Bab 3

Romance Completed 11792

Mempertahankan sesuatu yang tidak mungkin akan menjadi milik kita hanya perkara yang sia-sia malah melepaskan tanpa rela menyiksakan raga.


Bukan semua perkara mampu dilepaskan tetapi semua perkara itu akan melepaskan sesuatu yang diri sendiri tidak mengetahui sampai bila ia mampu bertahan.


"Kau jangan pejam mata sahaja melihat Hafiz bersama wanita lain.Dia bakal tunang kau Ain takkan kau sanggup lihat hati kau menangis tanpa henti?"Soal Imani pantas melontarkan pandangan kearah lain.


Chayra Ainin memandang kearah sekeliling yang sudah penuh dengan pengunjung beriadah bersama keluarga dihujung minggu namun pandanganya hampa dan kosong.


"Kenapa aku masih pertahankannya?"Soalan Chayra Ainin membuatkan air matanya mengalir ke pipi melepaskan sisa kesakitan yang masih berbekas dihati.


"Sebab kau masih memegang sebuah hati walaupun hati itu telah hancur tetapi kau tetap rawat hati itu walaupun sudah tidak berfungsi."Jawab Imani sambil tangan memeluk erat bahu sahabatnya.


Bukan dia tidak menghalang Chayra daripada meneruskan hubungan yang sia-sia tetapi dia juga tidak mampu melawan takdir jika ini yang tertulis untuk sahabatnya dia hanya akan sentiasa mendoakan.


"Tanya hati kau siapa yang masih bertakhta dihati.Ingat sekarang keputusan dekat tangan kau bukan tangan keluarga Hafiz.


Masa hadapan kau harus diatur sendiri sebab pernikahan ini bukan sekejap tetapi lama."Jelas Imani sambil bibir mengukir senyuman.Dia tidak akan pernah putus memberikan semangat disaat sahabatnya ini kecundang.


Zaskia dan Haidar menghampiri kakaknya sambil bibir mengukirkan senyuman kekuatan dihadapan satu-satunya insan yang dimilikinya kini.


"Kak Cha kami akan sentiasa berada bersama Kak Cha walaupun kami tidak mampu sekuat Kak Cha tetapi percayalah adik-adik Kak Cha akan menyokong segala keputusan."Sapa Zaskia lalu memeluk erat tubuh kecil Chayra Ainin.Haidar hanya tersenyum memandang gelagat kakak-kakaknya.

Dalam keadaan yang rumit ini merekalah menjadi kekuatan Chayra untuk bertahan walaupun dirinya tidak sekuat yang disangka namun dia akan mencuba untuk bertahan walaupun hati lumat dimamah derita.


"Kekuatan Ibu dan Papa ada bersama Kak Cha untuk bertahan membesarkan adik-adik.Kak Cha sangat bersyukur melihat adik-adik Kak Cha mampu menghadapi sebuah ujian kehidupan."Ujar Chayra sambil mencuit hidung adik-adiknya.


Chayra Ainin membesarkan keluarganya setelah ibubapanya meninggal hanya berbekalkan sebuah restoran makanan di Ibu Kota.Chayra mampu bangkit demi melihat adik-beradiknya senang.


"Dah, Kita datang sini nak bersantai bukan menangis."Imani menceriakan hari mereka untuk beriadah walaupun waktu itu makin hampir namun dia yakin Chayra mampu melawan segalanya.


Hafiz Iskandar memandang sinis kearah Chayra Ainin sekeluarga walaupun hatinya sakit melihat kemesraan mereka tetapi Hafiz mengetahui nanti wanita bernama Chayra akan merasai derita yang perit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience