GD 7: Gila

Drama Completed 6688

Rambut yang panjang hanya melepasi telinga aku ini aku sisir kemas di depan cermin meja solek. Dikenakan pula dengan seluar jeans berwarna hitam dan blouse berwarna biru langit tetap menampakkan kefemininan. Rantai pemberian arwah mama elok tergantung pada leher ku. Aku mengambil segala barang-barang yang aku rasakan penting dan dimasukkan ke dalam mini backpack jenama Tillys yang berwarna biru ini. Kenapa banyak sangat warna biru ni? Dah aku suka warna biru, biarlah. Bak kata Ismail Izzani, ‘ku nak ni, ku nak tu, eh suka hati aku’. Eh bila masa dia cakap macam tu? Ha kalau tak percaya cari lah lagu dia dengan yonnyboii tu, tajuk dia Aku. Aku ini aku, aku tahu~ Eh, dah menyanyi pula kita. Dah lambat pun menyempat lagi.

Aku cepat-cepat melangkah keluar dari bilik. Suara yang dari tadi memekik terlolong memanggil nama aku yang cukup indah ni sekali lagi melaung kuat. Hampir bergegar rumah teres dua tingkat ini.

"Leesa! Kha!Lee!!!Saahhh!!!!! Cepat lah weyh!" laung Malaiqa dari tingkat bawah sebelah pintu utama rumah itu.

"Leesa tu tak pekak lagi Iqa. Dia dengar lah tu. Tak payah lah nak terpekik terlolong panggil dia. Tak senonoh betul anak dara menjerit macam orang gila macam tu." ujar umi kepada anaknya yang sedari tadi tidak berhenti menjerit. Ha kan kena setepek. Aku yang sudah pun tinggal beberapa anak tangga lagi untuk sampai ke tingkat bawah tergelak mengejek.

"Dah dia tu lambat sangat lah umi, daripada tadi lagi Iqa suruh cepat. Daripada tadi juga duk ya, ya, kejap, nak tu, nak ni, 5 minit, 10 minit." mulutnya dicebik ketika mengajuk apa yang aku cakap. Amboi, amboi.

"Ha ajuk orang!" Aku menyergah Iqa yang sedang membelakangkan aku berdiri menghadap pintu rumah itu seraya menuju ke rak kasut mencari kasut sneakers aku yang berwarna biru. Biru lagi.

"Sabar itu sebahagian daripada iman. Tak ingat eh? Tu lah kau, orang suruh fokus masa ustazah mengajar tapi kau pergi tidur sampai habis masa." Aku membidas sinis sambil sibuk mengikat tali kasut. Malaiqa membuat muka bosan.

"Yang tidur tu kau. Aku sentiasa fokus tau kat dalam kelas. Yang kau tu, tak ingat ke tepati masa tu sifat yang terpuji?" balas Malaiqa pula ingin mencetuskan perang lidah. Dia kemudian membetulkan tudung bawal berwarna pink yang dipakainya supaya kelihatan kemas. Habis selekeh tudungnya angkara menjerit nama aku dengan sungguh tak senonoh pakej dengan sifat yang terkeji.

"Kitaorang pergi dulu tau umi. Nanti Iqa balik sebelum Maghrib tau." ujar Malaiqa lalu menghulurkan tangan kepada umi untuk bersalam. Aku turut bersalam sebelum mengikut langkah Malaiqa ke arah kereta.

"Hati-hati bawa kereta tu, jangan balik lambat sangat." ujar umi kemudian menghantar pemergian kami dengan ekor mata sebelum melangkah masuk kedalam rumah semula.

***

"Eeeyy... Aku geram je tau orang kat belakang aku tu. Duk sepak-sepak seat aku. Hak alah, aku sepak pula kang." luah Malaiqa setelah keluar daripada panggung wayang.

"Tu lah, pastu kan orang sebelah aku ni pula kan, ha belakang almari tu, atas bumbung, jangan pandang belakang, acah sweet je mamat ni, sah pembunuh ni. Ey eh, banyak pula komen kau ye cik abang oi." luah aku pula sambil sedaya upaya mengajuk cara brother yang sungguh ignorant semasa didalam panggung tadi. Common sense mana, brader? Aku dan Iqa tergelak sendiri selepas puas membahan orang-orang di dalam panggung tadi.

"Eh kita nak pergi mana lepas ni?" soal Malaiqa

"Jom pergi kedai buku jom. Aku nak cari novel baru lah."ujar aku seraya berjalan menuju ke arah kedai buku disitu. Apa ingat aku macam ni tak suka membaca ke?

Sebaik sahaja melangkah masuk ke kedai buku, aku terus menapak kearah rak-rak buku yang bergenre romantik. Seterusnya pula kearah buku-buku yang bergenre misteri. Rambang mata. Bahagia je rasa bila masuk Popular ni. Aku tersengih-sengih sendiri sambil membaca sinopsis-sinopsis yang berada di belakang buku yang aku pilih.

***

Setelah hampir setengah jam berperang dengan diri sendiri untuk memilih buku, akhirnya aku berjaya juga beli dua buah novel. Satu bergenre misteri manakala satu lagi bergenre cinta. Lengkap. Setelah beberapa langkah keluar dari kedai buku tadi aku teringat akan sesuatu. Macam ada benda yang aku terlupa. Aku periksa beg plastik yang berisi buku tadi. Ok, dua-dua ada. Dua-dua memang buku yang aku dah pilih tadi. Aku diam untuk berfikir sebentar.

Pap!

Aku menepuk dahi sendiri apabila teringatkan yang aku datang sini dengan Iqa.

"Eh, Iqa! Mana pula dia pergi?" Kali ni aku menepuk dahi aku sedikit perlahan. Aduh. Leka sangat kau ni Leeds sampai terlupa pasal Iqa.

Aku segera menyeluk poket seluar jeans lalu mengeluarkan telefon bimbit dengan tangan kanan manakala tangan kiri memegang beg plastik yang mengandungi buku yang dibeli tadi. Aku mencari nama Malaiqa di senarai contact. Setelah jumpa, jari pantas menekan butang call.

tutt.. tutt..
tutt.. tutt..

"Hello?"

"Weyh, kau mana dowh?"

"Oh, aku pergi toilet kejap, aku dah wasap kau lah."

"Hak alah perempuan ni, boleh je kau nak datang kat aku pastu cakap yang kau nak pergi toilet kan? Nak wasap wasap bagai. Aku fikir dah ada orang ambil organ kau jual kat Thailand dah tadi."

"E eh budak ni, mulut kau boleh tahan kurang ajar juga eh? Dah kau tu yang khusyuk sangat pilih novel sampai aku dah panggil pun kau balas hmm je. Berkerut-kerut muka macam nenek tua. Aku wasap je lah."

"Apa-apa lah. Sekarang ni kau kat mana?"

"Aku rasa aku dah wasap kat kau nak jumpa kat mana, kau check lah wasap tu. Halamak budak ni. Bermisai dah aku tunggu ni. Ada rupa wak doyok dah aku rasa."

"Sakai lah. Ha ye lah, nanti aku tengok wasap kau tu. Alang-alang dah bermisai tu, kau tunggu je lah aku sampai berjanggut pula. Ok,bye."

Setelah talian diputuskan aku membuka pula aplikasi WhatsApps seperti yang diarah oleh Iqa tadi lalu membuka chat daripadanya itu.

Malaiqa mok ??

+woi,aku gi toilet au
+nanti jumpa kat foodcourt au

Setelah membaca mesej itu, aku membalas mesej Malaiqa. Apa dia fikir foodcourt tu kecil ke? Besar tahu tak. Bukannya ada satu kedai makan je kat situ.

-foodcourt tu kat area mana bijak
-yang lepak foodcourt tu buat apa
-org pegi la domino's ke mcd ke sng
lah sikit nak cari,halamak ??????

Malaiqa is typing...

+adumak dia ni mengada ah
+masalah skrg kau dh sampai ke belum
+kalau dah,kau tetap akan nampak aku yg jelita ni

-eeuww
-mmg la belum tapi
aku dah boleh agak
yg aku tak jumpa kau

+ah gedik ah kau,dtg je la sini dulu
+dah blah ah kau
+aku nk menikmati maknn ni, jgn kacau

"Hish dia ni, memang kejap lagi aku luku kepala dia ni." gumamku perlahan sambil jalan menuju ke arah foodcourt. Entah ceruk mana lah minah ni duduk. Telefon bimbitku tadi disimpan semula kedalam poket seluar. Namun, belum sempat satu minit pun fokus berjalan, telefon bimbit aku sekali lagi berdering minta diangkat. Aku berhenti seketika untuk mengeluarkan telefon dari poket seluar kemudian menjawab panggilan itu. Aku lihat sekilas pemanggilnya. Khai. Laju aku swipe butang hijau tu supaya panggilan itu berangkat.

"Hello Khai?" sebaik sahaja aku bersuara, aku terasa seperti ada sesuatu yang merempuh bahu kiriku dan menyebabkan aku hilang keseimbangan dan terjelopok jatuh. Aduh, aku mengaduh sakit sebaik sahaja jatuh terduduk ke lantai. Siapa pula lah yang langgar aku ni? Telefon di tangan yang hampir terlepas tadi nasib baiklah aku sempat genggam dengan kuat dan tidak terjatuh ke lantai juga.

"Hish, tak reti nak jalan betul-betul ke? Yang pergi berhenti tak tentu pasal tu kenapa?" marah lelaki yang telah melanggarnya tadi. Macam akan aku tahu dia yang langgar? Boleh baca semula lah dia cakap apa tu, nampak sangat lah dia yang langgar aku. Suara lelaki itu tidak terlalu kuat namun cukup untuk membuatkan semua orang yang berada hampir dengan kami dengar. Ada lah dalam 4 ke 5 orang yang dengar tapi diorang buat tak tahu je. Disebabkan aku dah terlalu geram dengan manusia yang tiba-tiba langgar aku ni, aku pun bangun secara mendadak dan menyebabkan aku berdiri betul-betul dihadapan lelaki itu. Hampir sahaja aku terjatuh sekali lagi namun aku cepat mengawal keseimbangan badan supaya berdiri dengan baik. Tanpa menunggu lama, setelah stabil kedudukan aku, aku terus menjerkah lelaki tadi tanpa melihat mukanya yang aku tak berapa nampak sebab terlindung oleh topi.

"Amboi, dia yang langgar orang, tak minta maaf pula tu lepas tu sekarang ni nak marah orang tak tentu pasal ni kenapa?!" jari telunjuknya ditunjukkan ke muka lelaki itu. Akibat daripada jerkahan aku itu, lelaki tadi terundur sedikit kebelakang dan topi yang tadi menutup separuh mukanya terjatuh kebawah.

Melihatkan itu, aku mengambil kesempatan untuk melihat siapa lelaki itu.

Sekali lagi, perasaannya mula bercampur baur tatkala melihat wajah lelaki itu. Rindu, terkejut, teruja, sedih, kecewa, sakit, semuanya terasa pada masa yang sama. Riak wajahku berubah saat otak mengesan siapa lelaki didepannya sekarang ini.

"Eh, kau tu tengah jalan elok-elok lepas tu berhenti mengejut tu kenapa?" balas Khalees sambil memakai semula topinya yang terjatuh tadi. Ya, lelaki itu ialah Naufal Khalees. Aku segera mengawal riak wajahku kepada riak selamba apabila menyedari Khalees dah melihat aku macam nak makan aku. Ish lelaki ni lah.

"Kenapa orang lain elok je jalan, tak langgar aku pun? Kau je yang sengaja langgar aku lepas tu tak nak minta maaf. Dah lah buat salah, siap marah orang pula." Aku membalas dengan nada monotone.

"Memang lah, orang lain tak jalan belakang kau sebab aku yang jalan belakang kau. Diorang tak terlanggar lah kau. Aduh." Khalees menepuk dahi.

"Ha dah tu kenapa jalan belakang aku? Takde lah kau langgar aku kalau tak jalan belakang aku tadi.Mall ni punya lah luas kau nak juga jalan belakang aku tu siapa suruh?" Balasku sambil mata dijulingkan menyampah. Khalees terdiam seketika sebelum dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Ah, apa-apa je lah. Sekarang ni aku nak kau minta maaf dengan aku cepat. Lepastu semua benda settle." hanya itu yang dibalas oleh Khalees sebelum dia memeluk tubuh dan memandang aku dengan mata yang tajam. Apa masalah mamat ni? Dah kenapa jadi bodoh sangat ni. Yang langgar aku, dia. Yang kena langgar dengan dia, aku. Aku menayangkan muka tak puas hati.

"Sekarang ni kau yang langgar aku tau, kenapa aku pula yang kena minta maaf dengan kau?" Aku memprotes. Khalees masih diam tanpa bicara namun hanya memandang aku dengan muka 'aku-tengah-tunggu-pohonan-maaf-dari-kau'.

"Ah, mampus kau lah nak suruh apa pun. Gila. " ujarku kemudian melangkah meninggalkan Khalees sebelum telefon bimbit aku yang aku genggam sedari tadi diletakkan semula ditelinga kanan dan mula bercakap dengan Khai semula.


__________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience