GD 10: Kahwinkan je lah

Drama Completed 6688

Pejam celik, pejam celik dah hampir sebulan setengah aku duduk rumah tak buat apa. Duduk rumah seorang, makan seorang, kalau Mak Jah datang baru lah ada teman. Kadang-kadang keluar jalan-jalan pun seorang. Kawan-kawan lain semua sibuk dengan hal masing-masing. Daripada yang berkerja sampai lah yang tengah sambung belajar di universiti dengan dengan menggunakan result trial diaorang.

Aku mengambil tuala lalu mengelap rambutku yang masih sedikit lembab kemudian bergerak ke meja solek. Sisir rambut di tepi cermin aku capai dan dibawa menyisir rambut ku. Malas lah nak guna hairdryer, biar dia kering sendiri nanti.

“Leesa, abi panggil makan. Jom lah turun.” Khai melaung daripada luar bilik ku seiring dengan ketukan pada pintu. Aku yang baru sahaja selesai menyisir rambut segera meletakkan sikat rambutku keatas meja solek semula.

“Ha, kejap-kejap.” Aku membalas dengan langkah yang tergesa-gesa menuju kearah pintu bilik lalu membuka pintu itu. Kelihatan Khai masih lagi berada didepan bilik menungguku untuk keluar dari bilik.

“Jom.” Ajakku mendahului langkah ke ruang makan.

“Jom.” Khai membalas perlahan kemudian turut membuntuti langkahku menuju ke ruang makan bersama.

Setibanya di meja makan, aku terus mengambil tempat begitu juga Khai. Abi yang baru sahaja turun terus berjalan menuju ke arah meja makan dengan telefon bimbit ditangan. Dia kemudian duduk lalu menghadiahkan senyuman kepada dua orang anaknya ini. Ah, abi ni memang seorang yang pemurah dengan senyuman manisnya itu. Meski wajahnya kian dimamah usia, mukanya tetap kelihatan bersih walau dengan sedikit kedutan didahinya. Kami mula menjamah nasi bersama lauk-pauk yang kelihatan sungguh menggiurkan hari itu.

“Khairul,” suara abi memecahkan kesunyian.

“Ya, abi.” jawab Khai lalu mengangkat sedikit muka memandang ayahnya.

“Abang ambil cuti ni berapa lama?” soal abi bersahaja.

“Ermm.. hari ni dah Hari Jumaat, Sabtu, Ahad ni memang dah cuti. Tambah seminggu untuk siapkan hantaran yang mana belum siap tu tinggal sikit, pergi butik, apa semua tu. Seminggu lagi nak rehat dekat rumah. Lebih kurang dalam 2 minggu setengah, lepas tu nanti abang masuk office balik.” Khai mula menggumam sendiri sebelum memberikan tempoh yang jelas. Tinggal lebih kurang seminggu je lagi abang dah nak kahwin. Aaaa tak sabarnya. Dah macam aku pula yang nak kahwin bunyinya ni. Siapa je lah yang nak kahwin dengan aku ni.

“Honeymoon?” soalan abi berjaya membuat telinga Khai bertukar merah. Aku berdehem kecil sambil tersenyum-senyum sengaja ingin menyakat.

“Pasal tu, kitaorang decide nak tunggu cuti lain kali nanti. Sebab kalau nak cuti lama-lama nanti banyak kerja kat office tu bertangguh.” balas Khai tergagap kerana malu. Abi sekadar mengangguk faham.

Abang memandang aku dengan pandangan yang tajam. Aku pula makin bertambahlah rasa nak tergelak aku ni, mujur aku tahan. Aku beralih semula kepada isi pinggan aku.

“Leesa.” Abi mengalihkan perhatiannya kepada aku yang sedang sibuk mengasingkan cili yang aku terambil secara tak sengaja tadi.

“Ha? yes, abi” terkejut kecil aku dibuatnya. Aku menumpukan pandangan ke arah abi.

“Leesa betul tak nak further study kat Jepun macam Khai dulu?” soal abi bersungguh.

“Err.. takpelah abi. Jepun macam jauh sangat lah, Leesa try dulu kat sini sampai degree nanti Leesa fikir balik untuk master nanti.” balasku sambil menguis-nguis nasi didalam pinggan dengan sudu. Ikutkan abi, dia memang nak hantar aku ke Jepun terus lepas aku dah dapat result tapi aku rasa berat hati pula nak tinggalkan Malaysia untuk kali kedua ni. Seorang diri pula tu. Jadi aku putuskan untuk masuk universiti dekat-dekat sini saja. Abi mengangguk faham.

“Senang-senang abi kahwinkan je lah budak ni. Lagi pun adik ipar abang tu single lagi tu. Arwah umi dulu pun selalu jodohkan Leesa dengan dia.” sakat Khai kemudian ketawa mengekek-ngekek. Abi turut ketawa mendengar Khai yang menyakat aku itu. Ceit, adik ipar konon. Dia dengan Kak Naufa tu pun tak kahwin lagi. Aku membuat muka menyampah. Dia pula menayang muka done-payback-.

“Betul juga tu, abi setuju. Lagi pun anak teruna si Adli tu pun bagus juga perangainya abi tengok.” sambung abi pula dengan nada yang— aku pun tak dapat nak tafsirkan apa maksud abi dengan nada yang tulus seperti betul-betul mengharap anak lelaki sahabatnya itu akan menjadi suami aku. Abi meletuskan tawa kecilnya sekali lagi. Aku mengerutkan kening.

“Apa abi ni. Leesa baru 18 tahun tau, tu pun baru je minggu lepas.” aku memprotes.

“Apa salahnya kahwin awal?” provok abi sambil keningnya diangkat berkali-kali. Sejurus itu mukaku mula terasa membahang. Sebab malu pun ada, bengang pun ada. Aku boleh rasa yang muka aku dah merah seperti buah tomato yang merah tu.

***

"Dato', Dato' amat memerlukan rawatan ini dengan segera," kata doktor peribadi Dato' Hassan, Doktor Amir dengan nada serius.

"Kalau tidak dirawat dengan segera,tumor ini dibimbangi akan makin membesar dan merebak ke anggota badan yang lain." sambungnya lagi.

Dato' Hassan masih membatukan diri. Tidak memberi apa-apa respon. Dia datang bertemu dengan doktor peribadinya kerana dia sering berasa sakit kepala terutama sekali bila bangun dari tidur dan ketika bersin dan batuk sejak dua minggu yang lepas. Doktor muda itu membuat pemeriksaan,mengambil ujian darah dan memintanya datang semula ke hospital pada hari ini.

"Kalau saya tak teruskan rawatan dalam masa terdekat ni,masih ada harapan tak untuk saya sembuh?" akhirnya Dato' Hassan bersuara tenang.

"Dato', sementara diperingkat awal ni sebaiknya kita jalankan pembedahan untuk buang tumor tu dengan segera. Kalau ianya sudah membesar, agak sukar untuk buang tumor ni Dato'. Berisiko Dato'." terang Doktor Amir.

"Tiada apa yang tiada risiko doktor. Beri saya masa untuk bincang dengan family saya dulu ye doktor." balas Dato' Hassan seraya melemparkan senyuman kepada doktor peribadinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience