Angin pantai meniup sempoi-sempoi sesekali tangannya menyisir rambut yang berterbangan mengikut arah angin.
Nafas di tarik perlahan-lahan sambil mata memandang sekeliling yang sepi tanpa manusia lain.Hatinya tersentak kesakitan yang amat perit untuk di telan.
Cincin merisik dijari di tanggalkan tanpa persoalan lagi hanya sebuah kejujuran yang akan menghapus segala kesakitan ini.Walaupun Chayra yakin dengan keputusan yang akan dibuatnya namun sedikit rasa kecewa masih bersisa dihati.
"Maklong nak bercakap dengan Ayra yang anak saudara maklong suka sangat dekat Ayra."Maklong Hajar menutur kata dengan baik supaya wanita dihadapannya ini percaya.
"Maklong jangan main-main Ayra tak nak maklong.Bukan mudah untuk Ayra jatuh cinta pada lelaki yang Ayra sendiri tak kenal maklong."Bantah Ayra serta-merta tanpa teragak.
Chayra memejamkan matanya apabila kenangan lalu terimbau di ingatnya namun akalnya pantas menepis.Hatinya tidak akan rela mengingati kenangan yang mengheretnya kepada luka.
"Jauh mengelamun dah naik pelamin ke?"Sakat Thariq sambil melabuhkan punggung disisi Chayra Ainin.
"Naik pelamin dengan awak?"
"Bila awak nak?Sekarang pun boleh."Ujar Thariq sambil mengenyitkan matanya kearah Chayra yang sudah tersenyum malu.
"Bagi saya waktu untuk selesaikan masalah saya baru saya beri jawapan pada soalan awak."Pinta Chayra lalu memandang kembali kearah laut yang berombak.
"Saya akan menanti jawapan awak cinta."Bisik Thariq lembut cukup menghanyutkan Chayra Ainin kealam percintaan yang sempurna.
Perkenalan mereka menyempurnakan segalanya walaupun Chayra telah melukakan Thariq tetapi penerimaan ikhlas Thariq terhadapnya membuka hati Chayra sepenuhnya.
"Setiap malam saya terbayang-bayang wajah awak.Mandi nampak awak pejam mata nampak awak makan awak suap."Usik Thariq membuatkan Chayra ketawa mendengar perkara mengarut yang di alami Thariq.
"Jangan merepek Thariq angau awak mengalahkan orang bercinta."Ujar Chayra Ainin sambil menampar lembut lengan lelaki yang sudah bertakhta dihatinya.
"Sekurangnya merepek saya bukan dengan perempuan lain."Ujar Thariq selamba lalu menampar mulutnya membuatkan Chayra pecah tawanya lagi.
Tubuh Thariq dipukul lembut pantas Thariq berlari meninggalkan Chayra yang sudah mengejarnya.
Tidak semua mampu menerima kenyataan yang benar namun kenyataan mampu mengubah kelukaan kepada kebahagian.Sinaran cinta yang terpancar menyedarkan bahawa semua yang dimiliki belum tentu kekal.
Share this novel