GD 16: Masih Benci?

Drama Completed 6688

“Lah... Ish, kau ni buat aku cuak je tahu tak.” dia memberikan jelingan tanda tidak puas hati kepada lelaki yang berada didepannya. Lelaki itu hanya memandangnya dengan riak tak bersalah.

“Tapi, kenapa kau tak setuju je dengan ayah kau? Kenapa kau suruh orang lain pula yang gantikan tempat kau?” dia menyoal dengan riak muka yang menunjukkan dia keliru. Lelaki yang berada di hadapannya kini menyedut sedikit kopi ais yang berada ditangannya itu sebelum memandang tepat kedalam mata si penyoal.

“Sebab aku cintakan orang lain dan aku tak suka dengan perempuan yang ayah aku pilih tu.” lelaki itu menjawab lalu menyandarkan belakang badannya kekerusi kafeteria sambil matanya dipejamkan.

“Maksud kau, kau dah tak suka dekat Leesa?” dia bertanya sinis kemudian menyedut sedikit minumannya.

“Aku tak pernah suka Leesa.” lelaki itu menjawab dengan sinis.

“Tapi kau pernah suka Bella, dan mungkin masih suka atau cintakan dia.” dia membalas dengan jawapan sinis dan menyebabkan lelaki itu terdiam.

“Cut it off, Iqa. I don't love her. It's my brother who fall in love with her. I love someone else.” ujar lelaki itu dengan wajah yang kecewa.

“Dah lah, Naufal. Kalau bukan Leesa, Bella. Come on Naufal, they are the same person. Apa yang buat kau tak suka dia sangat ni? Dia bukannya buat apa pun dekat kau. Nak cakap kau tak suka dia sebab dia crush dekat kau dulu? Nonesense lah alasan kau. Lagi pun ada ke dia datang jumpa kau lepas tu confess dekat kau? Tak ada pun kan? Tak ada sebab lah kau nak layan dia teruk macam tu. Don't be such a kid, Naufal. Sekarang ni kau tipu dia pula. Buat dia percaya yang kau nak kahwin dengan dia padahal itu sebenarnya abang kau yang berlakon jadi kau.” dia membalas dengan suara yang bergetar menandakan dia sedang menahan amarah yang sedang membuak-buak. Baginya, lelaki ini sedang mempermainkan hati sahabatnya.

“Aku tahu apa aku buat, Iqa. Sekarang ni aku nak minta tolong kau rahsiakan dulu perkara ni. Nanti dia akan tahu juga dengan siapa dia akan kahwin.” ujar lelaki itu dengan tenang.

“Lagi satu, kenapa lah susah sangat kau nak percaya tentang perasaan aku? Aku betul-betul cintakan kau, Iqa. Kenapa kau selalu nafikan perasaan aku?” riak muka lelaki itu berubah daripada tenang kepada kecewa.

“Sebab kau cakap macam tu dekat semua orang kecuali seorang perempuan yang bernama Khaleesah Nabellah. Jadi susah untuk aku nak percaya. Dan kau pernah cakap yang kau sukakan Bella. Jadi aku rasa kau tipu aku bila kau cakap kau cintakan aku, padahal sebenarnya kau suka Khaleesah Nabellah.” dia menjawab dengan suara yang mulai perlahan. Seperti kecewa. Dia sendiri tidak tahu dari mana dia punya kekuatan untuk cakap perkara ini.

“Apa kau merepek ni? Aku cakap aku suka Bella 14 tahun yang lepas tak bermaksud aku cintakan dia. Lagi pun masa tu kita baru 8 tahun dan dia baru 5 tahun. Kita tak tahu apa-apa lagi masa tu. We're still a kid.” ujar lelaki itu dengan kecewa. Kecewa kerana perempuan yang berada dihadapannya ini masih tidak mempercayainya.

“Untuk kali yang keseratus, Iqa. I love you.” luah lelaki itu sebelum bangun dan beredar dari kafe itu dengan rasa yang tak dapat untuk diungkapkan. Rasa sedih kerana masih lagi tidak memperolehi kepercayaan wanita ini, rasa kecewa kerana wanita ini masih tidak mempercayai walau sudah berkali-kali dia luahkan perasaannya, rasa sakit kerana cintanya tidak dibalas malah dinafikan wanita ini.

“Prove it. Aku tunggu kau tapi kau sendiri yang buat aku hilang kepercayaan pada kau, Naufal. Kau tak pernah buktikan cinta kau pada aku.” dia hanya meluahkan itu setelah dia pasti yang lelaki tadi sudah pergi. Dia juga turut merasakan sesak di dada apabila menafikan cinta lelaki itu kepadanya.Tapi, selagi lelaki itu tidak membuktikan cintanya, dia tidak mahu menaruh perasaan terhadap lelaki itu. Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh dan mengalir sepi ke pipi.

*****

Aku menuruni tangga dengan laju dan berlari menuju kearah rak kasut sebelum mengambil kasutku lalu menyarungkannya kekaki.

“Leesa nak pergi mana cepat-cepat ni?” soal abi yang tiba-tiba muncul didepanku.

“Leesa dah lambat nak pergi jumpa kawan ni abi. Janji tadi pukul 3, ni dah pukul 2:55 ni.” ujar ku dengan muka risau. Alamak, ni semua sebab terbabas tidur tadi lah ni.

“Kunci kereta ni tak nak ambil ke?” kunci kereta aku yang tergantung pada tempat letak kunci-kunci tu abi capai.

“Alah abi, Leesa bawa motor je lah. Dah lambat ni, takut tak sempat pula. So, Leesa bawa motor je tau. Ok lah Leesa nak pergi dulu. Bye. Assalamualaikum.” ujarku sebelum mencium tangan abi lalu keluar dari rumah dan menuju ke arah motosikal kesayanganku.

“Bawa motor hati-hati! Balik awal sikit, malam ni ada orang nak datang rumah!” laung abi dari dalam rumah. Aku yang sudah pun berada diluar pagar rumah hanya membalas dengan isyarat tangan 'ok' lalu mula menunggang motosikalku membelah jalan.

***

Aku melangkah masuk kesebuah restoran dimana aku dan Naufal berjanji untuk berjumpa. Aku menilik jam tangan. 3:15 petang. 15 minit je lewat. Mana taknya. Dah macam pelesit dah aku tunggang motor aku tadi. Mujur tak ada apa-apa buruk yang jadi.

Aku nampak Naufal sedang ralit dengan telefonnya di suatu sudut yang agak tersorok. Aku berjalan menuju kearah meja itu lalu melabuhkan punggung didepannya. Topi keledar yang pegang dari tadi pula aku letakkan keatas meja.

“Lambat.” ujar Naufal tanpa mengalihkan pandangan dari telefonnya.

“Hak alah, 15 minit je pun.” aku membalas kemudian menjelingkan mata.

“Minumlah.” ujarnya sepatah. Dah kenapa cakap sepatah sepatah je ni? Aku lambat 15 minit je pun. Tu pun takkan lah nak merajuk. Macam budak-budak je. Aku hanya akur lalu menyedut teh ais yang masih penuh didepanku. Ada dua gelas air lagi yang masing-masing sudah diminum sehingga separuh gelas. Siapa punya air lagi satu ni? Keadaan berterusan senyap sehingga lima minit. Dia masih lagi ralit dengan telefonnya manakala aku pula hanya memerhatikan tingkah lakunya tanpa suara.

“Memang suruh aku datang sini semata-mata nak suruh aku tengok kau je ke?” aku menyoal dengan sinis. Aku dah hampir hilang sabar dah dengan mamat ni. Tunggu masa je nak hempuk dia dengan pasu bunga rumah umi ni.

“Aku korbankan waktu tidur aku, bawa motor sampai hampir berlanggar dengan kereta, semata-mata datang sini nak jumpa kau, kau pula diam tak bercakap apa-apa dengan aku. Sekadar balas dua patah perkataan je masa aku sampai tadi.” luah ku dengan muka menyampah. Namun dia hanya diam tak berkutik dan tidak menghiraukan apa yang aku luahkan. Eeeiii.. Ada yang nak kena sepak ngan aku ni kang. Aku mengetap gigi menahan geram.

“Ish, aku blah lah macam ni.” aku mencapai topi keledar dan kunci motosikalku lalu bangun dari duduk dan bersedia untuk membuka langkah keluar dari restoran.

“Duduk.” dia bersuara dingin. Aku terkedu kemudian akur dengan arahannya dan duduk kembali kekerusi.

“Aku tunggu kau lima belas minit tadi boleh je sabar. Kau, baru tunggu tak sampai lima minit dah tak boleh sabar.” ujarnya sinis. Hak alah mamat ni. Aku menjelingkan mata ke atas.

“Ceit. Ada apa kau suruh aku jumpa kau ni?” aku mendecit kemudian menyoalnya malas.

“Aku nak bagitahu kau satu benda ni tapi kena tunggu abang aku sampai dulu. Biar dia je yang bagitahu kau kejap lagi. Dia pergi beli Top Up sekejap.” ujarnya lagi. Abang? Sejak bila dia ada abang? Aku hanya mengangguk. Dia pula kembali memandang telefonnya. Entah apa yang dia tengok pun tak tahu lah.

Aku mengeluarkan telefonku dari beg silangku.Tanpa aku perasan, ada satu kad yang melekat di belakang telefonku terbang dan terjatuh ke lantai. Aku cuba mengambil kad yang jatuh tadi namun pada masa yang sama ada tangan lain turut menyentuh kad itu. Dia mengangkat kad itu dan menghulurkannya kepadaku.

“Te..terima kasih.” ucapku perlahan dan kembali duduk. Lelaki tadi turut duduk disebelah Naufal. Dia menghadiahkan senyuman kepadaku. Aku meneliti wajah lelaki itu dan wajah Naufal bersilih ganti. Sama! Cuma yang membezakan mereka ialah apabila mereka senyum. Naufal mempunyai lesung pipit disebelah kanan manakala lelaki itu tidak mempunyai lesung pipit. Aku membalas senyumannya lambat-lambat. Aku memandang Naufal untuk meminta penjelasan namun dia masih tidak mahu hiraukan aku.

“Bella? Okey, saya faham awak masih terkejut. Saya Naufal. Naufal Aiman bin Adli. Saya abang Naufal Khalees bin Adli. Kami kembar.” ujar lelaki itu kemudian mengukir senyum.

“Ooo..keyyy...” aku membalas sambil mata dikecilkan.

“Okey, sebenarnya saya yang pergi dinner dekat rumah awak sebelum ni. Khalees yang suruh saya gantikan tempat dia.” tambah lelaki ini lagi. Aku tak tahu apa yang aku rasa saat ini tetapi hati ini tiba-tiba sebak tatkala dia menuturkan itu.

Benci sangatkah dia pada aku sampai suruh abang kembarnya gantikan tempat dia untuk berjumpa dengan aku? Sampai sanggup suruh orang lain menyamar menjadi dirinya.

“Bella? Awak okey tak ni?” petikan jarinya menyentakkan aku dari lamunan.

“Ah? I'm okey. Don't worry. Kalau tak ada apa-apa aku balik dulu lah. Aku dah lambat ni, ada hal sikit. I gotta go now.” aku meletakkan sekeping not RM 5 keatas meja kemudian beredar secepat mungkin dari situ.

Aku menunggang motosikalku tanpa hala tuju. Air mata yang mula bertakung di tubir mata menyebabkan penglihatanku tidak jelas dan hampir hilang keseimbangan. Aku memberhentikan motosikal ku disebuah taman rekreasi yang penuh dengan tumbuhan hijau.

Pemandangan ini dapatlah melegakan sedikit hati yang sedang sesak ni. Aku berjalan di sekitar taman lalu melabuhkan punggung ke tanah yang dialas dengan rumput yang bagaikan permaidani yang terbentang.

Lama aku termenung di situ. Maksudnya Khalees masih lagi bencikan aku? Tapi kenapa dia suruh abang dia menyamar jadi dia untuk jumpa dengan aku? Kenapa? Terlampau banyak tanda tanya yang bermain diminda. Aku merebahkan badan ke rumput itu tanpa menghiraukan pandangan orang lain terhadapku. Aku pejam mata dan cuba melupakan semua masalah ini.

____________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience