"Wey, aku serius rasa macam tak percaya yang kita dah jadi ex-student kat sini." ucap Badrisya dengan rasa teruja berbaur sedih. Aku hanya mengangguk perlahan sambil memandang lantai sepi.
"Tu lah tu." hanya itu yang dibalas Atira. Barangkali berat hati mahu meninggalkan sekolah yang banyak memberi dan mengajar erti sebuah kehidupan buat kami. Aku tak nafikan itu. Atau mungkin juga dia sebenarnya teruja dengan sebuah kehidupan yang baru.
"Tapikan rasa sedih pulak kan nak tinggalkan sekolah ni." luah Fahira dengan nada suara yang seakan sebak.
"Hmm, dah banyakkan kenangan kita kat sekolah ni? Pahit, manis, masam, tawar, pedas semua lah. Ha apa lagi." Fatiha pula bersuara dengan lawak hambar. Dia tergelak,terhibur dengan lawak sendiri. Haih, budak ni. Kami yang lain turut ketawa sama. Meskipun lawak tu tersangat lah hambar tapi kami tetap gelak. Bukan apa, tiada yang lucu pun cuma ingin menunjukkan bahawa kami bahagia bersama. Sangat bahagia.
"Hmm. Aku mesti rindu sekolah nanti." Tambahnya lagi disertakan dengan keluhan kecil.
"All of us will." Aku membalas seraya mengukir senyuman.
"Rindu nak kena perli ngan cikgu-cikgu,rindu nak manja-manja dengan cikgu,rindu nak jadi gengster kat sekolah, rindu nak langgar peraturan sekolah pastu kena bebel ngan bekas pengawas ni ha." luah Badrisya. Dan ayat yang terakhir tu sengaja ditekankan pada bekas pengawas tu seraya memandangkan muka kearah Fatiha. Ketawa kami pecah lagi apabila terkenangkan insiden Fatiha dilucutkan jawatan sebagai pengawas sekolah semasa di tingkatan 4 kerana terkantoi dengan guru pengawas membiarkan malah join sekali dengan kawan-kawannya ponteng kelas. Ha, kami lah kawan-kawannya tu. Teruk betul pengawas ni.
"Adoi, harap lah dengan perempuan ni. Depan cikgu pijak semut pun tak mati,belakang cikgu nak tembak orang pun berani eh?" balasku kemudian tergelak sinis.
"Hek eleh masing-masing. Gelak lebih. Korang pun dua kali lima je ngan aku. Kalau tak takdenyalah kantoi sekali ngan aku dulu. Kaki kipas cikgu pun ye jugak ni masing-masing." giliran Fatiha pula membalas sambil memberikan senyuman sinis.
Sekali lagi ketawa kami pecah untuk kesekian kalinya. Ah, hidup dengan mereka ni memang tak pernah kering gusi. Seketika kemudian suasana berubah sunyi sepi. Semuanya tunduk menahan sebak didada. Sungguh berat hati mahu meninggalkan semua kenangan yang telah tercipta. Ya, inilah yang paling kami takuti. Terpaksa tinggalkan satu sama lain kerana ingin mengecapi impian masing-masing.
"Eh lepas ni korang plan nak buat apa je? Aku rasa macam nak kerja lah sementara tunggu upu." soal Atira memecah hening sekaligus menukar topik perbualan.
"Mmm... Aku sambung je lah kerja part-time aku haritu. Nanti masa belajar nanti pun boleh lah tampung sikit-sikit yuran aku." jawab Badrisya pula.
"Aku menunggu result upu dengan sabar sajalah kat rumah." Fahira pula menjawab.
"Aku nak buat lesen tapi tak cukup umur lagi, jadi belajar je lah." Fatiha membalas bersahaja. Semua tergelak kecil mendengar jawapan Fatiha tadi. Nasib lah kau birthday akhir tahun hahaha.
"Aku nak kahwin." jawabku sambil mengangkat-angkat kening nya dengan senyuman sinis.
"Ha, cuak semua. Takde nya lah aku nak kahwin sekarang, awal la. Lagipun siapa lah nak kat aku ni dah lah kena frienzoned ngan crush huhu..." Aku menambah lagi kemudian berpura-pura menangis. Badrisya dan Atira menggulingkan bola mata manakala Fatiha dan Fahira pula hanya diam tanpa reaksi.
"Hish siapa lah nak kahwin dengan minah senget ni. Dah lah perangai macam jantan, gedik pula tu.” balas Fatiha sinis.
"Heh, apa benda budak ni.” aku membalas dengan riak wajah keliru yang dibuat-buat.
"Eleh, nak panggil orang budak macam lah dia tua sangat.” Fatiha menjulingkan biji mata menyampah. Aku menahan tawa.
"Dah, dah takyah nak start gaduh." Fahira meleraikan pergaduhan yang bakal tercetus. Memang aku dan Fatiha sering bergaduh tentang perkara remeh. Walaupun seringkali bergaduh, kami sentiasa memahami antara satu sama lain dan mempunyai banyak persamaan.
Masing-masing tak mahu kalah. Bergaduh pula tentang perkara yang tidak sepatutnya dibawa bergaduh. Walau bergaduh besar sekali pun, akhirnya kami tetap juga akan berbaik semula seperti tiada apa yang berlaku.
Riak wajah terkejut yang terlakar pada wajah mereka bereempat dengan tiba-tiba membuatkan aku mengerutkan kening. Kedudukan mereka yang sedang berhadapan dengan aku menyebabkan mereka dapat melihat apa yang berlaku di belakang aku.
"Korang kenapa ni? Ada apa?" soal aku pelik. Mereka masih juga mendiamkan diri dan tidak bersuara. Tetapi hanya memuncungkan bibir ke arah belakang ku tanda menyuruh aku berpaling. Aku mengangkat kedua belah bahu sebelum memusingkan kepala ke belakang. Aku segera berdiri dengan mata yang terbuntang luas. Hampir sahaja aku melompat ditengah-tengah pondok sekolah itu. Tangan sebelah naik menekup mulutku yang ternganga luas. Manusia yang sedang berdiri berhadapan denganku ini tersenyum kepadaku bersama sebuah beg kertas berada ditangannya.
Share this novel