GD 11: Apa?!!

Drama Completed 6688

"No!!!" aku terjaga dari tidur. Aku pandang sekeliling aku. Dekat ruang tamu, aku duduk atas sofa. Memori aku datang semula. Bukan sepatutnya abi dengan Khai ada dekat sini ke? Diorang arrange marriage aku kan? Eh, apa aku mengarut ni? Kenapa aku dekat sini?

Aku memegang sisi kepala yang sedikit berdenyut. Aku cuba ingat semula apa yang berlaku.

[ “Leesa, abang ada benda nak bagitahu ni.” Khai memandang aku dengan muka yang kelihatan serba salah. Apa benda pula lah mamat ni nak. Aku hanya mengangguk kepala perlahan tanpa menoleh kepadanya. Mataku masih tertumpu pada skrin tv yang sedang menayangkan cerita Twilight. Yang masa Bella Swan baru jumpa dengan Edward Cullen tu. Ini dah masuk kali keberapa dah aku binge movie ni, tak terkira dah.

“Leesa,” panggilan Khai mematahkan fokusku pada Bella yang baru sahaja berjalan melepasi kipas angin dalam kelas mereka dan Edward pula dah tak tahan dengan bau darah Bella yang menusuk hidung dia.

“Ye, Leesa dengar. Cakap je lah.” balasku malas. Fokusku turut dibuka kepada apa yang Khai ingin sampaikan.

“Leesa kenal kan Uncle Adli dengan Aunty Aisyah?” soal Khai. Aku menggerakkan anak mata ke atas cuba untuk mengingat. Seketul Leesa ni memang ada masalah cepat lupa.

“Parents Kak Naufa kan? Ha kenapa dengan diorang?” setelah mengenal pasti gerangan dua orang itu aku pantas membalas tanpa berpaling ke arahnya. Bakal mentua abang lah ni.

“Diorang tu dulu kawan abi dan mama. Sejak zaman diorang belajar lagi. Dulu kan mama dengan Aunty Aisyah tu kan masa diorang mengandungkan abang dengan Kak Naufa—” cerita Khai itu terus terhenti sebaik sahaja aku melemparkan kusyen ke mukanya. Tadi kata ada benda nak cakap tapi pergi cerita benda yang tak penting pun. Kacau je aku nak tengok Twilight.

“Apa benda abang ni? Straight to the point je lah. Orang nak tengok movie pun tak senang.” balasku sebaik sahaja Khai mengalihkan kusyen yang terkena mukanya tadi ke tepi. Khai tersengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Sebenarnya Leesa, kalau abang cakap ni Leesa jangan cepat melatah tau, dengar dulu apa abang nak cakap sampai habis.” ujar Khai dengan penuh serius. Dia menarik nafas dalam.

“Sebenarnya, marriage kita mama dengan abi memang dah lama arrange. Sejak kita kecil lagi. Nasib baik tak tunang je.” Khai berhenti sebentar. Jadi, dia dengan Kak Naufa masing masing sebenarnya tak nak berkahwin?

“So, abang nak cakap yang abang sebenarnya tak suka Kak Naufa? Tak nak kahwin dengan dia?” aku membuat andaian. Khai laju menggeleng tanda bukan itu yang dia ingin sampaikan.

“Bukan macam tu, pasal abang dengan Naufa dah settle, abang memang nak kahwin dengan dia. Tapi ni pasal Leesa.”

“Apa nya pasal Leesa pula?” aku menyoal pelik. Mata masih tertumpu pada skrin tv.

“Leesa kena kahwin dengan adik Kak Naufa. Arwah mama yang nak.” hampir tercekik udara aku sebaik sahaja mendengar perkara yang disampaikan oleh Khai. Terus saja kepala ini dipusing menghadap dia. Aku? Kahwin?

“Hahaha, kelakarnya abang ni. Dah lah tak payah kacau orang, orang nak tengok movie ni. Takde keje ke buat-buat cerita ni.” ujarku sinis sebelum mengguman rendah. Aku lihat wajah Khai dengan ekor mata. Dia sedang menggelengkan kepalanya perlahan.

“Leesa abang tak main-main. Lepas abang kahwin nanti, Leesa dengan dia pula. Ikutkan abi, walau macam mana pun dia nak anak-anak dia semua kahwin tahun ni juga.]

"Kenapa ni Leesa? Apa yang no?" Khai datang ke arah aku dengan muka cemas. Mesti daripada bilik ni. Baju pun dah tukar. Tadi rasanya dia pakai baju lain. Ke tadi tu aku mimpi? Ya, mimpi je tu. Tenang Leesa, tenang. Tadi tu mimpi semata-mata. Aku menghela nafas lega.

"Err.. Tak ada apa lah." tak kan lah aku nak beritahu dia pasal mimpi tadi. Confirm kena bahan seminggu tanpa henti. Tak pun, kalau betul-betul dia pergi survey adik Kak Naufa tu macam mana. Mohon dijauhkan lah.

"Hmm... Oo keyyy." dia buat muka pelik. Macam nampak aku baru makan arnab panggang pula. Tak puas hati lagi la tu. Ah malas aku nak layan. Aku bangun hendak menuju ke bilik.

"Eh, kejap. Duduk dulu kejap." arah Khai seraya menahan aku daripada berjalan. Aku duduk dengan muka tanpa riak.

"Kenapa?" aku tanya dia. Dia membetulkan kedudukannya sebelum berdehem kecil lalu memandang aku dengan muka serius. Dah kenapa pula ni?

"Ada sesuatu yang abang nak cakap. Leesa dengar dulu sampai habis, jangan menyampuk selagi abang tak habis cakap." dia pandang aku dengan mata dia yang dikecilkan. Hek, perli aku. Aku menjongketkan sebelah kening dan memandangnya dengan muka toya.

"Hmm.." aku menunggu apa yang hendak disampaikan. Nampak macam serius sangat je ni.

"Abi ada cakap dekat abang haritu, lepas abang dengan Kak Naufa dah kahwin nanti... " dia berjeda sebentar. Aku dah mula tak senang duduk. Nak cakap apa ni, bang? Dalam hatiku berdoa supaya apa yang Khai ingin sampaikan bukanlah benda yang aku tak nak dengar tu.

"Dia nak... Err.. Leesa tahu kan ayah Kak Naufa tu kawan abi, mak Kak Naufa pula kawan arwah mama." dia berjeda lagi. Here we go again. Aku mengangguk menandakan aku tahu mereka tu kawan arwah mama dan abi. Nampaknya benda ni memang berat untuk disampaikan. Melalui mata Khai pun aku dah dapat rasa ada sesuatu yang buruk nak berlaku. Tapi apa kaitannya dengan Dato' Adli dan Datin Aisyah? Aku rasa muka aku ni dah blur teruk dah ni. Tolonglah jangan kata benda yang aku mimpi tadi tu betul-betul nak jadi.

"Ok lah, macam ni. Abi nak kahwinkan Leesa dengan Naufal. Naufal, adik Kak Naufa. Tunang dua bulan lepas tu kahwin." dengan hanya senafas ayat itu terlafaz dibibirnya. Mata aku terbuntang luas.

Sah. Abi dan mama dah arrange perkahwinan aku.

Apa dia ingat aku ni barang yang sedang menjalani proses jual beli ke? Senang-senang je dah tetapkan aku kena tunang dengan mamat mana-mana entah.

"What!!! Hell no! I'm not gonna marry anyone! Apa benda kau merepek ni abang?!!" aku memprotes. Suara aku dah naik seoktaf. Elok aku panggil dia abang-Leesa dari tadi kan dah ber'aku-kau' dengan dia.

"Aku tak merepek lah dik. Abi yang suruh aku bagitahu kau benda ni. Kau fikir aku saja-saja nak suruh kau kahwin dengan adik ipar aku ke ha? Memang tak lah wei!" kali ini suaranya juga sudah meninggi.

"Kenapa dia tak bagitahu sendiri je? Aku muda lagi la wei. Kau bagitahu dia aku tak nak kahwin dengan mamat tu, bang." ujar ku. Kenapa abi selalu gunakan Khai untuk suruh aku buat benda yang aku tak suka? Ah, kalini aku tak nak ikut je cakap abi. Ni pasal kehidupan aku.

"Mana lah aku tahu kenapa. Aku rasa baik kau terima je lah dik. Abi tu dah tak lama, siapa nak jaga kau nanti?" suaranya sudah mula mengendur. Macam ada sesuatu yang dia rahsiakan daripada aku bila dia tiba-tiba cakap pasal semua ni.

"Kau kenapa bang? Kot ye pun tak nak jaga aku kenapa kau cakap pasal abi macam tu sekali? Lagi satu aku tahu lah jaga diri aku!" aku malas nak bertekak dengan Khai lama-lama, jadi aku terus bangun dan berlari naik ke bilik. Khai yang tengah panggil aku tu aku tak hiraukan. Dia fikir senang-senang je ke nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal? Dia fikir senang ke nak belajar cintakan orang lain padahal hati kita masih lagi dekat orang lain? Argh!!! Serabut!

***

"Weyh, aku macam tak percaya dowh ayah aku suruh aku kahwin dengan anak kawan dia. Serius aku tak nak dowh. Aku muda lagi kot. Baru habis je amik result SPM beberapa hari lepas. Tak sempat jejak kaki kat universiti pun lagi." aku mengadu kepada kawan-kawanku melalui WhatsApp video call tentang apa yang diberitahu oleh Khai tadi.

"Wei,serius lah?" Atira menyoal dengan muka terkejut dia. Diorang pun tak sangka tau.

"Kau baru 18 tahun je kot. Agak-agak lah." Badrisya pun dengan riak terkejutnya memprotes juga.

"Alah, tahun depan kan baru kau kahwin ngan mamat tu. Sempat la nak masuk 19 tahun, ke kau nak kahwin umur berapa?" jawab Fahira selamba. Badrisya yang dekat sebelah dia terus menyiku bahu Fahira.

"Aduh! Apa? Betul lah!" Fahira memprotes. Hesh dia ni, memang la betul. Masalahnya aku tak nak kahwin dengan dia la Fahira oi. Nak je aku tapak dia dengan pasu bunga kat sebelah phone aku ni. Nasib baik Badrisya dah tolong sikukan. Aku buat muka.

"Memang lah betul tapi masalahnya dia tak nak kahwin lagi lah sengal." Badrisya membalas semula. Yass! Bagus tu Badrisya! Nasib baik ada kau.

"Thanks sebab tolong siku dia Risy. Walaupun sebenarnya nak je aku tapak dia dengan pasu ni." pasu disebelah phone aku tadi diangkat dan aku acah nak balik dekat Fahira dengan mata yang dijengilkan.

"No hal lah." Badrisya membalas sambil tergelak. Empat-empat orang ni tergelak sekali sebenarnya.

"Hmm... Abang kau ada cakap apa lagi?" kini Fatiha pula mula menyoal siasat.

"Dia cakap pasal ayah aku suruh aku kahwin tu je lah. Lepas tu bila aku tanya kenapa ayah aku tak cakap dekat aku sendiri, dia boleh pula cakap macam ni.." aku berjeda sebentar.

"... Aku rasa baik kau terima je lah dik. Abi tu dah tak lama. Siapa nak jaga kau nanti? Haa ada ke patut dia cakap macam tu? Aku terus blah lah lepas tu. Dia panggil aku pun aku malas nak layan dah." aku mengajuk semula suara Khai sebelum kembali ke suara asal aku yang lunak lagi merdu ni. Hek.

"Aku rasa dia ada lagi satu rahsia la nak cakap kat kau. Yang kau lari terburu-buru tu kenapa? Hmm... Dah tak lama eh? Selalunya kalau untuk orang tua ni bila istilah ‘dah tak lama’ digunakan maksudnya kemungkinan besar dia akan tinggalkan dunia ni. Atau pun mati." Fatiha mula nak berfalsafah. Woi aku ni anak orang tua yang kau cakap tu lah. Sensitif lah sikit.

"Aku tahu lah tu. Tapi kot ye pun abi tu dah tua dia tak patut la nak cakap macam tu." muka aku memang menunjukkan yang aku tengah geram.

"Leesa, ayah kau lately ni ada perubahan apa-apa tak dari segi kesihatan?" Fatiha tiba-tiba bertanya. Dah kenapa minah ni? Hmm rasanya macam sihat je. Aku cuba nak ingat balik kalau-kalau ada benda pelik pelik jadi. Eh macam ada.

" Hmm... Aku tengok haritu migraine dia macam makin teruk. Lepas tu kalau orang panggil, dua tiga kali baru dia dengar. Haritu masa dia pegang remote tv kan, remote tu entah macam mana boleh terjatuh padahal aku tengok elok je dia pegang." aku terang satu persatu insiden yang agak pelik tu kepada mereka.

"Aku rasa kan wei, sorry to say lah. Tapi aku rasa kan..." belum sempat Fatiha nak habiskan ayat dia tiba-tiba pintu bilik aku diketuk dengan kuat.

"Leesa! Cepat Leesa, abi masuk hospital." kedengaran suara Khai yang cemas di sebalik pintu. Aku pun terus berlari kearah pintu sebaik sahaja terdengar nama abi disebut. Aku terus merentap pintu bilik.

"Apa abang cakap? Abi masuk hospital? Bila? Kenapa?" bertalu-talu soalan aku ajukan. Tembok air mata ni sedikit lagi hendak pecah. Riak muka juga memang sudah tak dapat dikawal lagi.

"Yes, abi pengsan dekat office lepastu diorang terus hantar abi pergi hospital. Cepat pergi ambil barang Leesa then kita gerak pergi hospital sekarang." Khai mengarah dengan riak mukanya masih kelihatan cemas.

“Abi tu dah tak lama...” terngiang-ngiang apa yang Khai beritahu aku tadi. Nauzubillah min zalik.. Minta dijauhkan, semoga abi tak ada apa-apa.

_________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience