GD 14: Kita Berbaik, Okey?

Drama Completed 6688

Aku menyusun langkah untuk masuk ke ruang makan. Nampaknya semua dah ada dekat meja makan. Abi, abang, Uncle Adli, Aunty Aisyah, Kak Naufa dan seorang lelaki yang aku pasti itu Naufal. Makanan pun dah tersedia. Memang tunggu aku je lah ni, huhu rasa bersalah pula buat orang tunggu kita.

“Sorry lah buat korang tunggu.” aku menghampiri Aunty Aisyah dan Kak Naufa lalu mencium tangan mereka sebelum melabuhkan duduk disebelah abang. Aku ukir senyum nipis.

“It's okay. Dah makin cantik dah Bella sekarang ye.” ujar Uncle Adli sambil tersenyum. Ha jangan pelik, keluarga Uncle Adli memang panggil aku Bella dari kecil, malah arwah umi pun panggil aku Bella. Lepas arwah umi meninggal, abi dengan abang panggil aku Leesa sebab tak nak bagi aku teringat dekat arwah umi. Aku selalu nangis bila teringat dekat arwah umi dulu. Sekarang, dah besar ni dah okey lah sikit.

“Haah, cantik sangat. Persis arwah Khadijah masa muda. Nampak ayu je.” sambung Aunty Aisyah pula. Aku hanya hadiahkan senyum janggal kepada mereka berdua. Dah orang puji, senyum lah walau tak ikhlas. Puji aku cantik tu boleh la aku terima sebab aku memang cantik pun hahaha, yang tak tahannya dia cakap aku ayu. Dia tak tengok masa rambut aku pendek macam budak lelaki dulu, sekarang ni nasib baik dah panjang sikit. Baru lah nampak macam perempuannya sikit.

“Hahahahaha, ayu apanya macam ni? Tu, Ducati dekat luar rumah tu, jangan fikir Khairul punya, salah. Ducati tu budak Leesa ni punya ha.” ujar abi sambil tergelak-gelak. Haish abi, seronok nampak bahan anak sendiri.

“Dia punya minat dekat Ducati tu sampai sanggup tak makan, kononnya merajuk dengan abi sebab abi tak bagi. End up, abi beli juga untuk birthday dia tahun lepas.” Abang pula sambung cerita abi. Semuanya ketawakan perangai aku yang childish tu. Memang hari ni hari membahan aku pun. Aku hanya tersengih sumbing.

“Eh, jemput makan semua.” ujar abi sambil menghabiskan sisa tawanya.

“Naufal, tolong bacakan doa makan.” arah Uncle Adli kepada anak lelakinya. Segera lelaki yang dipanggil Naufal itu tersentak. Agaknya tak jangka kot dia kena baca doa makan. Semua mata tertumpu ke arah Naufal. Aku cuba untuk melihat mukanya namun tak nampak kerana terhalang oleh topi yang dipakainya tambahan pula dia pergi tundukkan sedikit kepalanya menghadap telapak tangan yang sudah ditadah. Dah gaya anak dara sunti je tunduk tunduk malu. Ish dia ni, dalam rumah masa nak dinner pun nak pakai topi ke? Bukannya panas pun.

“Bismillahirrahmanirrahim..” aku terpaku dengan suaranya yang sungguh merdu. Baca doa makan pun boleh buat aku cair weyh. Sungguh jelas setiap bait perkataan yang terlafaz, bukan dari mulut semata-mata bahkan ianya datang dari hatinya yang ikhlas. Baca doa makan pun khusyuk macam ni. Ya Allah, lelaki ni ke yang abi nak kahwinkan dengan aku? Kalau dia ni jodoh aku, aku boleh rasa aku lah manusia paling bertuah. Hahaha buat lawak pula kau ye Leesa, dengar dia baca doa makan terus approve nak jadikan suami.

“Amin ya rabbal alamin.” semua mengaminkan doa yang telah dibaca oleh Naufal kemudian mula menikmati makanan yang telah disediakan oleh Mak Jah. Hari ni Mak Jah balik lambat sikit memandangkan dia kena sediakan makan malam untuk kami.

“Bella, kenapa makan sikit sangat? Makan lah banyak sikit.” Aunty Aisyah menegurku.

“Err.. Tak apa lah aunty. Dah cukup dah ni. Ni pun tak habis lagi ni.” aku membalas sambil tersenyum.

“Tak payah nak ber aunty bagai lah. Panggil mama dan papa je.” ujar Aunty Aisyah (or should I call mama?) dengan ramah. Mendengarkan itu, aku terus tersedak kerana tergigit cili yang ada dalam makanan aku. Bila masa pula aku suap cili dalam mulut ni? Disaat aku terbatuk-batuk tu ada yang menyuakan air kosong kedepan muka aku. Aku menyambut hulurannya lalu meneguk rakus air itu.

“Sama-sama. By the way, you should recite basmallah first and drink it slowly.” ujar satu suara garau yang berada didepan aku. Cukup sekadar aku dan dia yang dengar. Suaranya agak familiar. Bukan abang, sebab abang kat sebelah aku. Kak Naufa? Takkan lah suara Kak Naufa garau macam lelaki. Aku pandang ke arah punca suara. Lelaki tersebut memandang aku dengan muka selamba.

Wait, macam aku pernah tengok muka lelaki ni. Dengan tak semena-mena air yang berada didalam mulutku tersembur keluar dan hampir terkena muka dia. Nasib baik tak kena muka dia, kalau tak habis aku.

“Kau?!” soal ku dengan muka terkejut. Gila tak terkejut. Depan aku sekarang ni rupanya Naufal Khalees a.k.a mamat mereng yang langgar aku tempoh hari.

“Kau ni kenapa ha? Nasib baik aku dah habis makan. Ish.” dia merengus geram. Matanya memandang aku tajam.

“Khaleesah Nabellah!” abi memandangku dengan muka yang menandakan dia tak suka dengan apa yang aku dah buat. Huh, siapa je suka? Habis lah aku.

“Ss..sorry.” ucapku perlahan. Seram woi, dengan mamat ni pandang aku macam nak makan, abi dah buat muka pasrah, mama, papa, Kak Naufa dengan abang pula masih buat muka terkejut.

“Kalau aku tahu kau nak sembur air dekat aku tadi, tak payah aku hulur air dekat kau. Biar je tersedak macam tu. Dah lah tak cakap terima kasih pun.” dia menjeling aku. Auch,sentap woi.

“Naufal, apa cakap macam tu? Bella dah minta maaf kan.” papa pandang Naufal dengan mata yang dijegilkan. Wah laju betul aku panggil papa ye.

“Err.. Maaf ye Naufal. Tak apa, Naufal pakai baju Khairul dulu. Baju tu tinggal je dekat sini biar Mak Jah cucikan nanti. Khairul, bawa Naufal pergi tukar baju.” pinta abi sebelum memberikan arahan kepada abang. Abang mengangguk lalu beredar kebiliknya bersama Naufal. Alamak, rasa bersalahnya buat dia macamtu.

“Err.. Aunty, Uncle, Kak Naufa. Leesa minta maaf ye sebab tak sengaja tersembur air dekat Naufal. Abi, I'm sorry cuz tak behave.” pintaku sambil menundukkan kepala.

“Tak apa lah, Bella tak sengaja kan. Naufal tu memang macam tu.” ujar papa kemudian mengukir sebuah senyuman. Fuh, lega.

“Bella, jangan ambil hati tau apa yang Naufal cakap tadi. Lagi satu, tak payah panggil aunty, uncle bagai. Panggil mama, papa je.” ujar mama. Aku ukir senyum nipis.

***

Aku duduk di birai kolam renang sambil mencelupkan kaki kedalam air kolam yang sejuk sambil mendongak memandang langit malam. Abi masih lagi berbual dengan dua orang sahabat karibnya yang dah lama dia tak jumpa diruang tamu. Abang pula sedang berborak dengan Kak Naufa di meja yang berhadapan dengan kolam renang ni. Tadi ada lah juga aku menyampuk sekejap sebelum aku ambil keputusan untuk duduk seorang diri dan jauh sikit daripada mereka. Mamat mereng tu pula entah hilang kemana dah.

Sepasang kaki yang mencelupkan kakinya dengan tiba-tiba disebelah aku membuatkan aku menoleh kearah empunya kaki itu. Naufal sedang duduk disebelah kanan aku sambil mendongakkan kepala melihat bulan.

Weyh, handsome gila bila dia dongakkan kepala macam tu. Kening dia yang agak lebat, mata dia yang terkena cahaya bulan menampakkan lagi warna coklat gelap pada matanya, hidung dia yang mancung, bibir dia yang warna pink menandakan dia tak pernah hisap rokok, wajahnya yang tampak bersih tanpa cela. Ya Allah, aku rasa aku dah cair dah ni.

“Aku tahu lah aku handsome, tapi tak payah lah tenung muka aku macam tu sekali.” ujar Naufal kemudian memalingkan muka kepada aku. Aku buang pandang ke arah lain. Erk, dia perasan ke aku usya dia? Muka aku mula panas. Aku dengar dia gelak perlahan. Wuish, gelak pun merdu.

“Sape cakap aku pandang kau, perasan je lebih.” balasku selamba.

“Eleh nak tipu tak pandai. Tomato.” balasnya pula. Pipiku semakin membahang lagi. Aku memandang ke arah bertentangan dengan dia. Keadaan menjadi senyap seketika.

“Sorry..” aku membetulkan suara sebelum mengucapkan maaf.

“Sebab?” dia menyoal sinis. Ish, ni yang tak suka ni. Orang dah minta maaf tu terima je lah.

“Sebab.. Tersembur air dekat kau tadi.” aku membalas kemudian memandang muka dia.

“Lagi?” dia mengjongketkan kening sambil memeluk tubuh. Apa lagi aku buat salah dekat dia? Aku buat muka.

“Sebab tak cakap terima kasih masa kau bagi air?” aku menyoal dengan kening sebelah terangkat. Aku tengah tersedak kot masa tu, mana sempat nak bercakap.

“Tu satu, ada lagi.” dia menggelengkan kepala sambil masih lagi berpeluk tubuh. Aih, comel lah pula.

“Apa dia lagi?” aku menyoal dengan kening dijongketkan sebelah.

“Sebab usya muka aku dengan penuh minat.” ujar dia lalu menghamburkan tawa besar. Peramah pula Khalees ni harini ye. Selalu kerja nak menjeling aku je.

“Pfft.. sengal.” aku menolak kepalanya dengan dua jari sambil mata dijulingkan.

“Sakit lah gila.” dia menjentik dahi aku. Aku menggosok dahiku sambil merenungnya tajam. Dia hanya buat riak muka tak bersalah. Aku buang pandang kedalam kolam. Suasana menjadi senyap lagi. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

“Bella,”
“Naufal,” kami berpandangan sesama sendiri.

“Tak apa, kau cakap dulu.” aku mengalihkan pandangan kedepan.

“Tak, kau je la dulu cakap.” dia membalas.

“Tak ada apa, tak penting pun. Apa yang kau nak cakap.” aku menolak.

“Aku nak tanya, kau serius ke setuju dengan diorang? Maksud aku, kau serius nak kahwin dengan aku?” soal dia sambil memandang aku dengan muka serba salah.

“Kenapa? Kalau kau tak suka aku, cakap je lah dengan parents kau. Aku pun sebenarnya dah tak suka kau pun. Takkan lah aku nak kahwin dengan orang yang benci aku. Tapi aku fikir kalau aku cakap macam tu dekat abi, dia mesti sedih. Aku tak nak dia sedih dengan keadaan dia macam tu.” aku membalas sambil menahan sebak. Susahnya nak cakap yang aku dah tak suka dia walhal dia seorang je lelaki selain abi dan abang yang ada dalam hati aku. Aku hanya mendiamkan diri sambil mengangkat kaki aku yang direndam dalam air tadi ke atas kemudian duduk bersila menghadap dia. Dia pun buat benda yang sama.

“Aku minta maaf sebab layan kau teruk masa kita sekolah dulu. Aku tahu, aku tak patut layan kau macam tu. Boleh tak kita start balik dan lupakan semua kenangan pahit tu?” ujarnya sambil merenung mataku dengan pandangan yang ikhlas.

“Aku dah lama lupakan semua tu, and tengah start balik pun sekarang ni. Aku tengah cuba lupakan Khalees dan berbaik dengan Naufal. Tapi kau yang buat aku teringat dekat Khalees.” ujarku sambil menyeka air mata yang hampir jatuh. Tak tahu lah kenapa aku rasa nak menangis sekarang ni.

“Mungkin kau pun patut lupakan Leesa tomato kau tu dan mula berbaik semula dengan Bella.” sambungku seraya mengukir senyum. Dia tergelak kecil.

“Okey, no more Leesa and Khalees. Just Naufal and Bella here.” ujarnya sambil tersenyum.

“So, kita jadi kawan baik macam dulu balik?” aku menyoal dengan kedua belah kening diangkat.

“Tak, kita jadi pasangan suami isteri yang paling cute.” ujarnya sambil tergelak. Jangan lah main-main Naufal. Hati, tolong lah faham yang dia gurau je.

“Bengong, Iqa kau nak campak mana sengal?” soalku sambil menolak bahunya dengan dua jari.

“Apa masalah dengan Iqa pula? Aku dengan dia bukan ada apa-apa pun. Bukan kau setuju ke nak kahwin dengan aku?” soalnya sambil memandangku dengan mata yang redup. Erk, kenapa desperate sangat bunyinya bila dia tanya pasal kahwin ni.

“Hahaha, tak lawak lah weyh. Tak payah lah main-main. Memang lah mula-mula aku setuju, tu sebab aku tak tahu aku kena kahwin dengan kau. Sekarang dah tahu..” aku membalas dengan teragak-agak kemudian mencebik.

“Sekarang dah tahu? Tak nak lah? Kenapa tak habiskan ayat kau?” soalnya sinis. Erk, sekarang dah tahu ni aku memang rasa nak kahwin dengan kau tapi masalahnya kau tak suka aku kan. Aku diamkan diri sambil menundukkan kepala.

“Bella, pandang aku.” aku mengangkat muka memandang muka dia.

“Aku tak main-main, aku betul-betul nak jaga kau macam yang abi kau harapkan. Aku nak kau jadi isteri aku. Bukannya Malaiqa ke siapa ke. Aku sayang kau dan aku nak kau yang jadi isteri aku.” ujarnya sambil merenung kedalam mataku dengan penuh ikhlas. Aku terpaku disitu.

“Hahaha, pandai kau berlakon. Practice nak cakap dekat siapa ni? Hahaha.” aku memalsukan gelak. Sambil mata melilau-lilau kekiri dan kekanan untuk menghilangkan rasa janggal.

“Khaleesah Nabellah, aku tak berlakon. I really want you to be my wife.” ujarnya sambil kedua belah tangannya menekup pipiku. Aku memandang matanya. Dari renungan matanya yang redup itu aku nampak keikhlasan dari sepasang mata coklat gelap itu. Pipi ku mula membahang. Aku menepis tangannya kemudian memalingkan muka ketempat lain.

“Sorry.” ujarnya sebelum memalingkan muka kearah yang bertentangan. Aku nampak telinganya mulai memerah.

“Err.. Aku nak pergi toilet sekejap.” ujarku kemudian bangun meninggalkan dia disitu.

__________ 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience