GD 9: Khaleesah!

Drama Completed 6688

Rasa sejuk sehingga ke tulang mengejutkan aku dari tidur. Mata aku buka perlahan. Setelah pulih dari rasa pening akibat silau dengan cahaya lampu yang menerangi segenap ruang bilik tidurku aku duduk bersila diatas katil seketika untuk menghilangkan rasa mamai. Jam di dinding aku pandang. Pukul 6 pagi. Masih awal untuk aku menuggu waktu sarapan. Kebiasaannya Mak Jah, iaitu pembantu rumahku akan datang jam 6:30 pagi dan menyediakan sarapan kemudian membuat kerja selama 12 jam dirumah ini.

Aku turun dari katil dan berjalan keluar dari bilik tidurku lalu menuju ke pantri yang berada diantara bilik tidurku dan bilik tidur Khai. Aku mencapai gelas plastik dari dalam kabinet lalu mengisinya dengan air dari penapis air yang ditempatkan disebelah kabinet tadi. Setelah mengambil tempat dikerusi yang bersebelahan dengan sinki aku meneguk air tadi sehingga habis.

"Harini nak buat apa eh? Bosannya, lama betul nak tunggu result upu ni ye. Lepas ni aku duduk seorang saja lah kat rumah besar ni. Abi pergi kerja, Khai dah kahwin nanti mesti duduk dekat rumah dia. Aku? Kalau sambung belajar pun tetap duduk seorang juga kalau aku duduk dekat rumah ni. Ke nak duduk kat hostel? Eh nanti kesian dekat abi pula duduk seorang. Ah, lambat lagi semua tu. Tiga bulan lagi ni kena tunggu result. " aku menongkat dagu dengan kedua belah tangan diatas meja. Setelah aku rasa agak lama aku berkeadaan begitu, aku ambil gelas yang aku guna tadi lalu membilasnya dan menyimpannya semula. Aku masuk semula kedalam bilik tidurku dan menuju kearah meja solek lalu melabuhkan punggung dikerusi yang berada disitu. Aku mencapai telefon pintarku lalu membuka aplikasi WhatsApp.

Khairul tagune??
Online

-Abg sampai sini kul bape

+Abg tak gerak lagi ni,bukan
jauh pun                                 


+ nak solat dulu, lepas subuh
baru otw                                

-okey

Setelah beberapa minit aku membalas, Khai terus matikan telefon. Macam mana aku tahu? Sebab dia tulis dekat situ, last seen at 06:30 am. Aku tengok jam di notification bar yang menunjukkan jam 6:30 pagi. Lama juga aku duduk dekat pantri tadi. Tanpa menunggu lama, aku menuju ke bilik pakaian, ambil tuala mandi dan masuk kedalam bilik mandi yang berada di dalam bilik pakaianku untuk membersihkan diri.

***

Sebaik sahaja kaki aku menjejak di lantai dapur, aku lihat Mak Jah sedang ralit membasuh pinggan. Tiba-tiba satu idea nakal muncul. Macam ada mentol tiba-tiba menyala dekat atas kepala ni. Aku jalan perlahan kearah Mak Jah, apabila sudah berada betul-betul di belakangnya dan...

"Mak Jah!!!" aku menyergahnya sambil menepuk bahunya.

"Oh mama mama Jah Jah!!!" latah Mak Jah. Siap dengan tangan bertepuk-tepuk bagai wey. Aku gelak sekejap-sekejap. Mak Jah dah mula buat muka nak start ceramah aku. Dia urut dadanya akibat terkejut tadi.

"Hish Leesa ni, terkejut Mak Jah. Kalau Mak Jah ada sakit jantung macam mana? Terkena serangan jantung dekat sini juga macam mana? Suka tau buat Mak Jah terkejut." kan dah cakap dia nak start membebel. Aku hanya tersengih kepada Mak Jah lalu mengambil gelas di kabinet dan susu segar di dalam peti sejuk kemudian membawanya ke arah meja tanpa menghiraukan bebelan Mak Jah.

Aku duduk lalu menuang susu perisa strawberi itu ke dalam gelas kemudian meneguknya sehingga tinggal separuh. Baru minum sikit tapi tekak aku dah tak boleh nak bagi kerjasama terhadap susu tu. Kalau bukan sebab abi dengan Khai paksa memang tak lah aku nak habiskan dua gelas susu sehari. Alasan diorang sebab aku ni pendek sangat dengan kurus sangat, bila kurus sangat tak ada tenaga dan lemah. Ceit! Benci susu. Lepas ni kena makan pula, kalau dah minum susu segelas ni macam mana aku nak telan makanan tu? Tak pasal-pasal muntah balik karang.

"....lain kali jangan buat macam tu lagi, kalau jadi apa-apa susah...." huhuhu tak habis lagi. Lama lagi ni, sempat lah juga kalau aku nak scroll ig ni. Tapi nanti apa pula dia cakap kan. Tadah je lah telinga tu Leesa. Kau cari pasal sangat kan? Ha terima lah padahnya.

".....ingat apa Mak Jah cakap tu. Jangan buat orang tak suka kita, kita pun kalau tak suka kat orang tu jangan tunjuk sangat tak suka. Kita ni, nak tak suka tak suka dekat orang lain tu cuba fikir orang lain semua suka kita ke? Ha faham?" akhirnya Mak Jah menutup sesi tazkirah di dapur. Walaupun macam tak ada kaitan tapi kalau aku tanya makin panjang tazkirahnya nanti. Jadi ada baiknya kalau aku hanya mengangguk dan buat-buat faham.

" Faham, Mak Jah." aku pandang Mak Jah lalu mengukir senyum paling manis. Hehe, taktik tak nak bagi orang marah dah.

"Leesa dah makan ke belum ni? Mak Jah ada buat roti bakar untuk Leesa. Pergi la makan kat depan tu. Ke nak makan dekat sini? Mak Jah ambil bawa datang sini eh?" soal Mak Jah.

"Alah Mak Jah, Leesa dah kenyang sebenarnya ni. Tak payah la makan. Mak Jah je lah makan roti tu." rengek aku. Aku bukan apa tapi memang betul perut aku dah tak boleh nak terima makanan ni.

"Aip, tak boleh la macam tu. Susu ni pun tak sampai separuh Leesa minum, nampak sangat menipunya cakap dah kenyang. Makan je lah Leesa. Nanti kalau Leesa sakit, Mak Jah juga yang kena marah sebab tak paksa Leesa makan." Mak Jah dah buka balik cerita yang dia kena marah dengan abi dan Khai la pula. Haish ni lemah ni. Tapi kesian la pula dekat Mak Jah kalau teringat balik masa tu. Aku yang degil tak nak makan lepas tu gastrik. Lepas tu Mak Jah yang kena marah sebab biar je aku tak nak makan. Haish ni serba salah ni. Tapi aku serius tak lapar sekarang ni.

"Makan tau Leesa. Mak Jah nak pergi goreng nasi untuk Khairul kejap." Mak Jah mula melangkah kearah sinki dan hendak mula memasak. Akhirnya aku mengalah juga. Aku bangun, menyimpan susu segar yang berada di dalam botol tadi ke dalam peti ais semula. Susu yang masih banyak tadi diambil untuk dibawa kedepan sekali. Gelas yang berisi susu itu diletakkan ke atas meja makan. Aku duduk di meja makan sambil merenung roti bakar yang berada di atas pinggan betul-betul di depan aku.

"Assalamualaikum..." terdengar satu suara garau dari sudut pintu bilik makan, aku menoleh ke arah punca suara. Setelah mengenal pasti siapakah manusia tersebut, aku menjawab salamnya. Dia menuju ke arah aku kemudian menghulurkan tangannya. Aku menyambut tangannya lalu bersalam dengannya. Kemudian aku meletakkan dagu di atas tangan aku yang ditekapkan ke atas meja lalu kembali merenug roti tadi.

"Oit, kenapa monyok je ni." Khairul memandang aku dan menyoal dengan nada biasa. Mesti dia tak perasan lagi aku belum makan. Huhu. Kalau tak mesti kena bebel lepas tu mesti dia sumbat roti ni dalam mulut aku. Aku diam, tak jawab apa-apa.

"Ni kenapa susu tak habis lagi ni? Roti ni pun tak berusik lagi ni. Kan Mak Jah dah suruh habiskan tadi." Mak Jah datang dari arah dapur bersama dulang yang ada sepinggan nasi goreng dan dua cawan teh hijau. Kepala nya digeleng-gelengkan.

Huh, susu dengan roti ni pun tak habis lagi Mak Jah, nak suruh Leesa minum green tea ni pula. Nasi goreng dan secawan teh hijau diberikan kepada Khai manakala lagi satu cawan teh hijau itu diletakkan sebelah susu aku yang tak habis-habis dari tadi. Khai mengucapkan terima kasih kepada Mak Jah sebelum Mak Jah kembali ke dapur.

"Lah Leesa tak makan lagi. Kenapa tak makan lagi? Dah, makan roti tu cepat. Lepas tu make sure habiskan susu tu." mata Khai memandang aku tajam. Hish, aku ni dah lah lemah kalau dipaksa dengan mata macam tu. Takut tahu tak. Aku ambil sepotong roti di atas pinggan lalu menggigit hujung roti. Aku pandang Khai yang sedang memerhatikan aku makan.

"Abang makan je lah nasi goreng tu. Kenapa tak makan?" aku sengaja nak suruh dia makan dulu. Aku pun tak tahu la kenapa susah sangat aku nak makan ni.

"Abang nak tengok Leesa makan dulu baru abang makan." balas Khai. Alamatnya kebulur lah engko kalau nak tunggu adik kesayangan ni makan dulu. Aku menjulingkan mata.

"Alah, tak payah tengok Leesa makan pun lah. Makan je lah." aku membalas.

"Khaleesah! Makan roti tu cepat. Nanti masuk angin kang." kali ini Khai dah bersuara tegas. Aku malas nak gaduh, jadi aku pun sumbat roti tu dalam mulut aku. Kemudian aku teguk susu tadi sehingga habis senafas je, teh hijau pun. Akhirnya habis dan perut aku penuh gila. Semua sebab Khairul. Abang tagune. Aku berjalan ke ruang tamu dan melepak di depan tv sambil duduk atas sofa empuk ni. Ngantuk wey kenyang sangat ni. Mata dah mulai kuyu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience