"Assalamualaikum umi..." ucapku sebaik sahaja kakiku melangkah masuk kedalam rumah. Aku berdiri di balik pintu sambil tanganku menahan pintu kemudian memandang Malaiqa. Malaiqa yang sedang bercakap di dalam telefonya itu memberi isyarat kepadaku supaya masuk saja dulu. Aku terus berjalan ke arah dapur dan meninggalkannya diluar. Wah, rindunya rumah kedua aku ni. Dengan plastik barangan yang masih tergantung pada siku, aku mendekati Puan Mariam ataupun aku panggil umi yang sedang membancuh air di dapur. Setelah meletakkan barangan tadi keatas meja aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Umi.
"Waalaikumussalam, eh Leesa dah lama tak balik sini." Umi berhenti mengacau bancuhan air kemudian menyambut huluran tanganku. Aku mencium tangan tua itu seperti dia ialah ibuku sendiri.
"Hehe, Leesa sibuk study untuk SPM sebelum ni. Lepas SPM tu pula asyik tak ada masa je nak singgah rumah umi, lagipun Iqa bukannya ada kat rumah pun kan." Balasku mesra seraya melabuhkan punggung dikerusi. Umi hanya mengangguk setuju sambil menuangkan air oren yang siap dibancuh tadi kedalam gelas lalu memberikannya kepada aku. Aku tersenyum kepadanya tanda terima kasih lalu meneguk air itu.
"Ha cakap pasal Iqa, mana dia? Dia balik dengan Leesa kan?" soal umi sambil menjengah-jengahkan kepala kearah pintu mencari kelibat anak daranya itu. Mana tidaknya, dah aku seorang sahaja yang masuk tadi.
"Oh, tadi dia suruh Leesa masuk dulu sebab dia tengah on the phone dengan siapa entah. Boyfriend lah tu kot." aku menjawab dengan sengih panjang dan menampakkan baris gigiku yang tersusun cantik. Hek, puji diri sendiri kau ye Leesa.
"Ada boyfriend rupanya anak dara umi tu." jawab umi dengan nada berseloroh seraya melabuhkan punggung didepanku.
"Uish, dah kalau lawa macam umi mestilah ada orang suka." pujian ku langsung menyebabkan umi tertawa. Aku turut tertawa sama. Bukan apa, comel betul tengok umi ketawa macam tu. Dah macam kartun dah aku tengok.
"Wah, galak ketawa dua orang ni. Apa yang lawak sangat tu." sapa Malaiqa dari pintu dapur kemudian berjalan masuk menuju kearah kami lalu mengambil tempat duduk disebelah kanan aku.
"Dah habis dah borak dengan pakwe cik kak?" seloroh aku dengan tawa yang masih bersisa.
"Mana ada pakwe la." balas Malaiqa kemudian menghadiahkan satu tamparan di lengan kiriku. Aku tidak mengendahkan tamparannya itu namun hanya terus meletuskan tawa. Sengaja nak buat dia sakit hati. Umi hanya tersenyum melihatkan gelagat kami.
"Oh ada pakwe tak bagitahu umi eh." Kini umi pula yang menyakat anak perempuannya itu.
"Ish... Mana ada Iqa ada pakwe la umi. Si Leesa ni je memandai buat cerita." balas Malaiqa lalu menjeling ke arah aku yang sedang membasahkan tekak. Dahaga tau gelakkan si Iqa ni. Dia mula memandang aku seperti dia ingin gigit aku sekarang juga. Aku hanya menayangkan muka toya.
"Eleh takde pakwe konon. Khalees tu siapa?" balas aku sebelum sekali lagi meneguk air oren.
"Khalees tu boy jarak friend, kawan lelaki. Itu sahaja." balas Malaiqa lalu mengukir senyum penuh makna. Aku menjulingkan kedua biji mataku dengan penuh rasa menyampah. Euw, geli geli je pakai term boy friend ni.
"Kawan tapi tiap masa nak otp. Pigi daa..." balasku setepek. Suka nak acah-acah cover padahal semua orang dah tahu dah pasal dia dengan Khalees tu suka sama suka.
"Umi tak kisah pun Iqa nak bercinta ni tapi jangan sampai buat benda yang langgar syariat agama kita. Nanti kenalkan lah dia dengan umi. Umi nak lah juga tengok bakal menantu umi tu handsome ke idok." Ujar umi dengan bersungguh. Aku hanya tersenyum janggal. Sesuatunya bila umi cakap macam ni. Rasa... sakit?
"Ya, Iqa tahu. Lagipun kitaorang baru nak kenal kenal je umi. Iqa tak tahu pun dia suka Iqa ke tak sebenarnya. Tiba-tiba nanti dapat kad, walimatulurus Khalees love Khaleesah." Balas Malaiqa sekaligus membuatkan aku sedikit terkejut mendengar gurauannya itu. Tiba-tiba rasa macam dilanda ribut dengan kilat yang sabung-menyabung dibelakang aku.
"Eh, kenapa aku pula?" Aku segera memprotes. Haish, tu lah kau Leesa. Kan tak pasal-pasal dah kena dekat kau balik. Iqa ni pun satu, dah orang tu suka kau tu dah lah. Tak payah lah nak gurau gurau benda macam ni. Sakit tahu tak, sakit.
"Sebab nama korang nak dekat sama. Mungkin ada jodoh tu." Malaiqa menggosok dagu membuat gaya seperti berfikir sebelum ketawanya pecah. Aku diam seketika memberi ruang untuk dia menghabiskan tawanya dan ruang untuk aku bertenang dan kawal diri aku yang dah rasa macam nak lanyak lanyak je si Iqa ni. Karang aku betul-betul kahwin dengan boyfriend kau tu tahu lah kau menyesal gurau macam ni.
"Eh takdenye, dia bercinta dengan kau nak ada jodoh dengan aku kenapa pula? Merepek je kau ni. Kan umi kan?" Balasku dengan nada yang dibuat-buat ceria. Tipu lah kalau aku tak terasa dengan gurauan dia tu.
Aku pun sukakan Khalees juga. Iqa pun tahu benda tu. Tapi masa aku bagitahu tentang perasaan aku tu dekat Iqa, aku cuma beritahu yang aku pernah suka Khalees dan aku dah move on dah. Aku beritahu dia masa tu pun sebab aku dapat tahu yang dia dengan Khalees sebenarnya suka antara satu sama lain. Tak nak nanti kalau dia dapat tahu pasal ni bukan daripada mulut aku akan jadi benda bukan-bukan pula. Sebab, ‘friendship over relationship’. Ah, lupakan je lah. Lagi pun masa tu kitaorang tak matang lagi.
"Ha, betul lah tu. Kalau melayan kamu berdua ni memang tak siap lah kerja umi ni. Sudah, sudah kamu berdua pergi lah naik buat apa yang patut. Pergi mandi ke apa dulu. Nanti malam kita makan sama-sama." Putus umi seraya mengangkat punggung dan mula bergerak ke arah sinki bagi menyiapkan kerjanya yang tergendala dek berbual dengan aku tadi. Aku dan Malaiqa hanya menurut lalu mula beredar ke bilik Malaiqa. Malaiqa mendahului langkah ke biliknya kemudian meletakkan beg silangnya ke atas meja solek. Aku tanpa berlengah terus bergerak ke arah katil dan tanpa segan silu menghempaskan tubuh ke atas katil itu.
“Iqa, nanti kau dah siap mandi kau kejut aku tau. Aku nak tidur kejap.” ujarku dengan mata yang tertutup sambil berbaring dengan mendepangkan dada diatas katil bersaiz Queen itu. Relaks okey, Leesa. Dia gurau je tadi tu, kau kan dah tak kisah pasal mamat sewel tu. Aku bermonolog sendiri.
“Okey, nanti aku kejut kau. Tapi kalau kau nak cepat kau pergi je lah mandi kat bilik Malina. Dia takde, dia keluar dengan kawan dia tu.” balas Iqa yang sedang sibuk membuka pin daripada tudungnya. Aku hanya mengangguk sambil mata masih terpejam. Tak kisah lah dia nampak ke tak, aku mengantuk ni. Lepas je baring atas katil ni rasa mengantuk lain macam.
[ “Kau ni memang tak tahu malu eh? Kau fikir aku suka kau ke dowh?” aku yang sedang duduk berborak bersama kawan-kawan aku di pondok ini tersentak. Mana tak nya, tengah elok bergosip ni tiba-tiba kena tengking dengan—
“Khalees?” aku memandang wajah lelaki yang sedang marah itu dengan muka yang sungguh keliru.
“Kau ni asal desperate sangat, hah?!” dia sekali lagi meninggikan suaranya ke arah aku. Kawannya yang turut berada di sebelahnya segera menahan dirinya daripada mendekatiku. Aku dengan spontannya berundur ke belakang dan terlanggar bangku yang berada di belakang aku. Aku segera mengimbangkan diri. Mujur tak jatuh disaat-saat genting ni.
Dengan berkerut aku memandang Khalees meminta penjelasan daripadanya namun dia nampaknya terlalu bengang dengan aku sampaikan aku boleh nampak mata dia berapi-api pandang aku. Uish, seram mak. Eh, apa kau ni Leesa. Masa-masa macam ni pun boleh buat lawak lagi.
“Awak cakap apa ni?” soalku sedaya upaya mengawal gaya percakapanku agar tidak kedengaran biadap mengenangkan yang dia ni lagi tua daripada aku. Ha, aku ni memang dibesarkan macam ni. Tak kira lah dia siapa pun kalau dia lagi tua daripada aku, aku kena bercakap dengan sopan dengan dia. See, siapa cakap Leesa ni tak ada sivik tu sila ke kubur.
“Eeyyy lah perempuan ni. Aku lempang juga kang.” balas Khalees dengan bengang. Eh eh, kau dah kenapa nak lempang-lempang aku suka hati. Hari ini aku baru sedar yang dia sebenarnya seorang yang panas baran. Kawan Khalees yang aku agak nama dia Hakim tu segera memaut bahu Khalees.
“Tak, tak. Sekarang ni apa kes ni tiba-tiba je kau datang sini tengking kawan aku lepastu siap ugut nak lempang dia pula ni? ” soal Fatiha dengan muka bengis. Dia bergerak ke hadapan aku lalu membiarkan aku berdiri disebalik tubuhnya yang tidak lah tinggi mana itu. Eh, sempat mengutuk pula aku ni. Aku hanya diam menunggu penjelasan daripada mulut Khalees mahupun Hakim.
“Cikgu Aminah buang nama Khalees daripada list budak debat.” Hakim bersuara mewakili Khalees yang hanya kelihatan cemberut itu. Cikgu Aminah, cikgu disiplin yang sangat strict. Dia takkan suka suka buang peserta dia melainkan kalau budak tu ada buat masalah disiplin. Jadi, apa kaitannya mamat ni nak serang aku bagai?
“Ha, lepastu apa masalahnya?” Fahira bersuara sinis dengan tangannya disilangkan ke dada.
“Masalah dia sekarang ni, cikgu buang aku sebab kau pergi buat gila mengaku dekat cikgu yang aku dengan kau couple. Kalau kau nak attention aku pun perlu ke nak buat sampai macam ni? Desperate!” marah Khalees sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke arah aku seolah dia sedang menunjal kepala aku kuat. Aku terkaku. Air mataku mula bergenang di tubir mata. Satu, aku malu yang dia dah tahu tentang perasaan aku pada dia. Dua, dia kata aku ni terdesak nakkan perhatian dia. Aku menyeka air mata kasar.
“Saya tak faham apa benda yang awak bagitahu ni, tapi daripada mana awak dengar benda merepek ni, ha?” Aku menyoalnya seraya melangkah menghampiri dia. Aku dah tak kisah dia nak pukul aku ke apa. Yang penting dari mana punca benda ni.
“Eh, kau tak payah nak acah acah suci sangat lah. Ada budak nampak kau jumpa cikgu lepastu tiba-tiba menggedik bagitahu cikgu yang kita couple. Kau nak apa sebenarnya? Kau jealous aku suka Iqa bukan kau? So, kau nak attention aku. Well, you know what? You had it, you had my attention now! Perempuan murah!”
Pap! Dan ya. Aku yang tampar dia sampai muka dia terteleng ke kiri.
“Kau jangan nak biadap sangat eh.” ujarku separuh berbisik dengan suara yang cukup dingin. Automatik hilang saya-awak yang selalunya aku gunakan. Dan aku tahu ketika ini air mata aku sudah mula mengalir turun daripada tubirku perlahan. Aku membekukan mukaku agar tidak kelihatan yang aku sedang menahan tangisku daripada menggila.
“Aku tak bodoh lah! Kau fikir kalau aku betul-betul buat benda ni nama kau seorang je ke yang terjejas, hah?! Lagi satu, kau jangan nak kaitkan Iqa dalam hal ni. Aku bukan jenis kawan yang tikam belakang!” sambungku lagi dengan nada suara yang sudah memetir kerana tidak dapat dikawal lagi.
“You know what? Satu-satunya benda bodoh yang aku buat was had a crush on you. Kau cakap aku murah, huh? You're churl maledog.” ujarku dingin kemudian menghadiahkan satu lagi tamparan kepada lelaki itu dan terus berlalu dari situ. Fahira dan Atira yang memanggilku aku pandang sekilas. Automatik aku terpandang ke arah Badrisya dan Fatiha yang seperti sedang bercakap sesuatu kepada Khalees yang sudah pun terduduk di atas bangku sambil menunduk. Kaki ini aku lajukan langkah menuju ke arah tandas. Kemana lagi tempat yang sesuai untuk aku meluahkan segala rasa yang terbuku dalam dada ni. Aku menangis semahunya.]
Aku tersentak dari tidur sebaik sahaja merasakan diriku disentuh seseorang.
“Leesa, bangun. Pergi mandi lepastu solat dah masuk asar dah ni.” ujar Malaiqa yang baru sahaja ingin melucutkan telekung yang dipakainya. Aku bangun lalu duduk bersila di atas katil. Aku meraup mukaku. Basah.
Aku mimpi sampai betul-betul menangis ke? Aku segera menepis segala rasa yang pelik ini dan berlalu ke kamar mandi.
Share this novel