Pejam celik, pejam celik hari yang ditunggu pun tiba. Hari ini bakal jadi detik bersejarah buat aku dan keluarga kami. Masih berbaki satu jam sebelum kami akan diijab kabulkan. Aku terasa sedikit sebak tatkala melihat hujung jari yang merah menyala dek kerana inai yang aku pakai malam tadi. Tak sangka aku dah nak kahwin.
"Leesa!!!" Empat sekawan ini menerjah masuk kedalam bilikku selamba. Aku menghadiahkan mereka senyuman nipis.
"Weyh, kenapa monyok je muka ni. Pengantin baru mana boleh monyok-monyok nanti hilang seri." Ujar Fahira prihatin. Aku mengukir senyum kepadanya.
"Aku tahu kuih seri muka banyak kat bawah tu untuk menaikkan balik seri muka kau tapi janganlah monyok macam ni." Risy menambah sambil memegang kedua belah pipiku dengan tapak tangannya.
"Kah. Sejenis jenaka apakah ini?" Aku membalas sarkastik sambil membuat muka jengkel.
"Weyh, kau serius lah nak kahwin ni? Kalau kau nak, kitaorang boleh je tolong kau lari dari sini." Ujar Atira separuh berbisik. Aku membuntangkan biji mataku sambil mengerutkan dahi.
"Lepastu jadi pengantin lari.." Risy menambah dengan suara yang sengaja dibuat-buat nada seram. Kemudian dia dan Atira saling berpandangan sebelum buat high-five. Dengan tak semena-mena telinga mereka dipulas kuat oleh Fatiha yang diam sedari tadi.
"Thanks, Tiha. Baru berniat nak buat tadi." Ujarku sambil memandang sinis ke arah dua orang makhluk yang tersangatlah bermasalah dengan otak masing-masing pada malam ini.
"Welcome. Dah biasa dengan kau punya berniat nak buat tapi sampai ke sudah tak buat-buat pun tu." Balas Fatiha sinis. Aku tergelak.
"Tapi betul ke ni weyh. Kau tak rasa macam awal sangat ke." Soal Fahira pula. Aku hanya pandang dia sambil tersenyum.
"Okey. Apa-apa je lah weyh, asalkan kau bahagia." Ujar Fahira lagi.
"Terima kasih. Doakan aku tau." Ucapku sambil tersenyum kepada mereka dan mereka membalas senyumanku. Deringan dari telefon bimbitku mematikan senyum kami. Aku lihat nama yang terpapar di skrin telefon. Mr. Fiancè. Aku berkerut sebentar sebelum menjawab panggilannya.
"Hello?" Aku menjeling ke arah empat sekawan yang mula bangun menuju ke arah pintu bilikku. Aku memandang Risy yang buat isyarat 'kitaorang keluar dulu' kepada ku. Aku mengangguk dan mereka pun keluar.
"Babe, I need to see you now. It's something urgent."
"Apa yang urgent sangat tu." Aku menyoalnya pelik.
"Awak kena jumpa saya sekarang. Saya tunggu awak dekat taman belakang rumah awak tau. Hati-hati." Dia terus menamatkan panggilan. Aku mula rasa tak sedap hati. Majlis bakal bermula dalam masa sejam je lagi dan awak buat saya risau. Aiman, apa yang dah jadi ni.
Aku keluar dari bilik dan menuju ke pintu belakang dengan bergaun pengantin. Adalah beberapa orang yang tengah angkat barang hantaran ke dalam kereta dekat ruang tamu tu. Aku menuju ke taman yang dikatakan Aiman. Aku mencari kelibatnya namun tiada. Nasib baik takde siapa perasan aku keluar. Semuanya tengah sibuk.
Aku mengangkat telefon dan cuba untuk mendail nombornya namun aku terkaku tatkala aku rasakan ada sesuatu yang melingkar di pinggangku. Aku menoleh ke belakang dan dapati bahawa Aiman sedang memelukku sambil meletakkan dagunya di bahu sebelah kanan ku. Aku terkaku dalam pelukannya sebelum aku meleraikan pelukannya dan menjauhinya setapak.
"What are you doing?!" Jerkahku kuat. Dengan spontannya tanganku singgah dipipinya membuatkan dia terteleng kekiri. Mukanya kelihatan sungguh resah. Dia tak lernah berkelakuan sebgini.
"Babe, I'm sorry. I didn't mean to do something stupid like that. Saya tak sengaja. Saya cuma takut kehilangan awak. Saya minta maaf. Saya betul-betul tak berniat begitu. Saya sayang awak sangat. Saya-"
"Shut up, Aiman! I don't wanna hear a word from you. I hate it when a stranger hug me like they are someone special for me." Ujarku marah berbaur kecewa. Dia peluk aku dan dia tahu aku tak suka disentuh lelaki yang tiada pertalian darah denganku. Aku lihat mukanya yang sugul.
"Kata ada benda urgent nak cakap tapi sebenarnya nak ambil kesempatan. You make me wonder if I did a wrong decision for giving you a chance, Aiman." Ujarku lagi dan mula berjalan meninggalkannya. Tapi sepantas itu juga dia menahanku daripada pergi.
"Nanti, Bella." Dia memegang lenganku kemas. Aku meronta cuba untuk melepaskan pegangannya namun pegangannya semakin dikemaskan.
"Bella, dengar dulu apa saya nak cakap." Ujarnya dengan muka yang agak sedih. Aku mula perasan mukanya agak pucat tak berdarah. Aku berhenti meronta dan memandangnya. Dia melepaskan tanganku dari pegangannya.
"Bella, saya betul-betul minta maaf dengan perlakuan saya tadi. Itu semua di luar kawalan saya. Saya tak kisahlah awak anggap saya apa sekalipun tapi saya nak awak tahu yang saya cintakan awak sampai bila-bila. Tapi saya minta maaf sebab saya mungkin tak dapat nak jaga awak. Kalau saya pergi tu tak bermaksud saya nak tinggalkan awak, tapi saya terpaksa untuk rela kerana memang itu ketentuan-Nya. Saya minta maaf kalau saya ni lelaki asing yang beranggapan diri saya ni ialah seorang yang istimewa untuk awak. Dan hadiah yang saya bagi tu. Saya suka sangat kalau awak pakai hadiah tu. Saya harap setiap kali awak pakai hadiah yang saya bagi tu awak akan doakan ketenangan untuk saya. Semoga awak jumpa pengganti saya nanti. Saya minta maaf. Khaleesah Nabellah, saya cintakan awak hingga akhir hayat saya." Dia senyum kepadaku dengan senyum yang paling manis pernah aku lihat. Aku terdiam.
Jelas yang dia terasa dengan ayatku sebentar tadi. Aku pandang batang tubuhnya yang sudah pun diloloskan ke dalam kereta. Aku berlari ke arah keretanya dengan penuh sesal. Aku tak sepatutnya anggap kau orang asing dalam hidup aku dan aku tak sepatutnya ragu dengan pilihan aku.
"Aiman! Tunggu! I'm sorry! Hey!" Aku menjerit sambil berlari ke arah keretanya yang sudah pun meluncur laju meninggalkanku. Apa aku dah buat?
***
Aku duduk di sebelah Iqa dan aunty dengan penuh resah. Sudah hampir setengah jam menunggu tetapi pengantin lelaki masih belum sampai. Memoriku berputar semula pertengkaran antara aku dan Aiman tadi. Rasa bersalah dan menyesal mula menjalar dalam diri. Rasa bersalah kerana tuduh dia bukan-bukan. Menyesal sebab tak nak dengar alasan dia. Aku pandang muka abi dan uncle yang kelihatan sungguh risau.
"Lama lagi ke pengantin lelaki ni? Ada banyak perkara yang perlu saya selesaikan ni Dato'. Takkan saya nak tunggu sampai esok." Ujar tok kadi itu tak senang duduk. Jujurnya aku sendiri pun dah macam cacing kepanasan ni. Aiman, kau betul-betul nak tinggalkan aku ke? Atau ada sesuatu yang tak baik menimpa kau?
"Err.. sekejap eh tok. Kita tunggu lagi lima minit. Kalau tak datang juga kita batalkan saja majlis ni." Ujar abi dan menyebabkan kebanyakan hadirin mula berbisik sesama sendiri. Tok kadi tersebut hanya mengangguk. Mataku mula bergenang dengan air mata dan cepat-cepat aku seka. Aunty dan Iqa cuba menenangkanku dengan menepuk belakangku perlahan. Rakanku yang berempat tu pun turut menggosok belakang badanku bagi melegakanku.
Tiga minit berlalu dengan pantas. Aku sudah mula hilang harapan. Setitik air mataku yang tumpah aku kesat kasar. Aku cuba untuk berdiri dan meninggalkan majlis ini namun pergerakan terhenti tatkala mendengar suara yang sungguh aku kenali.
"Maafkan saya sebab lambat." Pinta suara itu.
"Kamu pengantin lelaki?" Soal tok kadi itu bagi mengesahkan. Suasana diam untuk seketika.
"Ya, saya." Jawab suara itu. Entah kenapa aku boleh rasakan keterpaksaannya dalam menjawab pertanyaan itu. Lelaki itu pergi kepada abi dan membisikkan sesuatu.
"Boleh kita teruskan?" Soal tok kadi itu dan mendapat persetujuan daripada saksi dan wali untuk meneruskan. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku rasa seperti lelaki yang sudah pun berjabat tangan dengan ayahku kini bukanlah orang yang sepatutnya.
"Naufal Khalees bin Adli." Aku tergamam dengan nama yang disebut oleh abi sebentar tadi. Abi tersalah sebut nama ke?
"Saya." Aku tersentak. Aku rasa bagai ada sebuah batu besar yang menghempap diriku saat ini. Separuh jiwaku meronta seakan memberontak dan tak setuju dengan perkara yang sedang berlaku, dan jahatkah aku jika aku katakan yang separuh lagi jiwa ku ikhlas dan gembira bila dapat tahu yang Khalees yang akan mengahwini aku?
"Aku nikahkan engkau dengan puteri bongsuku, Khaleesah Nabellah binti Hassan dengan mas kahwinnya RM 5 000 tunai." Abi, dia bukan lelaki yang sepatutnya jadi suami Leesa.
"Aku terima nikahnya Khaleesah Nabellah binti Hassan dengan mas kahwinnya RM 5 000 tunai." Dengan satu lafaz keramat itu maka aku sah hak milik Naufal Khalees bin Adli. Bukannya Naufal Aiman bin Adli yang menghilang saat aku perlukan dia.
Aiman, sampai hati awak biarkan saya jadi milik Khalees tapi bukan awak. Aku pandang Iqa disebelahku yang sedang menyeka air matanya. Aku tahu hatinya hancur. Iqa, aku tak bermaksud untuk buat kau sedih tapi ini memang di luar pengetahuanku sendiri.
Khalees, apa lagi yang kau nak buat kali ni? Disaat Khalees datang menghampiriku untuk upacara membatalkan air sembahyang telefon mama berdering. Mama menjawab panggilan itu. Aku memandangnya. Riak wajahnya berubah drastik selepas dia menjawab panggilan itu.
"Kenapa, mama?" Khalees menyoal dengan muka gelisah.
"Aiman. Dah takde." Jawab mama perlahan. Disaat itu segala memori aku dan dia mula bermain diminda. Aku rasa sesak didada. Empangan air mata ku sudah pun pecah.
"No! You must be kidding me, right?" Aku sudah tidak pedulikan tanggapan orang terhadap seorang isteri yang meratapi pemergian lelaki lain di hari pernikahannya.
"He's still alive. I know. He must be still alive. He wont leave me. He promised me that he will love me. Tapi— dia tak pernah janji untuk tak tinggalkan Bella. Kenapa dia tak janji ma?" Suara ku yang lantang tadi mulai mengendur diganti dengan sesak yang makin menyesakkan dada. Aku lihat semuanya kabur dan aku lemah. Aku sedar ada yang menahanku daripada terjatuh ke lantai sebelum aku rasa pandangan ku gelap. Aiman. Dia saja difikiranku.
Share this novel