Aku membuka mata perlahan. Sedikit demi sedikit cahaya mulai menembusi retina mata. Setelah mataku sudah sepenuhnya celik aku cuba untuk ingat kembali apa yang terjadi. Aku lihat ruang sekelilingku. Bantal, selimut, katil. Eh kejap, ni bukan katil aku. Aku pandang sekeliling bilik pula. Bilik siapa ni? Cadar katil ni macam katil untuk pengantin je. Wait. Pengantin? It's my wedding day. Today is the day.
Aiman. Dia betul-betul dah takde ke? Tak, tak. Arghh! Apa semua ni?
“Assalamualaikum.” Suara itu masuk sambil menatang dulang yang berisi segelas air dan semangkuk bubur. Dia berjalan menuju kearah aku dengan senyuman melebar.
“Bella, ni mama ada buatkan bubur untuk Bella. Makan sikit ye.” Mama memujukku. Aku hanya diam memandangnya. Angguk pun tak, geleng pun tak. Aku membetulkan duduk.
Setelah aku duduk bersandar, mama mula menyuakan sesudu bubur kepadaku. Aku buka mulut dengan perlahan lalu mama menyuapkan bubur kedalam mulutku. Cukup tiga sudu bubur, aku menolak suapannya. Dia menyuakan air kepadaku. Selesai meneguk air aku kembali merebahkan badan ke katil.
“Bella rehat lah ye. Kalau ada apa-apa panggil je sesiapa tau. Mama turun pergi panggilkan abi untuk Bella, ye.” Ujar mama lalu mengukirkan senyuman manis. Dia mula berjalan keluar dari bilik.
“Mama, tolong panggilkan abang, tak perlu panggil abi.” Ucapku lemah. Namun masih dapat didengari oleh mama. Dia memandangku dan mengangguk lalu keluar dari bilik. Aku memejamkan mataku sementara menunggu Khai masuk. Dia seorang saja yang faham aku bila aku perlukan seseorang untuk aku luahkan perasaan aku.
**
Tok.. tok..
Bunyi ketukan pintu menghentikan lamunanku. Aku membuka mata dan menoleh kearah pintu. Pintu bilik dibuka perlahan. Apabila pintu sudahpun terbuka, tidak ada sesiapa pun di balik pintu.
“Abang? Masuk je lah. Tak payah la main-main dengan Leesa. Leesa takde mood ni.” Ujarku dan kembali menutup mata. Aku dengar pintu bilik ditutup rapat dan langkah tapak kaki mula menghampiriku.
“Abang, Leesa nak balik lah. Lagi lama Leesa kat sini, makin susah Leesa nak lupakan Aiman.” Luahku.
“Leesa tahu, nanti abi mesti cakap yang Leesa ni dah ada suami, mana boleh tinggalkan suami bagai bagai tu kan. Leesa tak kisah lah semua tu. Abang, tolonglah bawa Leesa balik. Tak payah bagitahu abi. Abang takut abi marahkan? Khalees tu bukan suka Leesa pun. Khalees cintakan Iqa, mana boleh dia kahwin dengan Leesa..” air mata jernih mula bertakung ditubir mataku. Aku mengiring kekanan untuk menyembunyikan mukaku. Aku perasan katil mula tenggelam sedikit ke dalam seperti ada yang duduk di birai katil.
“Buat apa dia kahwin dengan Leesa kalau dia cintakan orang lain, abang? Buat Leesa rasa makin sakit hati? Kenapa mesti Aiman tinggalkan Leesa?” Esakanku semakin kuat. Aku terasa seperti ada tangan yang memelukku. Tanpa berfikir panjang aku membalas pelukannya dan menyembamkan muka kedadanya.
“Abang, kenapa dia tak tunggu Leesa? Sampai hati dia. tsk.. tsk..” Aku menghamburkan tangisanku disitu.
“Dia kata dia cintakan Leesa, kenapa dia tinggalkan Leesa?tsk..tsk.. Kenapa abang dengan abi biarkan orang lain yang kahwin dengan Leesa? Dia bukan Aiman! tsk.. tsk.. Dia takkan boleh cintakan Leesa macam Aiman. Dia sayang orang lain, bang.” Aku meluahkan segala yang ada dihatiku dengan teresak esak. Aroma badan lelaki ini sedikit sebanyak membantu juga menenangkanku. Bau dia tak sama macam Khai. Dia mengusap-usap belakang badanku dan belakang kepalaku lembut.
“Shhh... It's okay, it's okay, let it all out. I'm here.” Ujarnya sambil mengusap belakangku lagi. Suara ni– Ah, aku malas hendak berfikir siapakah lelaki ini, aku hanya beranggapan bahawa lelaki ini ialah Khai. Aku membiarkan saja air mataku membasahi bajunya. Setelah lama berkeadaan begitu, aku mula dikuasai kantuk lalu tertidur didalam pelukannya.
**
“Leesa, Bella, atau apa-apa pun nama kau, mungkin aku tak cintakan kau. Tapi aku tetap akan jaga kau untuk arwah Aiman. Aku akan sayang kau.” Dengan perlahan dia membaringkan Leesa ke atas katil mereka. Gadis itu sudah kepenatan kerana menangis tanpa henti. Dia menyandarkan badan pada kepala katil lalu duduk berlunjur disisi gadis itu. Dia merapatkan tubuh gadis itu kepadanya apabila terdengar esakan kecil daripada gadis itu.
Share this novel