Setahun kemudian...
Hingar bingar suasana disini tidak aku hiraukan. Yang aku tahu aku inginkan kepuasan. Irama muzik yang rentaknya semakin menggila membuatkan aku lebih teruja. Aku terkinja-kinja mengikut arus yang menghanyutkan. Aku lihat dua orang teman aku yang tadinya menari bersama kini bertemu dengan pasangan masing-masing.
Air haram itu diteguk tanpa rasa bersalah. Aku seolah lupa siapa aku. Aku membiarkan semua fikiran waras yang menegah aku daripada berkelakuan begini berlalu pergi. Aku merasakan bahawa ini satu kebebasan.
“Dunia tak pernah adil. Kalau tuhan ingat kau, kenapa dia campak kau masuk tempat macam ni wei. Just enjoy it and follow the flow, babe.” Kata-kata Elly berlegar-legar difikiranku. Entah bila aku mula terpengaruh dengan geng Elly ini.
Sedar-sedar sudah lebih 3 bulan aku macam ni. Tapi takde siapa pun yang kisahkan aku. Abang? Masa awal awal dulu bolehlah dia nak pantau aku, tapi kini dia sibuk dengan urusan di pejabat dan dia lebih banyak menghabiskan masa dengan Kak Naufa. Aku? Terumbang-ambing tanpa tujuan. Ada suami tapi dayus. Tidak langsung aku terfikir tentang pelajaran, pekerjaan, atau sebenarnya aku dah tak kisah tentang kehidupan.
“Mana? Mana laki kau yang sayang sangat kat kau tu? Jangan percaya sangat jantan ni. Kau muda lagi kot. Stick with one man awal-awal buat apa? You should enjoy your life. Laki yang kahwin ngan kau ni aku tengok macam tak mengisah pun pasal kau. Buat tak tahu je bini dia clubbing. Entah-entah ada betina lain tak. Baik kau enjoy je macam kitaorang ni.” Ujar Stacy dengan pelat cinanya. Aku hanya diam sambil menghadam kata-katanya. Sesekali air ditangan diteguk rakus.
Naufal Khalees, lelaki itu memang tak kisah pasal aku pun. Dia hanya diam dan tak cakap apa-apa. Aku tahu dia mesti tengah bahagia dengan Malaiqa sekarang ni. Dia lebih cintakan Malaiqa daripada isteri dia sendiri. Aku memang tak ada makna disisi dia.
Hanya seorang saja Naufal yang ikhlas sayangkan aku. Dia sentiasa sabar melayan aku. Dia selalu saja berjaya menghiburkan aku. Dia, Naufal Aiman. Dia cinta pertama aku. Tapi dia dah tinggalkan aku. Abi dah tinggalkan aku. Khai dah tinggalkan aku. Suami aku sendiri tak pernah nak cuba sayangkan aku dan dia hanya tinggalkan aku seorang diri dirumah.
Tipulah jika aku kata yang tiada sekelumit pun rasa sayang pada suami aku sendiri. Dia suami aku kot, mestilah aku sayang dia.
Tapi dia–
buat aku macam aku ni tak wujud disisi dia. Ah, aku terseksa dengan semua ni!
Tanpa sedar air mata ku mengalir sepi jatuh ke pipi disaat air haram itu aku teguk sehingga habis.
***
Khalees hanya menggelengkan kepala apabila melalui dihadapan kelab malam yang terkemuka di bandar Kuala Lumpur ni. Ramai yang keluar masuk dari situ tanpa rasa bersalah. Tanpa rasa takut akan apa yang mereka buat. Dan lebih menyedihkan mereka bahkan bangga dengan itu.
Fokus Khalees beralih kearah satu figura yang dirasakan dikenalinya. Figura yang dipimpin oleh seorang pemuda lelaki itu kelihatan seperti sudah hilang waras. Mereka baru sahaja keluar dari pub. Khalees memerhatikan setiap gerak-geri figura dihadapannya. Dia membuntangkan mata tatkala otak mula mengecam susuk yang sudah dibawa ketepi pub itu. Kawasannya agak tersorok.
Damn it, Leesa.
Khalees berlari kearah dua manusia yang sudah terbuai didalam dunia mereka sendiri. Lelaki tersebut mencuba untuk mencium bibir Leesa namun ditolak olehnya. Leesa meronta-ronta ingin melepaskan diri. Tetapi lelaki tadi semakin mengeratkan pelukan dipinggang Leesa. Khalees segera menerjah kearah mereka dan melepaskan tumbukan ke muka lelaki itu dengan penuh geram.
“What the hell are you doing?!” Lelaki itu menengking Khalees sambil membalas semula tumbukan tadi. Khalees segera menepis serangan lelaki itu dan menumbuk muka lelaki itu sekali lagi.
“Don't you dare to touch my wife with your fcking dirty hand!” Khalees membalas seraya menumbuk lelaki itu lagi. Kau fikir apa ha? Aku pun tak pernah sentuh dia, ni kan pula kau. Lelaki itu melihat Khalees tidak puas hati.
“You better get lost from here, man. Or maybe just stay here if you want this hand to punch your face more!” Khalees mengacah ingin menumbuk lelaki itu lagi namun pantas lelaki itu mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Dia pantas beredar dari situ. Khalees segera mendapatkan Leesa yang sudah terbaring lemah.
“Leesa, bangun Leesa. Apa benda yang kau buat kat sini ni Leesa?” Naufal meletakkan kepala Leesa ke ribaannya. Dia menepuk-nepuk perlahan pipi Leesa.
“Weyh, bangun la doh. Tolonglah jangan buat aku macam ni, please, response me.” Dia masih cuba mengejutkan Leesa.
“Naufal... Eh, Khalees hehehe, I love you...hehehe. But you didn't love isn't you?” sayup kedengaran suara Leesa yang sedang mabuk itu seiring dengan air matanya yang mengalir perlahan. Leesa membuka sedikit mata lalu termuntah. Bau alkohol terus menusuk ke rongga hidung Khalees. Dia segera mencempung Leesa yang sedang tersengih-sengih dek kerana air syaitan tadi itu ke arah keretanya.
“Leesa sabar, jangan muntah lagi sekali. Aku bawa kau balik ok.” Ujar Khalees panik. Dia sendiri sudah tidak dapat tahan dengan bau alkohol yang melekat di badannya dan Leesa sekarang ini. Dia juga buntu dan terlampau panik untuk berfikir sama ada perlu atau tidak dia membawa Leesa ke hospital. Ah, dia mabuk je tak cedera pun. Tanpa berfikir panjang dia terus memandu pulang kerumah.
***
“Arghhh!!!” Habis bergema ruangan bilik Leesa disebabkan jeritannya. Khalees segera masuk sebaik mendengar jeritan itu. Dia menuju ke arah Leesa yang sedang meracau seperti kerasukan.
“Lepaslah! Lepas! Aku tak nak lah! Tolonglah aku! Lepaslah!” Leesa meronta-ronta sambil teresak-esak menangis.
“Leesa, ni aku Leesa. Sabar, sabar.” Khalees cuba memujuk Leesa.
“Blah lah! Kau jahat! Aku benci kau! Lepaskan aku! Lelaki semua jahat! Semua tahu nak ambil kesempatan je.” Leesa masih meronta-ronta. Khalees segera menarik Leesa ke dalam dakapannya.
“Shh... dah, dah. Aku tak buat semua tu. Relaks, Leesa. Aku jaga kau, aku takkan bagi orang lain kacau kau.” Khakees mengusap kepala Leesa lembut sambil memujuk isterinya itu.
“Kau tipu, kau benci aku. Kau tinggalkan aku sorang-sorang. Kau tak suka aku pun. But why the hell that you married me at the first place?” Leesa sudah berhenti meronta namun masih menangis sehingga terhinggut-hinggut bahunya menahan tangis.
“Tak, tak, aku sayang kau. I love you.” Balas Khalees kemudian mencium ubun-ubun isterinya. Perlahan-lahan Leesa mula berhenti meronta dan mula membalas pelukan Khalees. Lama mereka berkeadaan begitu akhirnya dia tertidur dalam dakapan suaminya.
Khalees membaringkan Leesa diatas katilnya semula. Dia turun dari katil dan ingin keluar dari bilik itu.Tiba-tiba dia terasa seperti ada tangan yang menggenggam tangannya. Dia berpaling dan memandang Leesa.
“Please don't leave me like others. Just stay with me here.” Tutur Leesa perlahan. Khalees kembali duduk dan membaringkan diri disebelah Leesa.
“Don't worry, I won't. Just close your eyes and sleep normally. I'm here.” Khalees membalas sambil tersenyum kemudian mengucup dahi isterinya sekali lagi. Leesa memeluk Khalees seperti tidak mahu melepaskan
Share this novel