Aku bermain-main dengan straw didalam gelas. Sesekali memerhati kawasan restoran ini mencari seseorang. Mana lah 4 ekor ni lama dah aku tunggu ni.
“Weyh, sorry Leesa.” Sapa mereka serentak. Itu dia lama gila tunggu diorang ni sepak tahu lah.
“Lambat gila korang. Berjanggut aku tunggu. Time is diamond okay.” Ujar ku sambil berpeluk tubuh. Mereka masing-masing sudah melabuhkan duduk. Risy dan Tira mengukir senyum senget. Aku hanya menjeling sambil tersenyum.
“Hah, so macam mana? Apa yang korang nak cerita kat aku sangat ni?” Soalku tanpa berdalih. Mereka kelihatan menelan liur. Aku berkerut kerana reaksi mereka.
“Oh! Jangan cakap korang nak kahwin. Sama hari? Sama tempat? Serentak?” Tambahku teruja.
Pap!
Bahu kanan dan kiriku menjadi sasaran tangan Fatiha dan Fahira. Aku mengaduh sakit.
“Bukanlah. Kau ni.” Balas Tira. Mereka berpandangan antara satu sama lain. Diorang ni dah kenapa lah.
“Kitaorang nak minta maaf dengan kau.” tambah Tira serba salah. Aku mengjongketkan sebelah kening menunggu penjelasan daripada mereka.
“Sebenarnya, kalau kitaorang bagitahu ni kau jangan marah tau. Boleh?” Ujar Risy dan membuatkan ku pelik. Aku hanya mengangguk kemudian mengangkat sebelah kening.
“Selama Khalees hilang ni kan, sebenarnya kitaorang tahu je dia dekat mana.” Sambung Risy. Aku cuba mencerna apa yang baru dikeluarkan daripada mulutnya.
“Oh.” Balasku sepatah.
“And sebenarnya kitaorang selalu je contact dia and ayah aku pun ada tolong dia cari kerja kat sana.” Tambah Fatiha pula.
“Ok.” Balasku masih cuba mengawal perasaan. Habistu kenapa tak bagitahu aku, gila?!
“Kitaorang bukannya tak tanya dia kenapa dia buat kau macam ni tapi dia jawab dia perlukan masa.” giliran Fahira pula yang menambah. Aku diam. Masa untuk kau seksa aku? Sekali dengan kawan aku sekali kau nak komplot. Aku menghela nafas berat.
“Leesa, kitaorang memang nak bagitahu kau pasal ni tapi dia pun kawan kita juga. Kitaorang tak nak memburukkan keadaan.” Ujar Tira pula. Aku mengerutkan kening.
“Maksud kau?” Soal ku dengan nada suara yang hampir meninggi.
“Kitaorang tak tahu apa yang jadi antara korang jadi kitaorang takut kalau kau tahu dia kat mana semua tu nanti dia makin jauhkan diri dari kita lepastu tak boleh contact dia langsung.” Balasnya tenang.
“Aku harap kau faham situasi kitaorang macam mana.” Tambah Fatiha. Ayatnya itu sedikit sebanyak menyentap jantungku. Oh, sekarang ni korang pula nak play victim, huh? Aku menyedut air didalam gelas. Untuk seketika susana menjadi senyap. Tiada yang bersuara.
“Aku nak pergi tandas sekejap.” Ujarku sebelum meletakkan not RM 10 dan berlalu pergi. Empangan air mata ni dah lama pecah sejak aku mula melangkah ke tandas. Aku menangis. Perkara yang dah lama aku tinggalkan sejak 4 tahun yang lalu. Aku tahu Khalees mesti tengah keliru sama ada aku atau Malaiqa. Aku teringat semula perbualan Malaiqa dan dia selepas majlis persandingan aku dengannya.
[“Tahniah. Semoga bahagia keakhirnya.” Ucap Malaiqa sebelum mengukir senyum. Senyum yang hanya untuk menunjukkan dia tak apa-apa.
“Terima kasih.” Balas Khalees sedikit canggung. Dia semestinya berasa bersalah pada Iqa. Malaiqa senyum dan mula melangkah untuk meninggalkan tempat mereka berdiri itu. Tak manis lah pula kan berduaan dengan suami orang.
“Iqa. Nanti.” Ujar Naufal dan menahan Iqa daripada pergi. Iqa berhenti lalu menoleh ke arah Khalees. Dia membuat isyarat kenapa.
“Aku minta maaf sebab buat semua ni. Aku pun tak tahu apa yang aku fikir. Aku cintakan kau tapi aku–” Kata-kata Khalees dibiar tergantung.
“Tak apa, Naufal. Aku reda. Mungkin kita tak ditakdirkan untuk berjodoh. Cinta tak semestinya memiliki kan? Aku doakan kau bahagia dengan Leesa. Aku harap kau pun boleh doakan aku bahagia.” Balas Iqa dengan senyuman kemudian berlalu pergi. Pasti dia sakit sangat dengan kenyataan membunuh dari dirinya sendiri itu.]
**
Aku melangkah masuk ke dalam rumah Mummy sebaik sahaja memberi salam. Aku bersalam dengan Mummy.
“Ha, Leesa. Ni, Naufal ada dekat kolam tu ha. Mummy nak pergi sambung masak. Nanti dah siap kita makan sama-sama ye.” Ujar mummy sebelum berlalu ke dapur. Aku tersenyum sambil mengangguk kecil. Aku mula berjalan ke arah kolam sambil membawa beg kertas berisi alatan menulis dan buku yang aku dah balut cantik-cantik.
“So, nama pak cik pun Naufal juga lah ye,” aku menghentikan langkahku dan menyorok disebalik sliding door. Aku melihat Naufal sedang berborak bersama Khalees di meja.
“Haah. Naufal Khalees. Naufal pula, apa nama penuh Naufal?” Balas Khalees. Aku menahan tawa. Mesti awkward bila berborak dengan orang yang mempunyai nama yang sama.
“Naufal Amir.” Ringkas sahaja jawapan Naufal berserta senyuman yang diukir.
“Pak cik ni siapa sebenarnya? Tak pernah pernah pun nampak sebelum ni.” Soal Naufal polos. Muka keliru ditayangnya. Aku tergelak perlahan. Khalees turut tergelak dengan pertanyaan Naufal itu. Tawa dia masih bisa membuatku gila.
“Tuanya panggil pak cik. Panggil uncle lah. Baru sesuai dengan uncle yang handsome ni.” Balas Khalees sambil membuat muka poyo. Dan masih juga poyo dan kuat perasan seperti selalu. Err..
“Err.. uncle? Okey, uncle. So, uncle ni siapa?” Balas Naufal dengan muka geli yang dibuat-buat. Sekali lagi aku rasa nak tergelak tengok Naufal ni.
“Uncle ni sebenarnya adik kepada umi Naufal. Umi Naufal ni dulu ada dua orang adik kembar, abang uncle dengan uncle.” Khalees membuka cerita.
“Ooo..” Balas Naufal.
“Habistu kenapa sebelum ni tak pernah nampak pun uncle dengan kembar uncle?” Soal Naufal lagi.
“Lepas abang uncle meninggal uncle pergi kerja dekat UK sampai lah baru semalam uncle balik.” Balas Khalees. Langsung pun dia tak sentuh yang dia pernah berkahwin dengan aku dan kenapa dia tinggalkan aku selama ni. Aku cepat-cepat menggeleng kepala. Kenapa aku kena kisah dia nak cerita pasal tu ke tak. Dia bukannya cintakan aku pun.
“Mesti masa tu uncle sedihkan? Sebabtu uncle pergi kerja jauh-jauh.” Balas Naufal dengan penuh simpati.
“Mungkin..” Balas Khalees. Cakap je lah sebenarnya kau tengah broken sebab Iqa tak notice kau. Aku menghela nafas berat.
“Uncle takde girlfriend ke?” Soal Naufal tiba-tiba dan membuat Khalees tersentak. Dia mengambil nafas dalam.
“Takde.” Jawab Khalees.
“Iye ke?” Provok Naufal dengan mata dikecilkan.
“Betul.” Balas Khalees tenang dengan senyuman ringkas terukir.
“Boleh percaya ke ni?” Tambah Naufal lagi. Khalees sekali lagi tersenyum sebelum merapatkan mulut ke telinga Naufal.
“Iye.. cuz I'm alresdy got married.” Balas Khalees sebelum berbisik. Aku terkaku.
“Eh, seriously? Is it for real?” Balas Naufal teruja.
“It is for real la bro.” Balas Khalees sambil mengjongketkan keningnya sambil cuba menahan gelak.
“Siapa nama dia? She must be so pretty.” Soal Naufal dengan rasa teruja yang masih tinggi.
“Nama dia.. Bella. She is the cutest angel that I've ever seen. Dia kasar sikit, macam tomboi la. Tapi hati dia baik sangat and she such a strong girl.” Jawab Khalees tenang dan sekaligus membuatkan ku tersentak.
Deejavu...
“Bella?” Balas Naufal keliru.
“Haah, Bella. Naufal tak kenal?” Soal Khalees. Dia mengerutkan dahi.
“Tak. Takpe lepas ni bawa la Naufal jumpa dia. Dia mesti cantik macam umi dan mama.” Balas Naufal kemudian tersenyum.
“Tapi sebenarnya mama Naufal tu lah—” Oh no, dia tak boleh musnahkan rancangan aku.
“Naufal! Hai...” Aku melangkah ke arah mereka seraya memotong percakapan Khalees.
Aku tak nak Naufal tahu hubungan aku dengan Khalees.
“Hai mama!” Balas Naufal. Kemudian segera melompat datang bersalaman denganku dan kembali duduk. Aku turut melabuhkan punggung ke kerusi yg terletak disebelah kiri Naufal.
“Eh jap. Tadi uncle nak cakap apa? Sebenarnya mama?” Soal Naufal kepada Khalees. Khalees menggosok belakang tengkuknya sambil tersenyum tatkala melihat jelingan maut dari aku.
“Er.. takde lah. Uncle nak cakap yang mama Naufal lagi cantik daripada Bella.” Balas Khalees lalu menurunkan tangannya semula.
Fuh... Lega. Tak menyesal aku pakai contact lens ala-ala Hael Husaini masa nyanyi lagu Jampi kat AJL 32 tu. Seram lah tu. Hahaha.
“Apa lah uncle ni. Orang puji isteri sendiri dia puji orang lain pula.” Balas Naufal sambil menggelengkan kepala. Khalees terkelu. Aduh savagenya anak saudara aku ni. Siapa ajar ni? Mama Leesa lah siapa lagi. Aku tersenyum.
“Ha, ni Naufal. I ada hadiah untuk Naufal. Nah.” Ujarku sambil menghulurkan beg kertas kepada Naufal. Dia tersenyum dan mengambil beg itu daripada aku.
“Terima kasih mama.” Ucapnya ceria.
“Ada apa eh dalam ni?” Soalnya sambil cuba untuk membuka hadiah itu.
“Aip. Nanti buka dekat atas tau.” Ujarku kepadanya. Dia mengangguk lalu turun dari kerusi bersama hadiahnya ditangan.
“Eh, Naufal nak pergi mana tu?” Soalku pelik.
“I nak naik atas lah. Nak pergi simpan hadiah ni. You tunggu kat sini tau. Nanti kita makan sama-sama.” Balasnya sambil berlari ke dalam rumah.
“Jangan lari-lari, jatuh nanti.” Laungku kepada Naufal yang sudah pun berada ditangga.
“Ok, ma!” Balas Naufal dari dalam rumah. Aku tersenyum.
“Dah macam anak sendiri dah.” Tiba-tiba Khalees bersuara sinis. Ceh, dah lama tak jumpa pun masih ada lagi perangai hodoh dia ni. Suka sangat nak menyinis.
“Dia memang ada dua mak.” Balasku selamba sambil mengeluarkan telefon daripada beg. Aku hanya main telefon tanpa menghiraukan Khalees.
“Kau dengar apa yang kitaorang borak tadi kan sebenarnya?” Soal Khalees tiba-tiba. Aku terdiam. Jari aku turut berhenti bergerak.
“Kenapa kau tak nak Naufal tahu siapa Bella sebenarnya?” Soal Khalees lagi.
“Dia takkan kenal dan tak boleh kenal Bella. Sebab Bella dah lama mati.” Balasku tanpa menoleh kepadanya. Memang sejak dia menghilang aku sendiri yang declare bahawa Bella dah mati. Sejak haritu semua orang hanya kenal aku sebagai Leesa. Termasuk keluarga ni.
“Bella, kenapa kau berubah macam ni sekali?” Soalnya sambil menekup pipiku cuba untuk buat aku bertentang mata dengannya. Aku menepis kedua tangannya. Aku mengerutkan keningku seraya memandangnya tajam sebelum menepis tangannya.
“Don't you dare to touch me and stop calling me Bella. She's dead. I told you, she is dead.” Balas ku sebaik sahaja tangannya jatuh daripada pipiku.
“Kau tanya aku kenapa aku berubah? Eh, kau ni bodoh ke apa? After all of this shit, kau expect aku tetap lemah macam dulu? Senang kena tipu dengan semua janji kau tu? Fikir lah weyh sebelum cakap. Aku dah penat dah tunggu kau selama ni. Kau nak apa sebenarnya? Untuk kali yang kedua ni aku merayu sangat, pergi lah bahagiakan Iqa. Lepaskan je aku. Aku boleh hidup tanpa kau. 7 tahun ni. 7 tahun aku belajar untuk lupakan kau. Kau tak payah datang dekat aku balik. Aku tak perlukan perhatian kau. Aku tak halang kau kahwin dengan Iqa. Just go. Marry her. Make her dream and yours comes true. Sekali lagi aku ulang. Lepaskan aku, kahwin dengan dia. Aku dah penat terikat tapi tak bertali ni. I beg you, let me go.” Balasku panjang lebar. Aku menahan sebak. Khalees hanya terdiam sambil menunduk. Tiba-tiba esakan halus kedengaran. Aku lihat dia meraup wajahnya.
“Aku minta maaf. Aku memang suami tak guna. Aku tak layak untuk kau. Aku pun tak tahu apa yang aku fikir sampai aku bawa diri pergi UK. Tak contact kau langsung selama tempoh tu. Aku minta maaf.” Ujarnya dengan mata yang mula memerah disebabkan oleh tangis yang ditahan. Aku mendekatkan jarak kami dan mengusap belakangnya.
Aku tak tahu kenapa aku melakukan itu tapi aku masih rasa kasihan pada dirinya. Aku tak suka lihat dia menangis. Ini pertama kali dia menangis didepan aku.
Aku memeluk tubuhnya sambil mengusap belakang tubuhnya supaya dia bertenang. Dia membalas pelukanku dan meletakkan dagunya dibahuku.
“Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak guna tsk.. tsk.. aku biar kau sorang-sorang. tsk.. tsk.. Aku sengaja tak angkat call kau padahal masa tu kau tengah takut dan perlukan aku untuk selamatkan kau. Kau memang patut pun benci aku.” Tangisnya dihamburkan dibahuku. Dia tak pernah begini. Mungkin harini dia dah tak sanggup nak simpan semuanya dan luahkan semuanya.
Aku masih setia mengusap dan menepuk-nepuk belakangnya cuba untuk menenangkannya.
“Nangis je kalau tu cara terbaik untuk kau luahkan apa yang kau pendam. Crying doesn't mean you're weak, it just show that you reach the limit. You used to be my hero. Why would I'm being so mean for not thanking and appreciate you, babe?” Ucapku lembut sambil tersenyum. Walaupun aku tahu dia tak nampak. Tapi aku harap dia boleh rasa keikhlasan aku tu. .
“Thank you for being nice to me eventhough we're going to seperate. Mungkin aku tak cinta kau tapi aku sayang kau.” Balasnya dengan tangisnya yang sudah semakin reda.
Hari ini, seorang Naufal Khalees telah menjatuhkan egonya
“Suka, sayang, cinta. Semua tu tak sama. Macam mana gila pun kau cinta seseorang tu kau kena ingat yang Dia lagi layak untuk dicintai dan mencintai kau berbanding seluruh makhluk-Nya. Serahkan cinta kau kepada Dia dahulu, Dia akan berikan segala yang kau perlukan.” Balasku lagi. Pelukan masih tidak dilepaskan. Lama kami berkeadaan begitu. Mungkin ini untuk kali yang terakhir sebelum kami berpisah jadi aku biarkan saja.
Tiba-tiba dia meleraikan pelukan dan mengesat sisa air mata. Aku pegang kedua belah pipinya dan mengesat air matanya dengan ibu jariku. Mata kami bertentangan. Dia turut melakukan perkara yang sama terhadapku. Aku pun tak tahu sejak bila aku menangis tapi yang pasti dia sedang mengesat air mataku.
“Aku pun minta maaf. Selama ni aku tak pernah jadi isteri yang baik untuk kau. Halalkan makan minum aku.” Ujar ku sebelum mengukir senyum. Dia mengangguk perlahan sebelum turut mengukir senyum nipis. Bibirnya singgah didahiku lama.
Dia melepaskan ciuman dan pegangannya dariku.
“Terima kasih.” Ucapku kepadanya. Matanya kembali berair semula namun pantas diseka. Dia mengangguk sambil tersenyum tawar. Aku bangun dan berlalu ke tandas. Sekali lagi aku menghamburkan semua tangis yang tertahan.
*****
2183 words
Share this novel