah muka aku, manusia! Aku segera bangun daripada jatuh terduduk tadi kemudian menyapu kotoran yang berada dia bahagian belakang seluar ku. Lelaki yang berada dihadapanku ini masih lagi diam membatu sambil cuba menyembunyikan mukanya.

Aku sudah bersedia untuk memulakan mukadimah aku ni. Lengan baju aku senseng sehingga ke siku kedua-duanya, kemudian aku mencekak pinggang. Sebaik sahaja aku ingin membuka mulut, mata coklat cair lelaki ini terus menikam mataku sekaligus menampakkan rupa wajahnya. Aku terkedu, perlahan-lahan tangan yang tadinya mencengkak pinggang terjatuh ke sisi. Terus mati niatku hendak memarahi lelaki ini tatkala terlihatkan wajah yang cukup aku kenal ini.

Naufal Khalees?

“I'm sorry..” ucapnya perlahan dengan senyum nipis lalu terus beredar. Tangkai hatiku mula dijentik suatu rasa yang aku sendiri tak faham. Peristiwa itu berputar kembali.

[ Aku meneruskan pencarian mana-mana buku yang menarik untuk aku baca. Aku melalukan ekor mata kearah deretan buku yang tersusun rapi dirak yang diatur membentuk seperti lorong itu. Kemudian aku masuk ke salah satu lorong itu dan melalukan jariku dibuku-buku yang tersusun cantik itu. Jariku terhenti pada sebuah buku yang kulitnya berwarna biru-hitam lalu aku membaca judul buku itu.

"The fault in our stars."

Aku mula membaca sinopsisnya. Macam best buku ni. Aku membelek-belek helaian buku itu sambil berjalan menuju ke arah kaunter peminjaman buku. Tanpa mata beralih sedikit pun daripada perkataan-perkataan yang tertulis itu aku berjalan dengan perlahan. Namun dengan tidak semena-mena bahu kanan ku dilanggar sesuatu yang laju dan mempunyai daya yang kuat lalu menyebabkan genggaman aku pada buku itu longgar dan buku itu pun selamat jatuh ke bumi manakala badan aku terdorong kebelakang kemudian aku tersandar pada rak buku disebelah kiri aku. Aku mengaduh sambil tangan mengusap bahu kanan ku yang terasa sengal. Aku perasan seseorang mengutip buku yang aku pegang tadi kemudian menyerahkannya kepadaku. Aku hanya fokus kepada bahu ku yang sakit itu. Siapa yang langgar aku ni memang kuat betul ya. Laju betul kau lari.

"Err.. I-i'm sorry." dengan teragak-agak lelaki ini memohon maaf. Aku mengangguk perlahan kemudian memandang mukanya. Aku terus terpempam. Muka aku mula terasa seperti membahang. Tolonglah jangan jadi merah wahai muka, tolonglah jangan. Aku teliti wajah lelaki yang sedang tersenyum kepada aku ini sekaligus menampakkan kedua-dua belah lesung pipitnya. Indah betul ciptaan tuhan. Beruntung betul kau Leesa terserempak dengan crush. Kena langgar dengan dia pun jadi lah. Olahragawan sekolah, pelajar cemerlang, selalu dapat nombor satu dalam tingkatan dia, keputusan PT 3 dia tahun lepas pun dia dapat straight A's, budak nasyid, budak debat, paling penting hero sekolah. Macam mana lah semua orang boleh tak minat dia, dia ni serba-serbi boleh. Berotak dan berbakat.

“Kau okey ke? Sakit sangat ke aku terlanggar tadi?” aku tersentak dari lamunan ku tatkala dia memetik jarinya dihadapan muka ku.

“ Ha? ” balasku yang sedikit kebingungan.

“Muka kau macam tengah tahan sakit, kau okey tak?” soalnya kembali dengan polos. Aku berkerut obvious sangat ke? Tapi setahu aku aku tak berkerut pun.

“Kenapa awak cakap macam tu?” soal ku pelik. Bahu aku takde lah sakit sangat pun cuma rasa sengal-sengal sikit je.

“Muka kau merah tadi dah macam buah tomato dah.” balasnya sinis. Eh, dia ni nak kata bodoh, masalahnya budak-budak straight A's. Masalahnya kau ni orang blushing pun kau tak tahu ke?! Muka aku mula terasa membahang semula. Yang kau ni pun satu muka, nak blushing banyak banyak kali pula kenapa?

“Wei, muka kau merah balik.” ujarnya dengan nada yang dibuat-buat cemas. Tak guna. Diam lah, bijak. Dia tergelak kecil. Aku rasakan muka aku semakin panas. Panas dia tu dah mula merebak sampai ke belakang tengkuk wei. Ikan betul Khalees.

“Lek, lek aku gurau je wei. Nah buku kau.” ujarnya setelah berhenti ketawa kemudian menghulurkan semula buku aku tadi. Aku segera mengambil buku itu kemudian menggumam terima kasih.

“So, aku minta maaf lagi sekali ye--” dia merendahkan diri dan mengecilkan mata untuk membaca nama pada nametag aku sebelum menyambung.“--Khalee--”

“Leesa. Just call me Leesa.” aku memotong percakapannya. Dia memandangku sambil mengangguk-angguk kan kepalanya.

“Khalees, Khaleesah. Nak dekat dah tu. Mana tahu ada jodoh ke?” ujarnya yang kedengaran seperti seekor buaya jadian. Geli-geli je dia ni. Oh, tak lupa juga yang dia kenyit matanya dan buat muka gatal. Sepak kang sia-sia je mamat ni. Malangnya badan aku tak bersefahaman dengan aku, jadi pipi aku mula membahang sekali lagi. Tak guna, tak guna, tak guna. Ikan betul. Aku dengar Khalees tergelak kecil.

“Tomato.” sakatnya sambil memandang terus ke muka aku. Aku melarikan mukaku berpaling ke arah lain. Dia panggil aku tomato? Ikan betul.

"Lees! Jom blah." terdengar satu suara yang separuh menjerit memanggil Khalees. Kami berdua berpaling kearah suara itu serentak.

"Oh, aku pergi dulu lah. Bye, see you again Leesa tomato." ujar Khalees dalam tawa sebelum mengenyitkan mata kepadaku lalu menuju kearah kawannya. Aku mula tersenyum-senyum seperti orang gila disitu. Ikan betul kau, Khalees. ]

Aku tersedar dari lamunan apabila terdengar suara yang separuh menjerit memanggilku.

"Woi! Kau nak order apa ni? Sakit tekak nak jerit kat kau ni." marah Malaiqa.

"Ha? Aaa aku nak spicy chicken mcdeluxe satu set. Air tukar ice lemon tea. Tu je." jawabku ringkas. Malaiqa mengulang semula menu yang disebut oleh aku tadi. Setelah urusan membeli itu selesai,Malaiqa menyerahkan bungkusan makanan itu kepadaku lalu segera aku sambut. Aku menggumam terima kasih perlahan kemudian menyedut air yang laju menuruni kerongkong. Terasa sungguh lega dan sejuk. Kemudian aku membuka balutan burger yang dipesan tadi lalu membaham burger itu. Malaiqa hanya membiarkan aku menikmati makanan aku itu dengan tenang. Segala apa yang berada difikiranku tadi aku buang jauh-jauh. Memori 5 tahun yang lalu itu aku cuba lupakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience