GD 12: Sakit...

Drama Completed 6688

“Abi!” sebaik sahaja pintu wad dikuak aku terus meluru kearah abi yang sedang berbaring di atas katil kemudian memeluknya erat. Abi yang masih tidak sedarkan diri itu aku tatap kejap sebelum aku kembali menyembamkan muka ke dada abi.

“Abi sakit apa? Sampai hati abi tak bagitahu Leesa yang abi sakit.”ujarku lirih.

“Leesa..” kedengaran perlahan sahaja suara itu memanggil aku. Aku mengangkat muka daripada dada abi dan meleraikan pelukan kemudian berpaling kearah suara itu.

“Jom ikut abang kejap, biarkanlah abi nak rehat tu.” sambung suara itu lagi. Aku hanya mengangguk dan akur. Aku menyapu air mata yang jatuh ke pipi dengan lengan baju sebelum keluar meninggalkan abi yang masih tidak sedarkan diri.

Sebaik sahaja keluar dari bilik abi aku hanya membuntuti langkah Khai yang entah hendak kemana. Aku malas nak fikir. Kepala aku sekarang sarat dengan bermacam masalah. Masalah yang tak penting pun ada menyemak juga.

Aku perasan Khai masuk ke sebuah bilik. Aku melirik kearah nama yang berada di pintu bilik tersebut. Jelas tertulis disitu nama Doktor Amir, doktor peribadi abi. Khai dan Doktor Amir bersalaman sebelum menjemput kami duduk.

“So doktor, macam mana situasi Abi sekarang ni?” soal Khai tanpa berdalih.

“Hmm.. Lepas dia disahkan ada tumor tu dia langsung tak datang buat treatment. Jadi bila dibiarkan lama macam tu, tambah pula dia tak makan ubat dan buat rawatan.. Tumor tu makin membesar dan meningkat ke stage yang lebih teruk.” ujar Doktor Amir lancar. Ya Allah, dugaan apa lagi ni Ya Allah? Abi ada brain tumor? Aku tercengang buat seketika.

“Sekarang ni tumor dia dah sampai stage berapa doktor?” Khai menyoal tanpa rasa terkejut. Dia dah tahu perkara ni tapi dia tak beritahu aku. Kenapa dia rahsiakan perkara sebegini daripada aku?

“Stage 3, Khai.” Doktor Amir senyum pahit sebelum menjawab. Khai mengangguk kemudian menundukkan kepalanya memandang lantai. Doktor Amir menepuk bahu Khai perlahan sekadar ingin memberi semangat.

“Boleh saya tahu sejak bila abi disahkan menghidap penyakit ni?” aku mengutarakan soalan setelah menyedari bilik itu senyap untuk seketika.

“Dato' disahkan mempunyai brain tumor pada pertengahan tahun ini. Saya ada suruh dia jalankan rawatan dengan segera masa tu memandangkan tumor dia baru di tahap kedua dan masih boleh dibuang dengan hanya menjalankan pembedahan. Tapi dia terlalu sibuk dan selalu postpone tarikhnya–” Doktor Amir berhenti mengambil nafas sebelum menyambung lagi. “–lama kelamaan, ketumbuhan tu makin membesar serta bertindak agresif dan sekarang dah naik ke tahap ketiga.” Doktor Amir memberhentikan penerangannya kemudian memandang ke arah aku dan Khai. Khai mengangkat muka dia yang daripada tadi ditundukkan. Matanya kelihatan merah.

“Okey, thanks doktor.” Khai bangun mengucapkan terima kasih kemudian menghulurkan tangan kepada Doktor Amir untuk berjabat tangan. Dia memberikan sebuah senyuman sebelum keluar daripada bilik doktor itu diikuti aku. Air mata yang ditahan tadi akhirnya jatuh mengalir ke pipinya yang bersih. Dia terduduk keatas kerusi di luar bilik tadi. Aku mengambil tempat disebelah dia. Air mata aku juga sudah mula bercucuran.

“Leesa minta maaf sebab marah abang dengan abi tadi.” aku memeluk tubuh Khai erat. Tangisanku makin menggila angkara rasa serba salah yang datang bertandang tambahan dengan rasa kasihan kepada abi yang sedang menanggung sakit.

“Tak apa, abang faham. Abang pun minta maaf sebab rahsiakan penyakit abi daripada Leesa.” dia menarikku kedadanya sambil mengusap-usap belakang kepalaku. Aku terasa makin sebak, air mataku makin lebat jatuh bercucuran. Abang juga masih lagi mengalirkan air mata tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

***

“Abi, hari ni abi dah boleh balik. Lepas tu kita buat persiapan untuk majlis abang eh.” ujar aku sambil tangan ku sibuk mengemas barang-barang abi. Tak banyak pun. Mujur abi kena tahan wad seminggu je. Majlis abang pun terpaksa ditangguh ke bulan hadapan oleh kerana keadaan abi sekarang ni yang tak mengizinkan. Abi yang sedang duduk di birai katil memandang aku sayu.

“Kenapa abi tengok Leesa macam tu?” soalku disertakan dengan tawa janggal.

“Leesa, abi minta maaf. Abi dah tak mampu nak jaga Leesa.” ujar abi lalu menundukkan kepalanya. Aku segera menghampiri abi lalu melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Abi, janganlah cakap macam ni. Abi kuat. Leesa percaya abi boleh lawan penyakit abi.” ujarku sambil memaut bahu abi.

“Abi dah tak lama, Leesa. Allah dah pinjamkan nyawa untuk abi hampir 50 tahun. Bila-bila masa je Dia akan tarik balik.”

“Tapi abi,aj–” kata-kataku dipintas oleh abi.

“Ye betul, ajal maut semuanya ditangan tuhan tapi mati itu pasti, Leesa. Sebab tu abi harap sebelum abi tutup mata untuk selamanya abi nak ada orang yang boleh tengok-tengokkan anak-anak abi, jaga anak-anak abi macam apa yang abi buat. Sebab tu abi nak kahwinkan Leesa dengan segera. Abi takut abi tak sempat.” ujar abi kemudian memandang aku dengan penuh pengharapan.

“Err.. kita cakap pasal ni lain kali ye abi.” putusku kemudian berdiri dan menghampiri beg pakaian abi lalu aku angkat. Sejujurnya aku belum bersedia nak putuskan apa-apa keputusan tentang perkahwinan yang dirancang ini.

"Assalamualaikum, abi dah siap ke?" Khai memberi salam dari muka pintu yang sedia terbuka sebelum masuk mendekati abi.

"Waalaikumussalam." perlahan sahaja aku menjawab, begitu juga dengan abi. Bukan sebab marah ke apa eh, ni aku tengah sibuk angkut barang abi ni.

"Dah siap dah, jom lah kita balik." abi membalas kemudian bangun dan berjalan keluar dari bilik ini bersama abang. Setelah mereka keluar barulah aku keluar dengan plastik ubat abi ditangan. Tak banyak pun barang abi sebenarnya sebab dia dimasukkan ke hospital semalam dan discharge hari ini.

***

Suasana didalam kereta senyap sahaja tanpa sebarang suara melainkan daripada suara dari corong radio yang sayup-sayup kedengaran. Khairul fokus dengan pemanduannya, manakala Leesa sibuk menilik phone nya. Betapa bertuahnya aku, mereka masih juga mengambil kisah tentang penyakit aku. Rasa serba salah mula menguasai hatiku bila teringatkan bahawa aku memang sengaja membiarkan tumor ni makin membesar.

Apa yang aku fikirkan dulu ialah aku ingin merasai penderitaan yang ditanggung oleh isteriku suatu ketika dahulu. Sekarang, bukan aku sahaja yang menderita dengan penyakit ini malahan anak-anakku juga. Bagaimanakah nasib mereka selepas aku tiada? Khairul sudah semestinya dengan keluarganya. Leesa? Siapa yang akan jaga dia? Ya Allah, semoga Leesa dapat menerima dengan siapa aku bakal jodohkannya. Dan semoga lelaki itu dapat menjaganya dengan baik nanti.

“Malam ni kita akan ada tetamu tau, abi jemput diorang dinner dekat rumah.” aku menguatkan diri untuk memberitahu kepada mereka tentang hal ini. Ya, aku kena kuat.

“Siapa abi?” Khairul menyoal tanpa berpaling sedikit pun dari jalanraya.

“Keluarga Uncle Adli yang datang malam ni.” aku menjawab kemudian menoleh ke tempat duduk belakang untuk melihat Leesa. Leesa hanya mengangguk tanpa mengalihkan pandangan dari phone nya.

“Diorang datang sebab nak bincang pasal majlis perkahwinan abang dengan Naufa yang tertangguh haritu, abi minta maaf ye abang. Sebab abi, abang terpaksa tangguh tarikh pernikahan abang. Lepas tu sekali nak bincang pasal pernikahan Leesa dengan Naufal pula.” ujar aku. Aku menoleh kearah Leesa sekali lagi. Masih juga sama. Dia hanya menganggukkan kepala cuma kali ini ditambah dengan segaris senyuman dibibirnya.

“Ish abi ni. Apa pula nak minta maaf. Abi lagi penting untuk abang berbanding majlis kahwin tu.” balas Khairul lalu mengukir senyum.

“Naufal tu, anak Uncle Adli yang mana eh? Sekarang ni umur dia berapa?” akhirnya Leesa mula membuka mulut. Aku terus mengukir senyum sebelum menjawab.

“Naufal tu anak Uncle Adli yang kedua. Yang selalu main dengan Leesa masa kecil dulu, ingat? Dia tua empat tahun daripada Leesa. Sama macam Iqa. Sekarang ni dia dah 21 tahun.” aku menjawab.

“Oh, ingat.” jawab Leesa ringkas sambil menganggukkan kepalanya. Nampaknya dia macam boleh terima je dengan pilihan aku ni. Alhamdulillah Ya Allah.

_____

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience