Bab 16

Romance Completed 11792

Sebulan Kemudian


Chayra melabuhkan punggung dibangku berhampiran sambil mata memandang sekeliling lemah tubuhnya apabila kejadian tidak diduga terjadi walaupun Haidar tidak tercedera teruk namun kejadian itu terimbau di fikiran.


Angin yang bertiup mengerakkan helaian rambut kehadapan menutupi wajah pantas tangannya menyelit rambut ke sisi.


Keadaan Zaskia sudah stabil namun adiknya belum bisa mengingati kejadian yang telah berlaku.Doktor telah membenarkannya untuk pulang dan berehat dirumah.


Kini Chayra mengawal setiap keadaan Zaskia risau sekiranya Ikram hadir membuat kekacauan dan kejadian sama berulang kembali mujur Iman sudi mememani adik kesayangan.


Hubungannya dengan Thariq semakin jauh disebabkan suaminya sibuk menguruskan perkara kebajikan namun hatinya merasa sedikit kecewa tetapi Chayra harus membuang perasaan itu jauh.


Suhana menghampiri Chayra yang masih termenung memandang kereta yang lalu lalang.Kehadirannya ingin memohon maaf atas kelakuan keluarganya terutama Hafiz Iskandar.


"Ayra.."Sapa Suhana mengejutkan Chayra lantas dia bingkas berdiri ingin berlalu namun sempat ditahan oleh Suhana.

Chayra akur apabila dia terpaksa berhadapan dengan wanita yang telah menghancurkan segalanya.


"Nak apa?"Soal Chayra kasar lantas melontarkan pandang kearah lain.Suhana mencuba mengapai tangan Chayra pantas di tepis kasar.

"Akak nak minta ampun dengan Ayra."Ucap Suhana lembut.


"Maaf kau dengan keluarga kau mampu perbetulkan segalanya? Mampu membuatkan Hafiz tidak menganggu kebahagian aku?"Jerkah Chayra mengejutkan Nasha pantas langkah diatur menghampiri adik iparnya.


"Maafkan Hafiz.."


"Nasib baik Haidar tak mati kalau dia mati dengan kau sekali aku sumbat dalam penjara.Kau dengan adik kau sama sahaja.Hanya hati kau yang layak disanjung sampai semua perkara ditunding kearah oleh lain!" Marah Chayra puas hatinya melepaskan segala rasa yang terbuku.


Nasha menenangkan Chayra yang hanya merenung kearah Suhana tanpa berkelip.Risau jika Chayra bertindak diluar jangkaan teruk Suhana dikerjakannya nanti.


"Apa masalah kau? Aku datang sini nak mintak maaf tak akan berbakul-bakul kau nak ungkit?"Soal Suhana berubah perwatakan pantas Chayra tersenyum sinis.


Tangan di tepuk kuat membuatkan Nasha tidak keruan dengan tindakan Chayra dan perubahan Suhana.


"Apa salah aku buat dekat kau sampai macam ini sekali kau atur kehidupan aku?"Soal Chayra sambil memandang sinis kearah Suhana yang turut merenung matanya.


"Sebab kau membuatkan kami tidak mendapat sesen pun harta arwah Ma.Tak salah untuk aku jerat kau disebabkan nama kau tertulis dalam wasiat dia."Jelas Suhana membuatkan Chayra ketawa.


"Aku ini patung membolehkan kau campak aku kesana kemari hanya untuk kepentingan kau! Memang patut Arwah Puan Fauziah meletakkan syarat tersebut disebabkan perangai tamak anak-anak maruah orang lain di pijak."Sinis Chayra tersenyum namun Suhana sudah membara dia tidak akan kalah.


"Aku sendiri tidak tahu kenapa arwah Ma sayang sangat dekat kau?Adab pun tiada."

"Memang aku tiada adab sekurangnya aku setia bukan macam Hafiz membahagiakan aku dia sendiri tidak mampu."


"Sekurangnya Is tunjuk kecurangan dia bukan macam Thariq senyap-senyap akan bernikah lain."Bidas Suhana pantas Nasha menolak tubuh wanita yang telah menuduh adiknya.


"Jangan nak tunding jari dekat orang lain jika nak tutup buruk adik sendiri!"Nasha bersuara pantas Chayra menahan kakak iparnya.


"Pergilah! Sampai mati aku tak akan maafkan.Ingat sekirangnya suami saya ingin curang itu masalah dia bukan masalah awak sekurangnya dia jujur dari awal bukan macam Hafiz langsung tidak pernah ambil berat."Ujar Chayra lalu menarik tangan Nasha berlalu pergi.


"Belum berakhir Ayra."Ujar Suhana perlahan sambil mata memandang kearah Atiqah yang hanya tersenyum hambar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience