GD 25: Mana Kau.

Drama Completed 6688

“Assalamualaikum...” lafaz salam diucapkan seraya pintu rumah dibuka.

“Waalaikumussalam, baru balik Iqa?” Balas Puan Mariam kepada anaknya. Malaiqa segera melabuhkan punggung disebelah ibunya.

“Haah, umi. Banyak benda kena buat ni. Pening kepala.” Balas Malaiqa lagi.

“Pening kepala sebab assignment ke sebab Naufal?” Soal Puan Mariam tanpa berlapik. Berubah air muka Malaiqa tatkala nama lelaki itu meniti dari bibir ibunya.

“Seriously, umi?” Malaiqa membalas dan mencuba mengawal getar suaranya. Tak sangka soalan itu yang bakal keluar dari mulut ibunya.

“Betul lah umi tanya, umi bukan nak perli Iqa ke apa cuma umi rasa Iqa ni dah makin teruk. Masih lagi menangis sebab lelaki tu. Dia dah jadi suami orang pun Iqa macam tak boleh terima.” Balas Puan Mariam penuh prihatin. Malaiqa menghela nafas kuat.

“Entahlah, umi. Iqa penat. Dah malas nak fikir pasal dia. Leesa pula, dah lama tak dengar berita dari dia. Mungkin diorang tengah bahagia sekarang ni.” Malaiqa bersuara lemah.

“Iqa tak cuba contact dia? Tanya khabar dia?” Usul Puan Mariam bersahaja. Malaiqa menggeleng lemah. Mata ditumpukan ke arah televisyen.

“Iqa, umi harap Iqa tak berdendam dengan Leesa. Sebab kita tahu kan sebenarnya Leesa pun tak rancang semua ni jadi? Iqa sendiri tengok dia pengsan masa dapat tahu pasal Aiman. Dia cuma mangsa keadaan.” ujar Puan Mariam lembut. Malaiqa membekukan riak wajahnya.

“Betul. Memang dia mangsa keadaan. Iqa ni pula? Suspek pada apa yang jadi ni? Memang semua simpati kena pergi dekat dia. Iqa ni bukan sesiapa pun. Kalau Iqa tak wujud dalam cerita hidup Leesa mesti semua ni tak jadi kan?” Balas Malaiqa dingin. Puan Mariam terkelu. Adakah dia terlampau memenangkan orang luar sampai perasaan anak sendiri terabai.

“Takpelah umi, Iqa naik dulu. Assalamualaikum.” Ujar Malaiqa keras dan berlalu ke bilik tidurnya.
Usai dia membersihkan diri dia lantas berehat diatas katil.

Ting!

Malaiqa membuka mata dan melihat notifikasi yang masuk.

Naufal Khalees

Iqa
Kau tgh buat apa?

Malaiqa memandang mesej itu pelik. Dah sekian lama kot mamat ni tak wasap aku.

Naufal Khalees

Iqa, ni serius.
Kau sayang aku tak?

Malaiqa menepuk-nepuk pipinya perlahan.

Naufal Khalees

Kau merepek apa ni?

Dah lah, malas aku
layan kau.

Malaiqa cuba untuk tidak membalas mesej itu lagi. Tolonglah aku tak nak jadi perampas. Leesa aku minta maaf.

*

“Khalees..” Aku meraba-raba ruangan katil disebelahku. Kosong. Aku mencapai telefon yang berada dibawah bantal. Mengharap sekiranya dia ada meninggalkan sebarang pesanan.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Tiada sebarang notifikasi dari dia juga. Aku meletakkan telefonku semula lalu turun ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Keadaan rumah yang gelap itu aku biarkan. Normal lah tu rumah gelap pagi-pagi buta ni.

Bukk!!!

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari dapur kedengaran bunyi sesuatu yang berat jatuh. Aku terkaku didepan pintu dapur. Jantung mula mengepam darah dengan lajunya. Aku memberanikan diri untuk menoleh kebelakang.

Zass..

Aku ternampak kelibat yang berlari melepasi aku keluar dari dapur. Aku tersandar ke meja makan. Aku cuba menenangkan perasaan yang mulai cemas. Aku mencapai pisau buah yang berada diatas meja dan berjalan ke ruang tamu.

“Hey baby. Miss me?” Ujar satu suara yang kedengaran serak. Aku terundur ke belakang. Lelaki berhoodie itu perlahan-lahan cuba menghampiriku. Jantungku mula mengepam darah dengan laju serta menyebabkan aku mula menggigil ketakutan.

“Jangan dekat! Kalau tak aku bunuh kau!” Aku mengacukan pisau tadi kearah lelaki itu. Dia tersenyum sinis disebalik hoodie yang hampir menutup mukanya.

“Relakslah. Aku datang sini secara aman kot. No need to shout. I'm not deaf.” Ujar lelaki itu kemudian duduk diatas sofa. Aku berjalan menghampirinya sambil pisau masih diacu kearahnya.

“Kau nak apa sebenarnya, Chriss?” Soalku keras. Dia tersengih dan bangkit dari duduk dan berjalan ke arah belakangku.

“Aku nak kau—” Bisik Chriss ke telingaku sambil memegang kepalaku. Aku sekali lagi terkaku. Fikiranku mula berfikir perkara yang bukan-bukan bakal berlaku.

“–mati!” Seiring itu rambut aku direntap olehnya.

“Argghhh!” Aku menjerit dengan kuat. Aku memegang tangannya yang masih menarik-narik rambutku. Khalees mana kau ni? Kenapa sekarang ni kau nak hilang. Aku mula merembeskan air mata kerana takut.

“Get up, bitch!” Jerit Chriss dengan bengis kepadaku sambil tangan menarik lagi rambutku supaya aku berdiri.

“Lepas lah! Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku sampai kau buat aku macam ni?” Soalku dengan suara yang tersekat-sekat kerana menangis.

“Sebab kau orang pertama yang reject aku. Sebelum ni takde siapa pun yang berani say no kat aku. Kau fikir kau siapa?!” Balas Chriss dengan penuh geram. Air mata ku semakin kuat mengalir mengenangkan nasib aku. Kenapa aku yang perlu berhadapan dengan psychopath ni?

“Psycho! Just die and go to hell bastard!” Aku meludah mukanya. Dia mengesat air liur aku dan memandangku tajam.

“Don't you dare to spit on me again, bitch!” Jerkahnya sebelum penamparnya hinggap ke pipiku. Aku terteleng ke kanan. Air mata semakin mengalir laju. Aku terasa pipiku berpinar kesan menerima tamparan itu.

“If you want me go to hell, then you must wait for me there.” Bisiknya dengan perlahan dan mengheret ku naik ke tingkat atas. Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tangan kiriku masih setia menggenggam pisau tadi kemas. Aku meronta sekuat hati dan melepaskan rambutku yang berada didalam genggaman Chriss. Aku menoreh pisau tadi ketangannya dan berlari ke arah bilik tidur ku.

“Hish!” Dia mendengus marah.
Aku segera masuk dan mengunci pintu bilik.

“Leesa! Kau takkan boleh lari dari aku!” Jerit Chriss dari luar sambil menendang pintu bilik. Aku berlari kearah katil dan segera mendapatkan telefonku. Aku mendail nombor telefon Khalees.

“–this is a mail box for the number–”

Khalees kenapa kau tak nak angkat call masa macam ni? Tolonglah aku.

Bunyi pintu dihentak masih tidak berhenti. Aku memandang pintu bilik dengan debaran.

“Angkat lah call !” Aku menjerit kepada telefon.

“The number that you called can't be reached now. Please wait and try again later.”

Bumm!!

Chriss yang berjaya memecahkan pintu itu tersenyum puas. Aku segera berlari dan menyorok didalam tandas.

“Leesa.. mana kau menyorok ha? Baik kau keluar sebelum aku yang jumpa kau.” Ujar Chriss dengan nada yang menyeramkan.

Ringg!!! Ringg!!!

Deringan telefon bergema didalam tandas. Aku segera menjawab panggilan itu.

“Oh. Aku dah jumpa kau..” Chriss menyeringai.

“Khalees kau kena tolong aku! Balik rumah sekarang, Chriss datang kacau aku lagi. Aku takut. Tsk.. tsk.. tolonglah aku.” Ujarku sebaik sahaja panggilan itu disambungkan.

“Leesa? Ni abang. Kenapa ni?” Jawab pemanggil dari sana.

“Abang, abang kena tolong Leesa. Ada orang nak bunuh Leesa. Tsk.. tsk.. datang rumah sekarang!! tsk.. tsk..” Jawab ku resah diselangi dengan esak tangis. Pintu tandas ini dibuka dengan senang oleh Chriss. Aku terundur ke belakang.

“Finally, found you baby.” Ujar Chriss sambil tersengih.

“Back off!” Ujar ku sambil mengacukan pisau kearah Chriss. Mengacah untuk menikamnya. Chriss tergelak penuh sarkastik.

“Kau nak buat apa ni? Want to stab me with that knife? Oh, takutnya..” Balas Chriss sinis. Dia tergelak lagi sebelum cuba merampas pisau dari tangan aku. Aku menggenggam pisau itu kuat dan mengelakkannya dari terkena aku.

“I said, back off!!!” Jeritku sekaligus menyebabkan aku bergelut dengan Chriss. Chriss cuba merampas pisau itu daripada genggaman aku. Aku menolak tangannya yang menggengam pemegang pisau itu kearah perutnya. Tiba-tiba Chriss terpaku.

“Shit.” Hanya itu yang keluar dari mulut Chriss. Aku berundur ke belakang dan melihat ke arah pisau yang sudah pun terbenam di perut Chriss. Aku terkelu melihat keadaan Chriss yang berlumuran darah.

‘Apa aku dah buat ni?’ Aku bersuara didalam hati. Aku melihat kedua belah tanganku yang sudah berlumuran dengan darah Chriss.

“Are you feeling happy now, bitch?! Enjoy seeing me die, huh?! Anything for you, baby.” Ujar Chriss tersekat-sekat dengan tenaga yang berbaki sebelum tersengih seperti orang gila. Aku terduduk lalu tersandar ke pintu tandas.

Melihat Chriss yang sedang diragut nyawa oleh malaikat maut. Senyum dan tawanya masih tidak lekang sehingga ke hembusan yang terakhir.

Lelaki ini—

psiko!

“Bye...”

Bunyi siren polis bergema diudara. Aku memeluk lututku lalu menangis semahunya. Seluruh tubuhku menggigil kuat.

“Leesa!” Aku tak menghiraukan suara yang memanggilku kini. Pandangan aku mulai kabur dek air mata yang bertakung di tubir mata.

“Ya Allah, Leesa! Apa dah jadi ni?” Khai segera mendapatkanku yang sedang menggigil. Suaranya jelas kedengaran kaget dengan apa yang di saksikannya. Dia membelek-belek muka dan tanganku yang terkena darah Chriss.

“Leesa tak buat. Leesa tak bunuh dia. Dia yang nak bunuh Leesa. Leesa tak salah.” Aku menangis lagi. Khai menarikku kedalam pelukannya. Dia mengusap kepalaku.

“Abang, tsk.. tsk.. Leesa tak bunuh dia. Tsk.. tsk..” ucapku berulang kali diselangi dengan tangis yang menggila.

“Tak, tak. Leesa tak buat semua tu. Abang percaya Leesa ok. Shh..” pujuk Khai sambil mengusapku. Aku menyandarkan kepala kedadanya. Tindakannya sedikit sebanyak menenangkan aku. Namun aku lebih mengharapkan orang lain yang datang memujukku.

Tetapi dia–

hilang.

Naufal Khalees, mana kau? Kau kata takkan tinggalkan aku. Kenapa kau hilang sama seperti abang kau? Masa aku perlukan kau bersama aku, tapi kau tak ada. Aku tunggu kau. Aku tunggu suami aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience