GD 1: Garisan Permulaan

Drama Completed 6688

Aku menilik imej diri ku pada cermin besar yang terletak di sudut tepi rak kasut berdekatan pintu utama. Aku meneliti penampilanku pada hari ini, Baju Kurung Pahang berwarna biru cair dikenakan dengan kasut canvas putih yang mempunyai sedikit warna biru disempurnakan pula dengan solekan nipis yang masih kelihatan natural. Aku meletakkan sepit rambut kepada rambut aku yang panjangnya hanya melepasi paras telinga. Setelah berpuas hati dengan penampilan aku hari ini, aku segera melangkah keluar daripada rumah dan berjalan terus ke arah Honda City milikku dengan kunci kereta di tangan.

“Hai Cik Leesa, ceria je muka pagi pagi ni nak pergi mana?” Pak Mat selaku pemandu peribadi abi menegurku sambil tangganya ligat mengelap cermin kereta Nissan X-Trail kepunyaan abi. Aku mengembalikan senyum kepadanya.

“Pak Mat. Hari ni kan Leesa nak pergi ambil result SPM Leesa. Pak Mat tolong doakan Leesa sempat kutip A banyak banyak tau.” balasku teruja.

“Amin.” ujar Pak Mat seraya meraupkan telapak tangannya kemuka sambil tersenyum mesra, aku turut melakukan yang sama.

“Dato’ tak ikut sekali ke?” soal Pak Mat hairan. Takkan lah tak nak teman anak sendiri ambil result, kan.

“Hmm tak tahu lah. Leesa ada bagitahu abi, tapi abi tak cakap pun dia nak ikut. Dia sibuk lah tu kot.” aku membalas bersahaja. Sejujurnya, jauh di sudut hati ini aku mahu abi hadir bersama aku tapi kalau dia memang betul betul sibuk dengan urusan di pejabat aku tak kisah. Aku tak kisah hanya ditemani kawan-kawan ku sahaja. Sejak kecil aku lebih banyak menghabiskan masa bersama abang aku dan juga kawan baik aku, Malaiqa. Mama, sudah lama meninggalkan kami oleh kerana sakit yang dihidapinya setelah dia melahirkan aku. Abi pula selalu sibuk di pejabat. Walaupun begitu, abi sentiasa cuba yang terbaik untuk memenuhi keperluan kami adik beradik dan sentiasa cuba menjadi ayah yang terbaik.

“Takpe lah Pak Mat, Leesa pergi dulu ye. Takut lambat pula nanti.” pamitku lalu segera masuk ke dalam kerata dan menghidupkan enjin. Setelah beberapa minit, kerata yang aku pandu sudah pun meluncur laju di atas permukaan jalanraya menuju ke sekolah yang telah hampir 4 bulan ditinggalkan.


*
Aku menepuk kedua belah tangan kuat tatkala nama rakan sekelas aku meniti di bibir pengacara majlis ini. Atira memandangku sekilas dengan senyuman yang penuh keterujaan sebelum dia bangun dan meleraikan genggaman tangan kami tadi. Dia naik ke pentas diiringi kedua ibu bapanya lalu slip keputusannya itu bertukar tangan.

“Seterusnya, pelajar cemerlang SPM yang terakhir dengan skor 8 A+ dan 1 A, dijemput naik ke pentas adik Khaleesah Nabellah bt. Hassan!” Aku menekup kedua belah tanganku menutupi mulutku. Badrisya yang berada disebelah ku mencuitku perlahan tanda supaya aku segera naik ke pentas. Aku menjatuhkan tanganku daripada mulut kemudian bangun perlahan-lahan. Aku memerhati ke arah tempat duduk dibelakang aku mengharapkan abang aku, Khairul atau abi hadir. Aku menarik senyum nipis dan segera berpusing kearah pentas melihatkan tiada kelibat mereka. Aku melangkah ke arah pentas dengan laju sambil tersenyum. Aku menyalam tangan guru penolong kanan ini lalu slip keputusanku bertukar tangan. Aku berundur setapak lalu meletakkan tangan ke dada seraya menunduk hormat kepada tuan pengetua dia tersenyum kepadaku lalu menyambut huluran tangan seseorang daripada sisi kanan dan kiri ku. Aku melihat ke arah kedua belah sisi ku dan mendapati abi dan Khairul tersenyum kepadaku. Bila masa mereka ada sekali ni? Aku segera memeluk pinggang kedua-dua lelaki kesayangan aku ini dengan senyum lebar dan bersedia untuk bergambar.

Kcakk!

Selesai bergambar kami segera turun dari pentas memberi ruang kepada pelajar lain pula.

“Abi, abang, thank you!” ucapku kemudian memeluk mereka sekali lagi. Mereka hanya tertawa perlahan sambil membalas pelukan ku.

“Congrats, pendek.” ucap Khai setelah pelukan dileraikan sambil menggosok kepalaku kasar, akibatnya rambut aku pun jadi serabai. Aku menampar lengannya kuat kemudian merapikan semula rambutku yang kelihatan kusut itu dengan kasar. Dia membuat muka mengejek.

“Hish dia ni, tak baik tau. Betulkan balik. Abi tengok abang ni.” aduku kepada abi dengan nada manja lalu menumbuk bahu Khai kuat. Abi menggeleng kepalanya perlahan dengan senyum yang tak lekang daripada bibirnya. Khai menggosok bahagian bahunya yang ditumbuk itu kejap kemudian mendekatiku dan merapikan rambutku semula.

“Anak abi ni dah besar dah. Dah habis sekolah dah pun, tu pun manja lagi. Lepas ni mana boleh manja-manja macam ni dah. Leesa kena kuat nak hadapi liku-liku kehidupan ni. Tak boleh harapkan abi je.” pesan abi kepadaku sambil tangannya mendarat di atas kepalaku.

“Betul tu. Control sikit cengeng tu. Ni tak, sikit sikit nangis.” tambah Khai dengan nada mengejek. Aku segera meluru kearah nya laju mencubit lengan kirinya geram.

“Mana ada!” bentakku dengan tangan yang masih belum lepas daripada mencubit abangku yang mulut macam longkang tu. Dia mengaduh sakit sambil tergelak.

“Dah, dah, dah stop. Sakit tahu tak.” ujarnya sambil memegang pergelangan tanganku dengan tangan kanannya supaya berhenti. Aku melepaskan cubitan ku lalu terus menyorok dibelakang abi. Dia mengusap lengannya sudah kemerah-merah dek cubitan adiknya ini. Hahahahaha, aku tergelak besar di dalam hati melihatkan dia yang ingin membalas namun ditegah oleh abi. Aku menjulingkan bola mata.

“Dah jom kita balik. Ke Leesa nak lepak dengan kawan-kawan dulu?” soal abi sambil melihat ke arah dalam dewan. Aku turut meng'scan' mencari kawan-kawan aku malangnya tiada siapa yang tinggal. Mereka semua mesti dah balik ni. Hanya classmates yang aku tak berapa nak ngam je yang ada. Aku menggelengkan kepala kepada abi.

“Takpe, jom lah kita balik. Diorang semua dah balik kot.” ujarku kemudian mengeluarkan kunci kereta daripada beg silangku dan mula berjalan ke arah tempat letak kereta.

“Bak sini, biar abang drive.” ujar Khai sambil menyuakan tapak tangannya kepada aku. Aku memandangnya lalu menepuk tapak tangannya itu.

“Tak payah. Tadi datang tak drive sendiri ke? Bukan abang suka ke menunjuk Mercedes abang tu.” balasku sinis sambil memegang erat kunci keretaku takut dirampas oleh Khai. Dia bukan boleh percaya. Bagi lah chance kat aku yang baru berapa kali je drive kereta kesayangan ni sejak abah belikan bulan lepas.

“Eh, mulut.. Suka hati je, mana ada abang macam tu.” balasnya cuba untuk mengetuk kepalaku. Aku cepat-cepat lari kearah tempat kereta aku diparkirkan dan segera masuk ke tempat pemandu. Aku menghidupkan enjin lalu abi masuk ke tempat penumpang bahagian hadapan diikuti Khai yang berada dibahagian belakang. Aku mula memandu keluar dari kawasan sekolah dan menuju pulang kerumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience