GD 15: Cari Bakal Isteri Aku Ni Lah...

Drama Completed 6688

Hari yang ditunggu tunggu ni tiba juga akhirnya. Sekejap lagi bakal bermulanya majlis resepsi abang dan Kak Naufa setelah mereka selamat bergelar suami isteri pada pagi tadi. Tinggal lagi setengah jam sebelum majlis bermula.

Aku sudah siap mengenakan baju kurung moden berwarna hijau gelap dengan rambut aku ikat sedikit dihujungnya. Make-up? Aku sekadar tempek bedak johnson dan pakai pelembap bibir lip ice sahaja. Kejap lagi kalau pakai make-up tebal-tebal berpeluh dan cair juga. Tambahan pula agak kurang logik ye seketul Leesa nak make-up make-up ni.

Aku melangkah keluar dari bilik dan turun ke ruangan makan untuk tetamu yang berada di luar rumah. Semua makanan dan tempat duduk buat tetamu sudah tersedia. Pelamin pula memang sudah siap sejak malam tadi. Aku lihat jam tangan. Masih berbaki 20 minit sebelum pukul 2 petang dan tetamu mula datang. Aku mengambil segelas air kemudian duduk di meja yang tersedia sementara menunggu tetamu datang sambil bermain games yang ada didalam telefon aku.

“Amboi, khusyuknya menghadap telefon.”

Bukk!!!

Akibat daripada sergahan itu telefon yang aku pegang selamat jatuh ke tanah. Aku pandang telefon aku yang sudah jatuh ketanah kemudian menoleh kearah punca suara itu bersilih ganti dengan mata dibuntangkan.

“Oppss, tak sengaja.” tuan empunya suara yang sudah pun melabuhkan duduk tersebut tersengih kepadaku lalu mencapai air aku yang berada diatas meja dan meneguknya selamba.

“Naufal!” aku menjerit namanya dan memandangnya dengan mata yang dibulatkan.

“Ya?” dia menjawab dengan riak muka tak bersalah. Aku mendengus lalu mengambil semula telefon aku yang jatuh tadi. Telefon itu aku letakkan diatas meja. Ada sedikit kesan calar di skrin telefon. Aku lihat dia sekali lagi meneguk air sirap limau aku sehingga tinggal separuh.

“Aku tak minum lagi air tu tahu tak.” aku memandangnya sambil memeluk tubuh.

“Tahu, sebab tu aku minum.” dia meneguk air itu lagi sampai habis kemudian mengukir senyum sinis kepada aku. Dahaga betul kau ni. Aku menjelingkan mata keatas.

“Blah lah kau.” aku mencapai semula telefon aku diatas meja kemudian membuka aplikasi Instagram. Nasib baik telefon aku tak teruk. Tapi yang teruknya lelaki yang dekat sebelah aku ni lah.

“Nak blah kemana lagi? Dah ni memang rumah aku.” dia mendepangkan tangan sambil mendongakkan kepala. Amboi, riaknya. Aku hanya menjelingnya lalu bangun dan menuju kedalam rumah. Nak tolong apa yang patut disaat-saat akhir ni daripada duduk dengan mamat senget ni dekat luar. Keluarga mama dan papa ni oldschool betul ye. Tak main lah buat majlis resepsi kat dewan ni. Diorang pasang khemah dekat depan rumah terus. Dah halaman rumah dia besar boleh lah.

“Alololo, jangan lah merajuk baby. Sayang, nak pergi mana tu? Jangan lah merajuk dengan I.” aku dengar dia memanggilku dengan gedik namun aku tak hiraukan. Aku melajukan langkah.

Mamat ni tak reti malu ke apa? Habis semua orang pandang bila dia terjerit macamtu. Nasib baiklah hanya ada pekerja catering dan beberapa orang dari pihak wedding planner yang sedang menguruskan sound system sahaja diluar. Itu pun diorang dah pandang aku pelik. Ni kalau dia buat masa tetamu tengah ramai ni naya aku. Makin gila aku nak hadap perangai pelik dia ni.

***

Aku melihat jam tangan yang menunjukkan pukul 5:30 petang. Masih berbaki setengah jam lagi sebelum majlis ni berakhir. Aku lihat disekeliling, sudah tidak ramai orang. Semuanya sudah balik dan hanya tinggal beberapa buah keluarga sahaja lagi serta kawan-kawan abang dan Kak Naufa. Kawan-kawan aku pun ada yang datang tadi tapi semuanya dah balik. Malaiqa je yang tak sampai-sampai lagi ni. Macam mana lah nanti kalau dia tahu yang aku kena kahwin dengan Naufal Khalees. Macam mana lah aku nak hadap dia nanti.

“Hui, jauh termenung.” tegur satu suara dari tepi. Aku menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang menegur aku.

“Woi, kenapa tak datang tahun depan je terus?” aku menyoal sinis seraya menampar bahunya perlahan dengan lagak ceria yang dibuat-buat.

“Tahun depan majlis siapa, sekarang ni aku nak tengok abang kau dulu.” ujar Malaiqa sambil senyum miang.

“Elok sikit eh, abang aku tu dah kahwin tau. Jangan nak gatal sangat.” aku mencubit lengannya perlahan. Dia tergelak kecil.

“Ni dah makan ke belum ni?” aku mulakan tugas aku sebagai tuan rumah.

“Belum. Tak ada orang nak teman aku makan.” dia membuat muka sedih. Sengaja minta simpati nak suruh aku makan dengan dia. Tadi pun masa Risy dengan Fatiha datang dipaksanya aku makan, lepas tu Atira dengan Fahira pula. Sengaja je datang asing-asing diorang ni.

“Ish, jom lah aku teman.” ujarku sambil menarik tangannya kearah deretan lauk-pauk yang disediakan. Ceh, lauk-pauk sangat. Ada ayam masak kurma, gulai daging dengan acar timun je pun. Lepas tu ada buah oren, buah tembikai dan beberapa jenis kek.

“Alah, makan lah sekali.” dia memujukku sambil menggoncang-goncangkan tanganku. Kenapa lah mengada sangat kawan aku seorang ni?

“Aku dah makan lah tadi. Kau makan je lah, aku teman.” aku melepaskan pegangan tangan lalu mengambil air untuk aku dan dia.

“Weyh, kau ambil lah nasi tu. Aku tunggu kau dekat meja sana tu tau. Bye.” ujarku kemudian menuju kearah meja tersebut. Malaiqa memandangku dengan pandangan tajam. Alah bukannya kena beratur pun nak ambil makanan tu. Itu pun nak suruh teman. Selepas lima minit aku duduk, dia sudah pun siap mengambil makanan. Dia meletakkan pinggan nasi keatas meja lalu melabuhkan punggung didepan aku.

“Ha weyh, takziah tau pasal uncle. Kuat tau weyh. Allah nak uji kau.” ujarnya sambil mengukir senyum ikhlas.

“Terima kasih, Insha Allah aku cuba untuk kuat.” aku membalas lalu mengukir senyum nipis. Betul lah tu, aku tengah cuba nak jadi kuat untuk tempuh ujian ini. Tapi, aku terfikir kalau abi boleh kuat walhal dia yang tanggung sakit, kenapa aku pula yang nak jatuh. Aku pun kena kuat untuk bagi dia semangat.

“Leesa, lupa pula nak cakap. Umi, Ina dan Malik kirim salam. Dia orang tak dapat datang, tu yang aku je datang ni.” ujarnya kemudian menyuapkan lagi nasi kedalam mulut. Aku menganggukkan kepala seraya menjawab salam itu didalam hati.

“Weyh, kau nak tahu satu rahsia tak?” aku mengukir senyum sinis. Mesti dia terkejut beruk lepas aku bagitahu perkara ni.

“Apa dia?” dia membalas tanpa mengalihkan pandangan dari nasi dia. Uish, cepatnya dah nak habis nasi dia ni. Iqa ni aku geramnya makan banyak mana pun tak gemuk-gemuk juga. Aku menggeleng kepala perlahan.

“Kau tahu tak, sebenarnya kan Kak Naufa dengan Naufal adik-beradik.” aku sengaja menggunakan nama depan Khalees untuk bagi dia keliru. Aku mengjongket-jongketkan kening.

“Tahu.” dia mengangkat mukanya sekejap memandang aku sebelum kembali menikmati makanannya yang hampir habis. Nampak macam dia tak terkejut. Ok, tak apa, mungkin dia tak tahu lagi Naufal mana ni.

“Tahu tak Naufal apa nama penuh dia?” aku menyoal lagi. Dia menyuapkan suapan terakhir lalu meneguk airnya sebelum memandang aku.

“Naufal Khalees bin Dato' Adli.” dia menjawab malas.

“Eh, macam mana kau tahu?” aku memandangnya dengan hairan.

“Aku rasa kau ni memang ada masalah dengan otak kau lah. Dia kan memang anak Uncle Adli. Lepas tu kau tak ingat ke masa kecil-kecil dulu kita selalu main dengan dia. Dulu dia suka kau dowh hahahaha. Sebab tu aku panggil Khalees kau tu Naufal. Sebab kita memang dah lama kenal. Tapi bila kau balik Malaysia kau tak ingat dia pula. Siap ajak gaduh lagi tu. Lepas tu tak silap aku dia ada kem... Err.. ” terangnya panjang lebar sebelum dia terdiam sendiri. Ada juga dia membalas dengan sinis.

“Ada apa?” ey eh dia ni cakap tak bagi habis. Aku lihat dia memandang kearah belakang aku dengan pelik. Ada apa pula dekat belakang aku ni?

“Woi, ada apa dekat belakang aku hah?” aku menyoal dengan perlahan. Keningku dikerutkan sedikit. Nak toleh,tak berani tapi nak tahu ada apa. Aku menolehkan kepala ku perlahan-lahan.

I, I love you like a love song baby,
I, I love you like a love song baby,
And I keep it in repeat-peat-peat-peat-peat.

Bunyi nada dering dari telefon Iqa membuatkan aku kembali menolehkan kepala kehadapan. Apa ke peliknya ringtone dia ni. Daripada zaman sekolah sampai sekarang tak tukar-tukar. Iqa memandang skrin telefonnya dengan pandangan aneh. Dia mengerutkan dahinya sebelum menjawab panggilan tersebut.

“Hello? Kenapa call aku ni?” sesekali matanya dijelingkan kebelakang aku.

“Hah?!” dia menekup mulutnya dengan tangan kanan. Sekali lagi matanya dijelingkan kebelakang aku.

“Oh, okey.” dengan teragak-agak dia menganggukkan kepalanya kemudian memutuskan talian.

“Kenapa weyh?” aku menyoal sambil mendekatkan kepala kearahnya.

“Lah dekat sini rupanya. Puas aku cari dari tadi.” datang seseorang lalu melabuhkan punggung disebelahku. Aku memandangnya sekilas sebelum kembali memandang kearah Iqa yang sedang tersenyum kepada lelaki itu.

“Apa benda yang kau cari ni?” aku menyoal dengan muka menyampah sambil meneguk air.

“Aku cari bakal isteri aku ni lah. Boleh pula dia main sorok-sorok ye.” tersedak aku dibuatnya dengar jawapan dia. Memang tersedak je lah kerja aku akhir-akhir ni.

“Uhuk! Uhuk! Kau kenapa bongok?! Uhuk!” aku menampar bahunya dengan batuk yang masih tersisa. Dia mengusap belakang badanku perlahan untuk melegakan batukku.

“Haish, lain kali baca la bismillah dulu sebelum minum lepas tu minum perlahan-lahan. Nasib baik tak kena Iqa tadi. Kan Iqa kan?” dia membalas sambil masih lagi mengusap belakang aku. Aku mengurut dadaku.

“Ok, dah boleh stop kot.” aku menjeling tangannya kemudian mencapai beberapa helai tisu dan mengelap mata dan hidungku yang berair. Pergh, air tu naik ke hidung weyh.

“Sorry.” dia mengalihkan tangannya dari badanku.

“Aiman??” gumam Iqa perlahan sambil memandang Naufal dengan mata dijengilkan namun dapat aku dengar sedikit apa yang dia cakap.

“Ha? Siapa Aiman?” aku menyoal sambil memandang muka Iqa yang sudah pun berubah riak.

“Err.. Tak, tadi Aiman yang call aku.” balas Iqa tanpa memandangkan matanya kepadaku.

“Aiman mana ni? Kenapa dengan dia?” aku menyoal lagi.

“Aiman, kawan kita orang tu. Kan Naufal kan? Ingat lagi tak? Tak ada apa- apa pun, saja je dia call tanya khabar.” balas Iqa sebelum meneguk air. Aku memandang Naufal.

“Haah, err.. Aiman tu. Ha.. Kau tak kenal dia.” balas Naufal teragak-agak kemudian memberikan sengih janggal. Dia orang ni dah kenapa?

“Aku balik dulu lah ye, Leesa, Ai.. Err..Naufal.” pamit Iqa dengan senyum janggal setelah habis makan kemudian berlalu pergi ke keretanya. Pelik. Aku memandang Naufal untuk meminta penjelasan namun dia hanya membuat muka tak bersalah dan mengangkat bahunya.

_____________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience