Bab 12

Romance Completed 11792

"Selama bernikah awak tak pernah mendatangkan hasil langsung!"Tengking Nasha Melissa bergema suaranya melepaskan amarah.


"Sekurangnya abang masih mampu memberi nafkah kepada Sha walaupun tidak sebesar gaji Sha."Ujar Firdaus masih bersabar menelan setiap butir bicara tanpa secebis kekesalan.


"Selepas ini awak jangan beri nafkah gaji saya lebih mampu untuk membeli keperluan saya."Putus Nasha lantas berlalu pergi meninggalkan Firdaus yang rebah ke lantai.


Nasha Melissa memejamkan matanya lantas mengalir air matanya mengenangkan setiap kata-kata menghancurkan segala kebahagian untuk diri sendiri.


Nasha ingin memperbetulkan segala kesalahannya dengan mengambil kembali hati Firdaus walaupun dia sedar segalanya sudah terlambat.


Firdaus melangkah masuk kedalam rumah lalu berjalan kearah isterinya serta-merta Nasha berpaling mengadap suaminya.

"Abang.."Panggil Nasha hanya di sambut dengan pandangan hampa.


"Sha minta ampun dengan Abang."Ucap Nasha lantas mencapai tangan suaminya lalu dikucup lembut.


Firdaus masih kaku sambil mata memandang kelakuan isterinya namun tiada secebis rasa kasihan dihati.


"Abang maafkan Sha?"Soal Nasha sesudah tiada respon dari Firdaus seperti memegang boneka.


Firdaus menarik pegangan tangan Nasha lalu berjalan kehadapan."Saya akan failkan penceraian."

"Abang! "Jerit Nasha lalu melangkah ke hadapan suaminya.Tepat mata mereka bertaut mengharapkan segalanya mampu diperbetulkan kembali.


"Abang lupa kenangan kita?Abang Sha silap dalam perkara ini tapi tolong Sha merayu jangan berpisah.Sekali peluang untuk Sha buktikan dengan Abang."Rayu Nasha pantas Firdaus memegang kedua-dua belah bahu isterinya.


"Setiap kata-kata awak sudah cukup mengambarkan betapa hancur hati saya mendapat seorang isteri hanya pentingkan wang ringgit bukan kebahagian."Ujar Firdaus tetap matanya menatap kedalam mata isterinya.


Laju air mata Nasha mengalir tiada kekuatan untuknya bertahan apabila perpisahan akan menghancurkan impian untuk bersama kembali.


"Abang.."Nasha melutut seraya memaut betis suaminya merayu agar Firdaus mengubah segalanya.


Chayra ingin mendapatkan akak iparnya pantas ditahan oleh Thariq."Kita biarkan mereka selesai masalah."Chayra akur dengan arahan suaminya.


Firdaus memegang kepala isterinya segalanya bakal berakhir namun jauh disudut hati dia tidak ingin melihat wanita ini menangis.


Segala kenangan tergambar di birai matanya hanya kemanisan tanpa henti serta-merta menyedarkan Firdaus hatinya belum rela melepaskan wanita ini.


Firdaus melutut sambil tangan memaut bahu isterinya lantas tubuh itu di tarik kedalam dakapan yang erat setelah sekian lama mereka tidak merasainya.


"Maafkan Abang Sayang."Ucap Firdaus sambil mengucup berkali-kali dahi Isterinya.Nasha melepaskan tangisannya semahu-mahunya dia tidak ingin merasai kehilangan ini lagi.


Bersyukur kepada Allah SWT atas peluang yang tidak sia-sia untuknya mengubah setiap inci mahligai yang akan dibina kembali olehnya.


Chayra tersenyum memandang kearah suaminya lantas langkah diatur masuk kedalam bilik membiarkan Nasha menikmati kembali kebahagian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience