Bab 30

Romance Completed 11792

Kenangan lalu masih bermain difikiran walaupun berbagai cara ingin menghapus andai hati sukar ia tetap terkandas di sanubari.


Thariq Zareer memandang kearah Medina yang sudah berdiri dihadapannya tanpa berkalih lagi sempat mata memandang sekeliling risau sekiranya kehadiran wanita ini diketahui oleh kakaknya.


"What are you doing here?"Soal Thariq tegas lalu menyelup tangan ke dalam poket seluar.


Kemunculan wanita ini mengacau bilaukan fikirannya walhal mereka sudah tidak mempunyai sebarang hubungan.


"Zar I miss You.."Ucap Medina lembut cukup menyakitkan telinga Thariq.


Kenangan mereka telah lama berlalu dan tidak akan terus menjadi kebahagian dihati Thariq sendiri cukuplah pendustaan yang menghancurkan pelajarannya.


"Kenapa lelaki tu dah tak mampu berikan kau kemewahan ke?"Soal Thariq masih dengan dinginnya.


"I tak boleh nak terima dia sebab hati I hanya untuk You."Rengek Medina tanpa menghiraukan orang sekeliling.


"Move onlah perkara dah lepas aku pun dah bahagia."Pinta Thariq pantas Medina memaut lengan lelaki yang pernah bertakhta dihati.


Thariq meronta melepaskan pegangan dari wanita ini."Dengar sini kau muncul lagi depan aku! Kau akan menyesal! " Jerkah Thariq menyentakan Medina.


"Sampai hati You tengking I."Ujar Medina sedih apabila dimarah oleh pujaan hatinya.


Kehadirannya untuk mendapatkan kembali lelaki ini walaupun terpaksa melakukan kejadian lalu dia sanggup asalkan Thariq menjadi miliknya.


"Manusia macam kau tak perlu untuk aku berlembut buang masa dan buang air liur aku sahaja!"Marah Thariq kuat.


"Medina.."Langkah Nasha Melissa terhenti sambil mata memandang kearah Thariq dan Medina silih berganti.


"Kak Sha.."Medina melulu kearah Nasha ingin bersalaman pantas Nasha memanggil adiknya masuk kedalam pejabat tanpa menghiraukan Medina yang sudah malu sendiri.


"Kenapa dia datang sini?"Soal Nasha Melissa sinis memandang kearah adiknya.


Thariq meraut wajahnya lalu melepaskan keluhan sebelum mengelengkan kepala tanda tidak mengetahui kehadiran Medina kembali.


"Zar sendiri tak tahu kenapa dia muncul lagi sekarang."Jelas Thariq tertekan fikirannya dengan kehadiran Medina akan mengucar kacirkan kehidupannya.


"Akak tak mahu kehadiran dia membuatkan Ain berubah hati dan rumahtangga Zar diganggu lagi."Pinta Nasha lalu memandang kearah laptop.


Thariq melontarkan pandangan kearah lain mencari kekuatan untuknya menghadapi ujian buat kali kedua dengan kehadiran bekas kekasihnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience