"Ya,yalah. Leesa tahu lah. Tak payah nak membebel sangat boleh tak? Dah macam perempuan." hanya itu yang dapat aku ulang dari tadi. Lepas bertikam lidah dengan Khalees tadi terus kena bebel dengan pak cik ni.
"Tak kisah lah abang bebel macam perempuan ke apa ke, Leesa tu perempuan tau ingat sikit. Perangai tu semenggah lah sikit."
Ah sudah, dia dah start membebel lagi. Kena cari cara nak stop kan pak cik ni membebel ni. Aduh. Oh, yalah kan dia yang call aku tadi.
"Ok, abang ,ok. Ni yang call Leesa ni kenapa?"
Hahaha. Kan dah terdiam. Tadi nak membebel sangat, sekarang ni diam pula. Hish dia ni.
"Abang, kenapa call Leesa? Cepat lah sikit Leesa nak pergi makan ni. Kalau tak nak cakap nanti wasap je lah." tangan aku sudah laju nak menamatkan panggilan.
"Eh kejap Leesa," sikit je lagi tangan aku nak tekan end call baru lah dia reti nak bercakap.
"Hmm... Cepat lah." aku masih bagi ruang dia bercakap. Sambil bercakap dengan dia dari tadi memang kaki aku tak berhenti berjalan. Mata pula sibuk mencari Malaiqa dekat foodcourt ni.
"Err... Sebenarnya, abang. Sebenarnya nak..." perlahan sahaja dia balas. Lepas tu sepatah pun tak jelas.
"Apa dia? Leesa tak faham lah abang cakap apa. Cakap lah elok-elok." aku membidas geram sambil menuju kearah Malaiqa yang sedang duduk di meja bahagian hujung. Memang jauh sikit daripada orang lain. Aku terus duduk tanpa menghiraukan Malaiqa yang masih menghabiskan makanannya yang tinggal separuh. Tak guna dia makan dulu tak tunggu aku. Dah lah tak order untuk aku sekali.
"Fuh. Ok," dia mengeluh berat sebelum menyambung. "Abang nak kahwin. Minggu depan nak hantar rombongan meminang. So, tarikh kahwin kenduri apa semua tu nak bincang masa pergi hantar rombongan tu. Leesa kena ikut sekali."
"Ha!?" suaraku naik seoktaf. Bukan marah, tapi terkejut, teruja, gembira, semua ada. Tak ada angin,tak ada ribut, tiba-tiba dapat tahu abang sendiri nak kahwin. Minggu depan pula tu. Malaiqa yang tengah makan pun hampir nak tersedak aku tengok. Ah, tak kisah lah. Sekarang ni abang aku nak tunang minggu depan woi!!! Excited dia macam aku pula yang nak tunang. Eh, tiberr.
"Serius lah minggu depan? Cepatnya. Leesa tak salah dengar kan? Khairul Nabil bin Dato' Hassan, tunang minggu depan." teruja bukan kepalang aku rasa. Wow, dapat kakak ipar. Lepastu anak buah. Hidup aku sesungguhnya akan lengkap.
"Ish, betul lah abang nak kahwin tapi bukannya minggu depan, minggu depan baru nak hantar rombongan meminang kalau dia terima baru jadi tunang je. Leesa ni banyak tanya lah. Dah lah, tu je abang nak cakap. Esok abang balik. Jangan bagitahu apa-apa lagi dekat abah eh. Cubit kang. Oklah bye." balasnya terputus putus lalu talian pun diputuskan, mesti tengah malu tu. Aku boleh agak muka dia tengah merah macam tomato dah sekarang ni.
Aku matikan telefon kemudian menyimpannya kedalam poket seluar. Malaiqa memandang aku bingung.
"Weyh, serius lah abang kau nak kahwin? Abang Khai nak kahwin?" dia menyoal dengan muka tak percaya. Oh mestilah dia dengar aku dah hampir nak menjerit sebab excited tadi.
"Ha'ah, dia cakap dia nak hantar rombongan meminang minggu depan." tangan aku dengan selambanya mencapai air tembikai kepunyaan Malaiqa yang tinggal separuh sebelum menyedutnya sehingga habis. Dia tak kisah pun. Dia pun dah habis makan. Lagipun dia ada air mineral lagi. Dah biasa dah macam ni. Lagipun siapa suruh dia tak order untuk aku sekali.
"Awal lah. Bila masa dia ada girlfriend? Dia nak kahwin dengan siapa? Kak Naufa ke?" dia menyoal bertubi-tubi, keningnya terangkat sebelah dan bibirnya diherotkan sikit.
"Iyalah, siapa lagi. Suka hati dia lah nak kahwin awal pun. Cepat sikit aku dapat kakak, lepastu ada anak buah yang comel macam aunty dia. Huhuhu." aku membalas sambil buat muka comel. Eh siapa cakap tak comel? Aku memang betul-betul comel tau. Hashtag done masuk bakul angkat sendiri.
"Mana boleh dia kahwin secepat tu. Aku tak sempat lagi nak buat dia suka dekat aku. Kalau dia kahwin dengan Kak Naufa aku tak jadi kakak ipar kau." dia membalas dengan penuh dramatik. Eee, nak muntah aku rasa. Aku buat-buat nak muntah dekat dia. Dia segera melarikan mukanya yang hampir dengan aku. Haru biru hidup aku kalau dia yang jadi kakak ipar aku.
"Kalau kau kahwin dengan abang aku..." mata aku julingkan keatas kemudian menghamburkan tawa.
"Siapa yang nak kahwin dengan siapa ni?" kedengaran satu suara yang agak garau menyoal. Aku pandang sekilas kearah punca suara itu. Tadaa. Mamat mereng ni lagi. Eh masalah hidup betul lah. Aku ingat dah habis sekolah ni tak payah jumpa dia dah. Ni, berapa kali dah asyik terjumpa je. Aku menggulingkan bebola mata tanda menyampah.
Dia tarik kerusi disebelah Malaiqa lalu duduk disitu. Eh dia duduk depan aku pula dah. Takkan lah aku nak pandang dia, dia pandang aku kan? Jadi jalan terbaiknya ambil phone, buat-buat sibuk lah apa lagi.
"Oh, tak ada sesiapa pun." Malaiqa menjawab. Ok bagus, kau je lah cakap dengan manusia ni Iqa, boyfriend kau kan? Aku tak nak ada kaitan dengan dia ni. Dah buat salah tak reti nak minta maaf balik. Siap suruh aku minta maaf dengan dia pula. Apa ke bangangnya perangai tuh.
"Ye ke? Tadi aku dengar macam abang perempuan ni nak kahwin, lepas tu ada pula yang jelous sebab abang perempuan ni nak kahwin." Balas Khalees dengan sinis kemudian menjeling Malaiqa. Malaiqa hanya tersengih seperti kerang busuk. Haha padan muka kau Iqa, nak menggedik sangat kan? Kan dah mendapat, ni ada orang jelous ni.
Eh kejap, dia panggil aku apa tadi? Perempuan. Dia panggil aku 'perempuan'. Amboi, kurang ajarnya manusia ni. Aku ada nama lah manusia. Nama aku sedap sedap tu kau panggil perempuan je?
"Hahaha, apa benda kau merepek ni? Aku gurau je lah dengan Leesa tadi." balas Malaiqa sambil tergelak. Khalees turut tergelak; sinis lalu mula beralih ke topik perbualan yang lain. Diorang pun berborak dan aku pun tak tahu apa yang diorang borakkan yang aku tahu memang aku dipinggirkan. Amboi, bahagianya. Kau buat tak tahu je dia panggil aku perempuan.
Aku tengok jam tangan, dah pukul 3:00 petang. Aku rasa punggung aku dah berasap ni. Aku nak balik. Itu je ada dalam kepala aku sekarang ni.
“Iqa, aku rasa aku nak balik dah lah. Kau lambat lagi ke ni?" sengaja aku tanya macam tu. Padahal dah sah-sah dia ada banyak benda lagi nak cakap dengan Khalees tu. Eeeuw menyampah. Dah, free free je kena teman diorang dating.
"Ok, jom lah balik. Khalees, kitaorang balik dulu lah, nanti ada masa kita borak lagi. Bye." sebaik sahaja dia meminta diri dan menghadiahkan senyuman kepada Khalees, aku terus ambil barang aku dekat kerusi sebelah dan bangun.
"Ok. Drive safe." Khalees memesan kepada Malaiqa sambil mengukir senyum manis. Ok, cair kejap. Kejap je, tak boleh lama-lama sebab dia jahat. Malaiqa hanya membalas dengan senyuman. Kemudian dia berjalan beriringan dengan aku yang sudah mendahului dia untuk ke tempat parking.
***
Aku terasa seperti mata aku bagai digam dengan gam uhu dah sekarang ni. Ya Allah, kenapa rasa susah sangat nak buka mata ni. Aku dengar macam ada yang panggil nama aku.
"Leesa, Leesa. Dah sampai ni weyh. Kau nak duduk rumah ni sorang-sorang ke nak balik rumah aku dulu ni?" sekali lagi suara tu memanggil aku. Aku sedaya upaya buka mata aku. Aku cuba buka mata sekali lagi. Aku nampak satu cahaya yang menerobos masuk ke kornea mata aku dan terus tutup mata semula.
Pap!
Satu tamparan hinggap di bahu kanan aku. Mata aku terus terbuka dengan luasnya. Secara spontannya tangan aku menggosok tempat yang ditampar sambil mengaduh kesakitan.
"Ha, kan dah kena. Orang kejut banyak kali liat sangat nak bangun." aku nampak Malaiqa yang sedang memandang aku dengan muka geram. Aku menghadiahkan sengihan yang menampakkan barisan gigi aku yang putih kepadanya.
"Dah sampai eh? Ha ok terima kasih. Nanti kalau ada apa-apa aku call kau." aku keluar dari perut kereta lalu menutup pintunya semula. Malaiqa menurunkan cermin tingkap kereta bahagian aku itu.
"Ok, elok-elok lah duduk seorang-seorang tu. Tunggu abang kau balik dulu baru keluar pergi mana-mana." nasihat Malaiqa. Muka dia kelihatan risau.
"Ya baiklah mak cik. Aku masuk dulu lah ya." tak betah berdiri lama-lama dekat situ, aku pun minta diri nak masuk rumah. Kepala ni terasa berat sangat.
"Hmm... Ya lah. Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Aku hanya mengangguk sambil mengukir senyum nipis. Salam dia aku jawab dalam hati sahaja lah. Malaiqa menaikkan cermin tingkap yang diturunkannya tadi dan mula memandu keluar dari perkarangan rumah banglo tiga tingkat milik abi. Setelah memastikan Malaiqa sudah tiada, pagar rumah aku tutup secara automatik dengan menggunakan remote.
Aku menghampiri pintu utama rumah dan memasukkan kata laluan. Ceh, nak masuk rumah pun leceh. Setelah kata laluan dimasukkan, aku menguak pintu utama itu dan melangkah masuk kedalam rumah. Suis lampu disebelah pintu aku nyalakan. Keadaan rumah yang agak kemas dan tersusun aku pandang sepi.
'Mak jah mesti dah balik ni. Kalau tak mesti lah lampu terbuka.' desisku sendiri.
Terdengarkan bunyi guruh diluar rumah, aku segera menapak kearah bilik tidurku yang berada di tingkat dua.
Usai membersihkan diri, aku duduk di depan cermin meja solek lalu mencapai telefon bimbit dan mengecasnya. Kemudian aku bangun menuju kearah katil dan merebahkan badan di atas katil empuk bersaiz Queen. Setelah seharian keluar baru sekarang terasa penatnya. Mata aku terasa kuyu dan aku terlelap.
_______
Share this novel