“I gotta go now.” ujar perempuan comel di hadapanku ini sebelum berlalu pergi. Aku pula masih terkaku disini dan hanya melihat dia keluar dari kafe ini.
“Kau ni pun sengal juga. Pergi lah kejar dia tu.” Khalees berkata sambil menolak badanku.
“ Hish, biarlah. Malam ni nak pergi rumah dia juga kan.” aku membalas dengan dingin.
“Bak sini duit dia tu.” duit yang ditinggalkan tadi aku rampas dari tangan Khalees.
“ Duit ni aku simpan, air ni kau bayar guna duit kau tau. Aku balik dulu. Assalamualaikum.” aku bangun dari kerusi dan meninggalkan Khalees disitu. Dapatku dengari sumpah seranah keluar dari mulut lelaki itu.
*****
“Leesa! Cepat siap, diorang dah nak sampai dah tu.” laung Mak Jah dari bawah.
“Ya Allah, tak siap lagi ke Leesa oi..” ujar Mak Jah sebaik sahaja pintu bilikku dikuaknya.
“Nak siap lah ni, Mak Jah kacau. Dah,dah Mak Jah tunggu je kat bawah okeyh.” dalihku sambil mendorong Mak Jah keluar dari bilikku. Bukannya aku nak bersiap sangat pun. Saja nak suruh Mak Jah keluar. Setelah menutup pintu aku menuju kearah katil lalu menghempaskan badan ke atas katil.
“Kenapa pula aku nak rasa sedih eh? Pelik betul dengan aku ni. Dia bukan buat apa pun.” aku tersenyum sendiri.
“Khaleesah Nabellah!” suara abi dari luar bilik mengejutkan aku dari lamunan. Itu dia bos besar dah berbunyi. Haish, dah kenapa lah semua orang dalam rumah ni nak kelam kabut sangat ni.
“5 minutes!” laungku dari dalam bilik dan terus bangun kearah almari baju. Aku membuka almari bajuku dan mula memilih baju yang sesuai. Setelah puas membuat pilihan akhirnya sehelai sweat shirt berwarna hijau gelap dan seluar tracksuit berwarna hitam menjadi pilihan. Aku menilik pantulan diriku dicermin. Rambut yang semakin panjang disisir rapi dan dibiarkan lepas.
“So simple.” komenku sendiri dan berkira-kira untuk menukar pakaian.
“Ah, bukan ada apa-apa pun. Biar je lah.” ujarku kepada diri sendiri kemudian keluar dari bilik dan menuju ke bawah.
Dari luar ruangan makan sudah jelas kedengaran suara abi dan tetamunya yang sedang bergelak ketawa. Aku lihat Aunty Aisyah, Uncle Adli dan dua orang lelaki yang duduk membelakangi tempat aku berdiri yang aku agak itu Khalees dan abang kembarnya. Aku jalan menghampiri meja makan dengan langkah perlahan.
“Ha Leesa, meh cepat join kitaorang. Dah lama dah orang tunggu ni.” ujar abi dari tempat duduknya dengan pandangannya tidak lepas daripada pakaian aku yang aku rasa agak tidak formal memandangkan semua orang kelihatan formal. Aku hanya tersengih ke arah abi sebelum melabuhkan duduk disebelah Naufal Aiman dengan muka tak beriak. Aku melemparkan senyum kejap disaat semua mata menghala ke arah aku.
“Abang tak datang ke abi?” Soal aku seraya menyuapkan nasi kedalam mulut. Selamba badak je aku makan tak tunggu diorang. Aku pandang ke arah makanan masing-masing yang masih belum berusik. Ah, biarlah. Lagi cepat aku makan lagi cepat aku naik bilik.
“Dah lupa ke abang kesayangan awak tu tengah honeymoon dekat Korea.” Balas abi kemudian meneguk air. Aku menganggukkan kepala beberapa kali dan sambung makan.
“Bella dengan Naufal nanti nak honeymoon dekat Korea juga ke? Or nak pergi mana?” Soal Aunty Aisyah secara tiba-tiba sambil memandang aku dan Naufal Aiman berselang-seli. Aku meneguk air kemudian berdehem beberapa kali.
“Korea ada apa je? Paris macam best. Kan Bella?” ujar lelaki disebelahku tenang. Aku membulatkan mata dan terbatuk. Aku cepat-cepat mencapai gelas air aku dan meneguknya rakus. Aduh haru betul hidup aku semenjak dua ni.Tak boleh ke bagi aku makan dengan tenang.
Tak tahu malu punya lelaki. Ikan betul. Aku tak cakap pun aku nak kahwin dengan kau. Tiba-tiba masuk topik honeymoon pebenda. Aku menjeling Aiman tajam.
“Ish awak ni Aisyah, apa pula tanya soalan macam tu kat diorang. Naufal pun janganlah menyakat si Bella tu. Kesian dia.” ujar Uncle Adli sambil tergelak.
“Dah, makan elok-elok sikit Leesa.” abi mengawal tawanya dan menyambung suapan.
**
Aku membilas pinggan yang terakhir sebelum menyejat airnya dan menyusunnya keatas rak. Memandangkan Mak Jah terpaksa balik awal tadi sebab ada hal, jadi aku terpaksalah basuh semua pinggan mangkuk sudu garfu cawan gelas dan seangkatan dengannya yang dah digunakan tadi. Aku mengelap tangan dengan tuala yang tergantung ditepi peti sejuk. Walau pun seketul Leesa ni nampak je brutal tapi bab bab kerja rumah aku takde lah noob sangat. Abi takde lah manjakan aku melampau sampai langsung tak reti buat kerja rumah.
“Bella.” Satu suara serak memanggilku. Aku menoleh kebelakang lalu terjerit perlahan dan tergelincir kerana terkejut. Dengan spontannya tangan kiri pemilik suara tadi memaut pinggang ku dan tangan kanannya menahan bahuku, tanganku pula berpaut pada belakang lehernya.
Dengan itu anak mata kami saling bertaut. Pandangan matanya semakin dalam menikam anak mataku. Aku mengambil peluang ini untuk menilik mukanya.
Dia ada mata yang berwarna coklat cair yang jarang aku lihat ada pada lelaki, keningnya yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal, bulu matanya yang pendek namun terlentik, hidungnya yang mancung, bibirnya yang penuh dan kemerah-merahan kemudian pandangan naik pula kepada rambut perangnya yang terjuntai sedikit ke bawah disebabkan kepalanya terpaksa ditunduk kerana aku memaut belakang lehernya. Ni perang sebab dia dye rambut ke sebab semulajadi perang ni? Jantungku mula berdegup laju tatkala mataku sekali lagi bertaut dengan pandangan mata redupnya.
Eh, Leesa apa kau buat ni? Aku melarikan anak mataku tatkala mukaku terasa panas. Astaghfirullah, kau boleh berangan ye Leesa. Abi, tolong Leesaa. Aku termalu sendiri.
“Ehem..” aku berdehem dengan harapan lelaki ini akan melepaskan pegangannya. Malangnya dia masih kaku. Woi, sedap ye kau peluk-peluk anak dara orang.
“Ehem.. ehem..” aku cuba sekali lagi. Tapi kali ni sekali pakej sakit tekak ha. Gosh.. dia betul tak dengar ke sengaja buat-buat tak dengar.
“Woaw!” suara lelaki yang berada di pintu dapur mengejutkan kami. Khalees mengangkat kedua belah tangan separa bahu. Aku segera melarikan peganganku pada belakang leher Aiman.
“Oppss, wrong timing eh? Okey, sorry tapi abi kau panggil tu. Bang, kau jangan macam-macam belum jadi bini lagi tu.” tambahnya lagi sambil mengekek ketawa. Dan ketawanya itu kedengaran sungguh sinis. Dia mula beredar dari situ dengan ketawa yang masih bersisa. Jangan dia cakap dekat abi dah lah.
“Sorry.” ucap Aiman kesal kemudian melarikan pegangan tangannya dan berpaling kearah lain. Dapatku lihat telinganya yang agak merah tatkala dia menggosok belakang tengkuknya. Blah lah kau, memang kena tunggu Khalees pergi baru nak lepas aku.
“Ada apa panggil aku?” Soalku dengan nada dingin. Mataku dikecilkan.
“Err... Mama... err..” dia membalas dengan tergagap-gagap. Dah kenapa mamat ni? Tangannya pula tak duduk diam.
“Kenapa dengan mama!” Jeritku perlahan sekadar untuk buat lelaki ini terkejut. Takut kalau mereka yang dekat ruang tamu tu terdengar pula.
“Itulah tadi tu yang Khalees cakap tu. Mama panggil pergi depan.” Balas dia dengan kelam kabut. Terserlah kecomelan dia bila dia takut macam ni. Aku menahan tawa.
“Kenapa Bella gelak?” Dia mencekak pinggang sambil mengecilkan mata kononnya garang lah tu. Untuk seketika dia turut tersenyum menampakkan baris giginya yang putih. Abi, tolong! Aiman jadi comel! Aaaaaa!
“Mana ada gelak.” Aku mengemam bibir.
“Ish dia ni.” Dia melangkah setapak sambil tangannya cuba untuk mendapatkan hidungku.
“Leesa! Come here for a while.” Laung abi dari ruang tamu.
“Coming !” laungku dari dapur seraya berlari keluar dan secara automatiknya mengelak dari lelaki tadi.
“Ya, abi.” Aku berdiri disisi abi.
“Have a seat, Leesa.” Ucap abi sambil menunjukkan ruangan sofa disebelahnya menyuruhku duduk disitu.
“Yes?” Soal ku lagi. Aku pandang abi. Abi pula pandang Uncle Adli, uncle pandang aunty, aunty pula pandang Khalees lepas tu dia pandang Aiman pula sebab Khalees buat tak tahu. Aiman pandang aku dengan senyuman. Eh, pening aih. Main pandang-pandang pula.
“Korang kenapa ni pandang-pandang, senyum senyum? Leesa tak faham lah.” Ujarku kemudian memandang abi semula.
“Err.. macam ni sebenarnya. Kami datang ni ada hajat.” Uncle Adli memulakan bicara. Aku memandangnya.
“Kami datang ni nak meminang anak dara seorang ni lah untuk anak teruna kami.” Tambah Aunty Aisyah. Aku membulatkan mata.
“Untuk yang mana satu ni?” Soal abi. Aku memandang abi dengan mata yang dua kali ganda dibesarkan.
“Saya, uncle.” Dengan berani suara itu menjawab. Abi memandang Aiman sekilas.
“Naufal Aiman. Jadi, macam mana?” Aunty Aisyah bersuara.
“Kita tanya tuan empunya badan lah” Balas abi sambil memandang aku dan lantas tersenyum.
“Err.. kenapa?” Soalku buat-buat tak mengerti.
“Bella setuju tak nak kahwin dengan Aiman?” Soal Aunty Aisyah lembut sambil tersenyum. Alamak... apa ni? Aku terdiam. Aku pandang abi yang kelihatan ceria dengan pinangan mereka. Aku pandang muka Aiman yang mulai keruh. Dia menarik nafas dalam lalu mengukir senyum nipis.
“Kalau Bella tak setuju takpelah.” Ucapnya sambil mengukir senyum. Seolah faham dengan apa yang sedang aku rasa sekarang ni. Aduh, kesianlah pula. Haish, Leesa. Kau kena kesian kan diri sendiri dulu baru kesian kan orang. Tapi aku ni betul ke nak kahwin ni? Dengan lelaki ni? Aku bukan kenal sangat pun dengan dia. Tapi boleh kenal lepas ni kot. Aku menggaru kepala yang tak gatal. Aku menarik nafas dalam.
“sorry.” Pintaku lalu berlalu ke dapur semula. Aku tahu tindakan aku tu agak kurang ajar tapi entah lah. Aku mengambil segelas air dan duduk termenung. Tapi orang kata kalau kahwin dengan pilihan keluarga ni lagi bahagia. Haish, sungguh aku rasa aku dalam dilema sekarang ni.
Tapi, bukankah sebelum ni aku setuju je masa aku ingat yang abi nak aku kahwin dengan Khalees dulu tu. Sekarang ni? Aku masih mengharap ke sebenarnya? Aku masih mengharap yang Khalees berkahwin dengan aku?
Aku kena lupakan Khalees. Aiman? Mungkin aku boleh cuba?
“Leesa! Uncle dengan aunty nak balik dah ni.” Beritahu abi. Aku berjalan ke arah mereka.
“Aunty balik dulu ya, Bella.” Pamit Aunty Aisyah seraya bersalaman dan memeluk tubuhku. Aku hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum.
Aku memandang Aiman. Dia memandang mataku seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan namun akhirnya dia hanya mengukir senyuman sekali lagi dan melangkah keluar.
“Naufal Aiman.” Panggilku perlahan cukup sekadar aku dan dia yang dengar.
“Bella.” balas dia juga dengan perlahan sambil memusingkan badannya menghadapku. Fikir sweet ke main sebut sebut nama?
“If you sincerely want me, I'll give you three days for you to make me fall for you. If I fall for you, I'll be your wife in three months from now. If you fail...” ujarku tenang lalu melakar senyum sinis. Leesa! Kau pasti ke ni? Ya Allah, sebelah hati aku mula berjauh hati dengan keputusan mendadak aku. Sebelah lagi tenang dengan keputusan bodoh aku ni.
“I'll make sure you'll be mine. Forever.” Balas lelaki itu dengan senyuman lebar lalu berlari ke arah keretanya.
Aku memandang kereta yang dipandunya mula meluncur laju di atas jalanraya. Aku tersenyum sendiri. Jantung mula berdegup kencang. Hati pula sudah cair dengan senyum lebar lelaki itu. Naufal Aiman, you already had 50% of my heart.
*****
Share this novel